38: Mainan

396 51 2
                                    

Umar menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Lengannya diletakkan dibawah kepala untuk dijadikan bantal. Dia merenung kipas yang ligat berputar diatasnya lalu mindanya turut memutarkan memori lama zaman persekolahannya satu-persatu.

Sejujurnya, dia sendiri tak pasti apakah jalan yang diambilnya ini betul? Benarlah tiada penyesalan yang akan membusut di dalam hatinya? Tetapi, dia sudah melangkah sejauh ini. Tak guna jika dia ingin berpatah balik untuk membetulkan semuanya. Tidak. Dia tak punya kekuatan itu.

Sekarang ini, pasti Zarfan dan Batch Lagenda sedang bergembira. Maka, pemergiannya nanti pasti tidak akan dirasa. Zarfan sudah mempunyai Batch Lagenda sebagai pengganti dirinya. Batch Lagenda juga akan berebut menjaga Zarfan bagi membalas budi arwah abang Zarfan dahulu.

Tiba-tiba terasa getaran dari kocek seluarnya. Umar menarik keluar telefon bimbitnya. Ada mesej dari Qaseh.

-Assalamualaikum abang. Qaseh dapat tahu Afan pergi ke majlis reunion Batch Lagenda. Maknanya, rancangan abang sudah hampir sempurna. Tetapi tolong abang, jangan pergi...

Umar menghela nafas. Qaseh memang tidak kenal erti putus asa. Antara ramai yang dia kenali, Qasehlah insan yang paling memahami dia. Kerana itu, setiap kali dia mengabaikan rayuan Qaseh itu, hatinya terasa sakit seakan dicucuk ribuan sembilu halus. Dia tak sanggup melihat wajah duka Qaseh tetapi apakan daya, dia tak mampu mengelak lagi.

Umar bangun dari katil. Kunci keretanya dicapai. Dari dia melayan perasan, lebih baik jika dia menyibukkan diri dengan kerjanya.

-----------------------------------------------------------

"Sekarang, mari kita main satu permainan yang diberi nama 'Ingat atau denda'," umum Eusuf yang bertindak sebagai pengacara untuk acara pada petang hari kedua reunion Batch Lagenda.

"Dibelakang aku ini, ada papan yang dibahagi kepada dua puluh lima kotak. Setiap kotak ini tertulis dengan nama korang semua. Mula-mula, Fatih sensei akan diberikan penghormatan untuk melemparkan damak ini ke papan ini," ujar Eusuf sambil menunjukkan damak yang ada ditangannya sebelum menepuk papan yang berada dibelakangnya.

"Nama yang terkena pada damak ini akan diberi sebuah kotak dan dia dikehendaki mencabut salah-satu kertas soalan yang ada di dalam kotak itu. Jika betul, dia akan terus berada dalam permainan ini. Jika salah, dia terkeluar dan akan didenda. Baiklah, sensei...silakan," pelawa Eusuf memberikan damak itu kepada cikgu Fatih yang berdiri disisinya. Cikgu Fatih diberi penghormatan untuk memulakan permainan itu.

Cikgu Fatih memerhati kotak-kotak yang ada didepannya. Nama Eusuf dicari lalu dia membaling damak itu ke kotak nama Eusuf. Tetapi tersasar ke kotak yang berisi nama Naufal yang berada selang dua kotak dikanan kotak nama Eusuf.

"Yeah, mangsa pertama kita. Dijemput saudara Naufal mencabut soalannya," ujar Eusuf. Dia mengenyitkan mata apabila pandangannya dan cikgu Fatih bertembung. Bukan dia tak sedar niat cikgu Fatih tadi, mujur tak tertunai niat itu. Cikgu Fatih membalas kenyitan matanya dengan riak menyampah.

Naufal bangun dari bulatan gergasi itu. Dia menghampiri Eusuf dan cikgu Fatih. Tangannya dimasukkan ke dalam kotak yang dipegang Zarfan sebelum dia menarik keluar segulung kertas kecil.

"Berikan tiga nama kawan kita yang kidal," baca Naufal. Dia memandang Eusuf dengan riak cuak.

"Gilalah soalan ini. Mana aku tahu jawapan dia! Dahulu bolehlah aku jawab, sekarang aku sudah lupa. Tujuh tahun kot kita tidak jumpa!" bantah Naufal separuh menjerit.

Batch Lagenda ketawa. "Denda! Denda! Denda!" sorak mereka semua.

Naufal menarik muka masam. Dia memandang cikgu Fatih dengan riak simpati.

Kelam SemalamWhere stories live. Discover now