Silam 7: Terlerai jua

420 59 0
                                    

Danial merenung beberapa pelajar lelaki dari kejauhan. Kelihatan mereka sedang bergurau senda dan bergelak tawa dengan bahagia. Senyuman yang terpapar dibibir masing-masing kelihatan ikhlas tanpa kepura-puraan.

Sejujurnya, dia terasa sedikit cemburu. Cemburu melihat sinar kebahagiaan yang terpancar di wajah mereka semua.

"Hai, Dan! Ada niat nak turut serta mereka ke?" tegur satu suara.

Danial meneguk air liurnya.

Kantoi.

Lambat-lambat dia berpaling melihat wajah Haiqal yang tak beriak. Sedaya-upaya dia membuat wajah biasa.

"Aku pandang sahaja. Seronok benar aku tengok si Eusuf, Kauthar, Fikri dan Naufal itu sekarang. Tiada rasa bersalah membelot geng kita pun," tingkahnya.

Haiqal menghalakan kepala ke hujung padang. Melihat bekas gengnya bersama Umar sedang berbual mesra.

"Jaga-jaga Dan. Jangan sampai kau terpaksa ikut mereka nanti," ujarnya dalam nada mendatar. Kemudian, dia memusingkan tubuhnya ke belakang untuk beredar.

Berderau darah Danial mendengar ugutan tanpa nada itu.

Sungguhlah...

Dengan Haiqal dia tak mampu menipu. Tambah pula mereka telah lama kenal. Mudah sahaja Haiqal membaca fikirannya seperti membaca komik.

* * * * * * * * * *

Umar membelok ke belakang blok. Dia tidak ke tandas sebagaimana yang diberitahunya kepada Eusuf.

Kepalanya menoleh ke kiri kanan demi mencari kelibat seseorang. Tiba-tiba, gerak hatinya menyuruh dia mendongak. Kelihatan Danial sedang melepak santai di atas pokok mempelam sambil meneguk air tin.

"Danny!" panggil Umar separuh melaung.

Danial menoleh ke bawah. Wajahnya tak beriak melihat Umar yang tersenyum memandangnya. Dia menjeling Umar tajam sebelum melompat turun dari pokok itu. Tin minumannya di bawah turun bersama.

"Kau nak apa, sial?!" tanya Danial dalam nada menyampah.

Umar menayangkan gigi putihnya yang kemas tersusun. "Kau sunyi ke Dan?" tanyanya dalam nada mengejek. "Selalunya kau lepak dengan Eusuf dan Naufalkan?"

"Kau sibuk apa?! Pergi! Sebelum aku belasah kau!" marah Danial. Sudahlah kepalanya terasa berserabut, datang pula Umar yang menganggu ketenangannya.

"Tenanglah Dan. Jangan marah-marah. Nanti cepat tua. Lagipun, sedar sedikit kau tak akan mampu belasah aku," balas Umar selamba. Sempat dia mengukir senyuman senget, mengejek kelemahan Danial.

Danial merengus. Tangannya gatal untuk menumbuk wajah Umar yang menjengkelkan hatinya itu.

Tetapi dia sedar... sepertimana yang Umar katakan, dia tak akan mampu melandaskan tumbukan ke wajah Umar.

Umar terlalu kuat dan pantas untuknya.

Sama seperti Haiqal.

"Sudahlah, malas aku nak gaduh dengan kau. Aku datang cari kau sebab ada hajat. Nah, aku ada hadiah untuk kau. Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-enam belas!" ujar Umar lalu menghulurkan sebungkus hadiah yang berbalut kemas.

Kelam SemalamWhere stories live. Discover now