Malam yang sekian lama ditunggu-tunggu Batch Lagenda telah pun tiba. Malam di mana mereka semua bertemu dan bersatu semula seperti zaman persekolahan dahulu.
Senyuman gembira terpapar jelas pada wajah mereka semua yang berada di dalam dewan itu.
Suara gelak tawa dan gurau senda silih berganti.
Bagaikan mereka semua ingin mengantikan tujuh tahun ini yang dibiar lompong tanpa apa-apa kenangan.
Dengan hiasan yang diinspirasikan oleh Kabir, membuatkan suasana itu lebih meriah.
Eusuf melihat suasana itu di satu sudut yang agak terpinggir. Bukan tak berniat untuk turut serta tetapi di saat itu dia lebih selesa melayan perasaan sendiri. Rasa terharu yang bertamu dihatinya bukan sedikit. Bahkan hampir-hampir membuatkan air matanya tumpah. Sekian lama dia mengharapkan seluruh Batch Lagenda dapat bersatu semula dan kini Allah SWT telah memakbulkan doanya. Usahanya telah terbalas jua. Sungguh, segala puji dan syukur itu milik Allah.
Tiba-tiba, muzik yang berdentum dari pembesar suara yang melatari majlis itu terhenti. Eusuf mengangkat mukanya memandang ke arah pentas. Terkesima dia tatkala melihat semua kawan-kawannya berdiri di situ. Meninggalkan dewan menjadi kosong lengang.
Hanya dia yang masih ada dibawah pentas. Disebabkan sibuk termenung, dia lansung tak sedar mereka semua telah bergerak naik ke atas pentas.
"Lagu ini ditujukan buat sahabat kami, Muhammad Eusuf yang telah bersusah-payah mencari dan memujuk kami semua untuk datang pada malam ini. Maka terimalah, bingkisan lagu ini dari kami semua," ujar Kauthar. Redup pandangannya dihala tepat ke wajah Eusuf yang masih terkaku.
Dewan berubah gelap. Cahaya yang ada hanyalah sorotan lampu diatas pentas yang dihala ke arah Ilham yang sedang memetik gitarnya. Pada perkataan pertama lagu, satu lagi sorotan lampu muncul menyinari Kauthar yang sedang menyanyi 'Bertemu semula' -REUNIC.
Suka dan duka,
Tangis dan tawa,
Itulah lumrahnya...
Sukma didera, sepi menyapa
Dan rindu menyeksa...Sorotan cahaya lampu yang menerangi Kauthar beralih ke arah Kabir pula.
Haruskah luka dibiar saja,
Membarah di dada,
Sembuhkan ia,
Dengan setulus benih kemaafan...Lampu terbuka menerangi seluruh kawasan pentas. Semua Batch Lagenda kecuali Eusuf menyumbangkan suara masing-masing membawakan lagu itu.
Cinta...
Telah menzahirkan sebuah pertemuan,
Tuhan yang menguji dengan perpisahan,
Kini ditakdirkan bertemu semula...Pentas kembali gelap. Hanya diterangi sorotan lampu yang difokuskan kepada Danial yang setia merenung wajah Eusuf di bawah pentas.
Usah persia...
Peluang yang ada,
Begitu sahaja...
Ini detiknya,
Kasih dan sayang,
Ditaut semula...Sorotan lampu beralih ke arah Afiq. Matanya dipejamkan menghayati lagu yang disenadungkan.
Kita...
Tidak mungkin mampu mengulangi masa,
Hujan tak akan balik ke langit semula,
Jemputlah kenangan yang terindah saja...Kauthar menyambut nyanyian Afiq. Mengetuai semua Batch Lagenda mendendangkan lagu itu.
Cinta...
Telah menzahirkan sebuah pertemuan,
Tuhan yang menguji dengan perpisahan,
Kini ditakdirkan bertemu semula
Ohhhh...
YOU ARE READING
Kelam Semalam
AléatoireBaik buruk kisah silam adalah takdir yang telah ditetapkan-Nya untuk kita. Untuk menguji jalan yang kita pilih, sama ada kita mahu menghampiri-Nya atau menjauhi-Nya. Membesar dalam bayangan kisah semalam menjadikan Aqil Zarfan seorang remaja yang be...