44: Tetamu

434 56 2
                                    

Tuan Yasir terhenti dimuka pintu melihat wajah tetamu-tetamu tak diundang di ruang tamu rumahnya. Wajahnya berubah serius. Tanpa mempedulikan mereka, dia terus berlalu untuk ke bilik tidurnya.

Batch Lagenda berpandangan sesama sendiri melihat reaksi Tuan Yasir. Dari riak lelaki tua itu pun mereka dapat mengagak bahawa Tuan Yasir tidak suka dengan kedatangan mereka. Tetapi mereka terpaksa lantaran terdesak demi sebuah jawapan.

Jawapan mengenai hubungan sebenar Umar dan Haiqal.

"Abang sudah balik?" tegur Puan Maryam yang baru keluar dari dapur sambil menatang dulang berisi gelas-gelas dan sejag air jus oren buat tetamunya. Sapaannya menyekat Tuan Yasir dari menjejakkan kaki ke anak tangga untuk naik ke bilik tidurnya.

Tuan Yasir hanya diam. Dia memerhatikan gerak-geri isterinya menghidangkan rezeki buat tetamu-tetamu tersebut. Digamit isterinya agar datang kepadanya. Puan Maryam sekadar menurut tanpa banyak soal.

"Mereka buat apa ke mari?" tanyanya dalam nada perlahan.

"Nak tanya pasal Umar. Afan yang suruh mereka jumpa abang," jawap Puan Maryam.

"Afan mana? Kenapa tak dia sahaja yang jumpa mereka? Abang malas nak tatap muka mereka. Menyampah!" tanyanya apabila menyedari kelibat Zarfan tiada di ruang tamu bersama-sama Batch Lagenda.

Puan Maryam menundingkan jarinya ke atas. "Ada di dalam bilik. Tadi Mar tengok dia tengah tidur. Jadi, tak sampai hati Mar nak kejutkan. Abang, sudah-sudahlah bencikan mereka. Mar dapat lihat yang mereka sudah menyesal. Tak guna kita panjang-panjangkan cerita lagi," pujuk Puan Maryam. Tangan suaminya diraih lalu digenggam erat.

Tuan Yasir mendengus perlahan. Dia membuang pandangan ke arah tetamu-tetamu itu. Siapa kata dia boleh lupakan siapa mereka. Sungguh, ingatan tuanya masih berfungsi dengan baik. Masih dia ingat, Eusuf yang selalu menjadi mangsa usikan Haiqal, Danial yang matang, Kauthar yang kaki perempuan dan Kabir yang gemarkan komik jepun.

Dahulu, mereka berempatlah yang paling rapat dengan Umar Haiqal di antara Batch Lagenda yang lain. Mereka jualah yang selalu melepak di rumahnya saban hari bagi menemani Umar Haiqal. Merekalah yang dahulunya dianggap tak ubah seperti anak sendiri. Sama seperti Umar Haiqal.

"Abang, janganlah macam ini. Bagilah muka kepada mereka sedikit. Kesian mereka," pujuk Puan Maryam lagi.

"Habis dengan Umar, Mar tak kesian?" bidas Tuan Yasir geram.

"Sebab kesianlah Mar bagi muka dengan mereka, abang. Mar kalau boleh, nak tengok Umar bahagia semula dengan kawan-kawan dia. Abang sendiri tahu, apa yang terjadi sebenarnya pada persahabatan mereka. Bukan salah Batch Lagenda pun. Mereka hanya salah faham dengan masalah yang Umar sendiri cetuskan. Bagi peluang kepada mereka ya..." lembut sahaja Puan Maryam membidas semula kata-kata suaminya.

Nasihat Puan Maryam berjaya meruntuhkan tembok keegoannya. Tuan Yasir mengukir senyuman. Pipi isterinya diusap lembut. "Abang bersyukur ada isteri macam Mar. Marlah anugerah Allah yang terindah buat abang," ujarnya.

Puan Maryam turut tersenyum mendengar bicara manis suaminya yang tercinta. Dia bergerak ke tepi untuk memberi laluan kepada Tuan Yasir. Ditolak belakang suaminya perlahan. "Pergilah jumpa mereka. Demi anak kita".

Anggukan diberikan kepada isterinya. Tuan Yasir melangkah mendekati empat sekawan itu yang sedang menantinya di ruang tamu.

Kelam SemalamWhere stories live. Discover now