68: Pernikahan

394 46 1
                                    

    Umar Haiqal kaku.

    Fikirannya menjadi beku.

    Mulutnya menjadi bisu.

    Apa yang sedang berlaku???

    Eusuf yang duduk di belakang Umar Haiqal tersengih. Dia menampar bahu Umar Haiqal untuk menyedarkan sahabatnya itu.

    "Qal, tok kadi hulur borang itu. Sambutlah cepat," gesanya.

    Dahi Umar Haiqal berkerut. Kepalanya diteleng ke sisi, melihat Danial yang turut tersengih. Kemudian dia mengalihkan kepala ke belakang.

    "Apa semua ini, Suf?" tanya Umar Haiqal sambil berbisik. Nadanya kedengaran seakan menahan geram.

    Siapa sahaja yang tak terkejut? Usai Danial melafazkan akad nikah tadi, tiba-tiba si tok kadi itu beralih ke depannya. Diaju segala soalan seperti yang diterima Danial tadi kepada dia. Terus terhenti segala sistem tubuhnya kecuali jantungnya.

    "Kamu nak bernikah atau tidak?" tanya tok kadi itu dalam nada tegas. Gayanya tak ubah seperti askar pencen.

    Terus Umar Haiqal memandang ke depan tanpa menunggu jawapan Eusuf. Dahi yang berkerut tadi, semakin berkerut dibuatnya.

    "Nikah?"

    "Iyalah. Kamukan pengantin kedua malam ini. Siapa lagi? Tak akan orang lain kut," bidas tok kadi itu.

    Umar Haiqal menelan air liurnya. Gerun melihat wajah garang si tok kadi di depannya itu.

     "Err, maafkan saya tok. Saya rasa ada salah faham sedikit. Bagi saya masa sepuluh minit. Sepuluh minit. Nanti saya datang balik," ujar Umar Haiqal untuk menenangkan si tok kadi yang sudah hampir berasap.

   Tanpa melengahkan waktu, dia terus bangkit lalu menarik Eusuf dan Danial untuk cabut dari ruang tamu rumah ibubapa Danial itu buat sementara waktu.

    "Apa semua ini?!" Jerkah Umar Haiqal.

    Kecut perut Eusuf mendengar amukan sahabatnya itu. Dia segera bersembunyi di belakang Danial.

    Berbanding Eusuf, Danial kelihatan lebih tenang. Malah, wajahnya selamba seakan lansung tak terkesan dengan amukan Umar Haiqal.

    "Urmm, macam yang kau fikir. Bukan aku seorang pengantin pada malam ini," balas Danial. Pandangan tajam Umar Haiqal dibalas tanpa rasa gentar.

    "Ini semua rancangan abang Danny. Semua orang tahu kecuali abang Umar. Tetapi yang peliknya, sebijak-bijak otak abang Umar, kenapa abang lansung tak curiga dengan perangai pelik abang Danny dan Eusuf sebulan dua ini?" sampuk satu suara.

    Umar Haiqal memandang belakang Danial. Kelihatan Zarfan sedang santai bersandar di dinding rumah Danial. Tangannya pula sibuk merakamkan adengan yang sedang berlaku.

    "Alang-alang abang Umar merancang nak kahwin dengan kak Qaseh hujung tahun ini, abang Danny pun terfikir untuk buat majlis sekali dengan abang. Semua persiapan telah dia sediakan dan abang Umar sendiri telah bantu dia tanpa abang Umar sedar. Apa yang abang Umar, abang Danny dan abang Eusuf buat sebulan dua ini, bukan sahaja demi persiapan majlis kahwin abang Danny tetapi untuk majlis abang juga," sambung Zarfan.

    "Huh? Maknanya Qaseh pun tahu?"

    Danial mengangguk. "Tahu. Dialah yang bagi idea bagaimana nak elak kau dari curiga".

    Umar Haiqal semakin dingin. "Kau ajak Qaseh untuk berkonspirasi dengan kau, Danny? Agaknya kau sudah lama hidup".

    Riak tenang Danial berubah panik mendengar ugutan tanpa nada itu. "Err, aku nak bagi kejutan sahaja. Emm...kau tak suka dengan kejutan aku?" tanyanya sambil menarik senyuman kekok.

Kelam SemalamWhere stories live. Discover now