Silam 13: Pengebumian Umar

406 51 1
                                    

    Lubang kubur itu perlahan-lahan dikambus tanah. Menandakan pengakhiran perjalanan hidup seorang insan yang terkenal dengan kemuliaan hatinya dalam kalangan orang yang mengenalinya. Lalu akhirnya, jenazah yang berkain putih itu tidak lagi kelihatan dipandangan mata.

   Eusuf mengesat air matanya, Danial menahan sebaknya, Kabir memejamkan mata, Kauthar tertunduk sayu, dan Batch Lagenda yang lain menitis air mata hiba. Berakhir perjalanan hidup seorang sahabat yang baru setahun mereka kenali. Yang mengubah mereka ke jalan kebaikan dan yang sentiasa ada buat mereka. Kini, sahabat yang disayangi itu tiada lagi disisi.

    Siapa sangka, dan tiada sesiapa yang mampu menduga bahawa tempoh persahabatan mereka begitu singkat. Bagai hanya satu helaan nafas sahaja. Bermula dari musuh menjadi sahabat sejati. Kenangan manis yang tercipta itu tidak banyak kerana separuh masa mereka hanya berkisarkan pergaduhan. Namun, pemergiannya begitu dirasai. Bagai dia pergi membawa bersama separuh diri mereka.

    Seorang demi seorang meminggir meminta diri. Yang tinggal hanyalah Batch Lagenda dan cikgu Fatih. Tiada bicara yang terluah. Hari ini, semua menjadi bisu dan seakan terlupa cara untuk bercakap. Hanya mata yang sibuk berbicara meluahkan kewalangan hati mereka.

    Tiba-tiba, Batch Lagenda bangkit dan membelakangi kubur Umar. Seakan mempertahankan pusara itu dari sesuatu. Lebih tepat lagi, seseorang yang sedang melangkah tenang menuju ke arah mereka.

   "Apa kau nak?!" keras suara Danial bertanya.

    Haiqal tersentak tatkala ditegur sedemikian rupa. Langkahnya mati. Matanya yang sedikit membengkak memandang Danial tajam.

    "Aku tak ada urusan dengan kau. Minggir! Biarkan aku melawat pusara dia," tegas Haiqal bersuara.

    "Untuk apa? Sedangkan kaulah punca dia mati! Sungguh aku tak sangka Qal, hati kau sebusuk ini!" marah Eusuf. Penumbuknya digengam erat walaupun tangannya sudah menggeletar akibat menahan marah.

    Haiqal memandang seorang demi seorang Batch Lagenda termasuklah cikgu Fatih. Kemudian, pandangan matanya ditumpukan ke arah Eusuf.

    "Aku. Tak. Ada. Urusan. Dengan. Korang. Jadi, blah! Korang tak ada hak nak halang aku melawat kubur dia!"

    Riak Eusuf kekal sama. Tak terkesan dengan nada tegang Haiqal yang dahulunya amat ditakuti. "Kau pula telah hilang hak untuk datang ke sini, PEMBUNUH!" Bahu Haiqal ditolak kuat sehingga pemuda itu terjelepuk jatuh.

    "Eusuf! Jaga nada kamu. Arwah Umar baru dikuburkan tetapi kamu semua sudah bertekak! Tak kesian ke arwah Umar?" tegur cikgu Fatih.

     Buat pertama kalinya, dia meninggikan suaranya kepada Batch Lagenda. Hanya demi mempertahankan Haiqal.

    Eusuf terkulat-kulat. Haiqal bangun sambil mengibas pakaiannya yang sudah dikotori tanah. Tanpa mempedulikan Batch Lagenda, dia mara mendekati pusara Umar. Hanya cikgu Fatih yang berganjak memberikan laluan.

    "Hoi!" Danial menarik bahu Haiqal.

    "Jangan sampai kami semua hilang sabar! Beberapa kali kami nak cakap, kau tak boleh dekat dengan kubur Umar! Kau hilang hak itu bila kau bunuh dia!" marah Danial.

    "Danial!"

    Haiqal mengetap giginya. Jari telunjuknya menekan dada Danial. "Kau jangan menuduh sebarangan ya. Kau tak tahu apa-apa," ujarnya dalam nada dingin.

    "Tak tahu apa-apa? Heh, dia kata kita tak tahu apa-apa. Hei, cukup pagi tadi semua polis sibuk cari kau. Buat apa mereka cari kalau bukan kau suspeknya? Jangan menipu kamilah, Haiqal. Kami tak bodoh! Memang kau yang bunuh Umarkan?!" bentak Eusuf.

Kelam SemalamWhere stories live. Discover now