Silam 11: Penculikan

418 51 1
                                    

    Umar Zaqwan mengerutkan dahi saat melihat pintu rumahnya terbuka luas bagaikan mulut buaya yang ternganga. Suasana di sekitar rumahnya pula gelap, segelap langit malam yang akan menitiskan hujan pada bila-bila masa sahaja. Bungkusan plastik di tangannya terjatuh ke atas tanah.

    "Ibu! Zarfan!"

    Dia menerjah rumahnya sendiri. Suis lampu di ruang tamu ditekan agar pencariannya lebih mudah. Jantungnya seakan ingin terkeluar dari tubuhnya tatkala melihat suasana rumahnya yang agak berbeza dari biasa. Kusyen bersepah di sana sini, sisa kaca berserakan dan beraneka barangan berterabur jatuh di atas lantai. Bahkan, ada sisa takungan darah mengotori lantai berdekatan pintu utama.

    Tanpa membuang masa, dia terus menerjah bilik ibunya dan bilik Zarfan. Kosong. Membuatkan jantungnya lebih pantas berdegup sehingga bunyinya mampu didengar dengan telinganya sendiri.

    Tiba-tiba, telefon rumahnya berdering nyaring. Dengan tangan yang menggeletar hebat, Umar mengangkat ganggang telefon lalu ditekap ke telinganya.

    "Assalammualaikum, boleh saya bercakap dengan Zaqwan?"

    Umar menarik nafas lega mendengar suara yang cukup dia kenali itu. Tiba-tiba, satu bayu damai bagai dihembus masuk ke dalam hatinya membuatkan dia kembali tenang.

    "Mar, ini aku... Zaqwan," balasnya sambil menahan esak.

    "Wan? Kau ok ke ini?" tiba-tiba suara yang serius tadi itu berubah lembut. Umar semakin sebak. Dia tahu, hanya pemuda itu yang mampu membaca dirinya dengan baik. Walaupun hakikatnya hubungan mereka mereka tidak dalam keadaan yang baik.

    "Mar..."

    "Wan! Kenapa ini? Jangan buat aku tertanya? Kau sedang menangis ke?" tegur pemuda itu lagi. Suaranya naik seoktaf. Bukan kerana marah tetapi kerana risaukan Umar.

    "Ibu dengan Afan hilang! Mar, tolong aku...aku buntu! Aku tak tahu apa yang harus aku buat sekarang! Aku takut kalau-kalau...."

    "Wan! Tenang, ok! Macam inilah, apa kata kau tunggu di rumah dulu. Nanti aku datang," cadang pemuda itu.

    Umar hanya akur. Lambat-lambat dia menamatkan panggilan itu. Mendengarkan pemuda itu ingin datang, membuatkan dia sedikit lega. Sekurang-kurangnya, dia tak bersendirian.

    "Terima kasih, Mar..." gumamnya biarpun tahu si pemanggil itu tidak lagi dapat mendengar suaranya.

    Umar mengambil keputusan untuk mengemas rumahnya sedikit sebelum menunggu pemuda itu datang. Tiba-tiba, matanya mengesan sehelai kertas yang diconteng dengan darah seseorang di atas kabinet tv. Kertas itu diambil lalu dibaca sekilas lalu.

-Banglo lama di belakang sekolah kau.Datang seorang kalau kau tak mahu apa-apa berlaku kepada ibu dan adik kau-

    Umar mengeronyokkan kertas itu sehingga hancur lumat di tangannya. Saat ini, semua pesanan pemuda tadi hilang dari kepalanya. Yang ada hanyalah kemarahan yang membuak. Lalu, dia terus pergi tanpa menunggu pemuda itu.


-----------------------------------------------------------


"Zaqwan!" Haiqal menerjah rumah itu. Dahinya berkerut tatkala tiada sebarang bayang kehidupan yang dikesan oleh matanya.

Kelam SemalamWhere stories live. Discover now