Smart Guys sampai ke rumah dalam pukul 12 tengah malam.Diorang masuk je rumah tapi rumah tu gelap.Agaknya,Problem Girls dah tidur kot.
Diorang balik lambat bukan apa.Tapi malu.Malu sebab main tuduh je tanpa usul periksa.Farah dengan Ayu dah ceritakan perkara sebenar kat diorang.Smart Guys rasa bersalah sangat.Lagi2 diorang kata diorang benci Problem Girls.
Mesti Problem Girls bengang dengan diorang.
Diorang pun masuk ke dalam bilik perlahan-lahan.Tak nak ada yang terjaga.
~~~~
Amir POV
Aku masuk ke dalam bilik.Kelihatan Zila yang sedang tidur lena di atas katil.Lupa nak bagitahu,kitorang dah tinggal kat rumah kitorang lepas je Problem Girls dah sihat.
Aku perlahan-lahan mendekati Zila.Aku berbaring di sebelah kanan Zila.Tangan kiri ditongkatkan di atas bantal.Aku memerhati wajah Zila yang lena.
'Cantik'
Zila sememangnya cantik dengan muka kacukan orang Amerika.Berkulit putih.Hidung yang sedikit mancung.Rambut yang beralun di bawah berwarna honey brown.Bulu mata yang lebat dan lentik.Kalau sekali pandang,memang tak nampak melayu.
Tangan kananku mengusap perlahan pipi Zila.Aku rasa bersalah gila.Aku kata aku benci dia kot,bini mana je tak marah.Dah lah layan perempuan lain.
'I'm sorry,Zila.Aku sayang kau.'kata2 tersebut tak dapat ku luah.Hanya mampu berbicara dalam hati.
Zila tak pernah berhenti buat aku sayang dia.Pasal yang aku marah dia tak tentu pasal tu,jujur okey.Aku cemburu nampak dia dengan lelaki lain walaupun,dia tak layan laki tu.
Tapi,bila aku dapat tahu Farah dengan Ayu yang Zila cintakan aku.Aku tak tahulah nak percaya ke tak.Yang pasti,aku rasa bahagia.Farah dan Ayu dah cerita semua tentang Problem Girls.Pada mulanya diorang taknak bagitahu pun,tapi selepas dipaksa oleh aku,Nab dengan Jimi.Diorang pun bagitahu jugak.
Walaupun,aku dah tahu perasaan dia kat aku,aku nak dengar dari mulut dia sendiri.
Tiba2 Zila bergerak-gerak dan tanpa sedar,Zila menyandarkan kepalanya pada lengan kiri aku dengan tangannya memeluk pinggang aku.
Aku tergelak kecil melihat telatah comel Zila.Bahagia?Semestinya.Aku bahagia dengan Zila.Yang aku tahu,esok aku nak minta maaf kat dia.Tak kesah lah dia nak kata apa pun.
Pinggang Zila aku peluk.Aku mencium dahinya sebelum sama terlelap di sebelahnya.
End Amir POV
~~~~
Zila terjaga bila alarm iPhonenya berbunyi dia melihat jamnya.Pukul 5:30 pagi. Dia segera menutup iPhonenya dan baru dia perasan macam ada orang tengah peluk dia.
Zila pusingkan badannya dan ianya Amir.Kedudukan mereka sangat rapat.Hidung mereka hanya lagi beberapa mm je untuk berlaga.Zila terpaksa mengemam bibirnya,kalau tak conferm bibir dia dengan bibir Amir bercantum.
Zila memerhati wajah Amir.Lama.Dia cintakan Amir sangat2.Tapi bila mengingati kata2 Amir semalam,Zila rasa sakit sangat.
Tiba2 mata Amir terbuka.Zila terkaku.Matanya dan mata Amir terpaku.
"I'm sorry."ucap Amir dengan suara seraknya.Awww,sexy!
Zila tersedar.Dia terus berdiri dari pembaringannya.Dia bergerak ke arah penyangkut dan mengambil tuala.
Zila ambil pakaian2nya dan dibawa masuk ke dalam bilik air.Amir yang memerhati langsung tak dihiraukan.
Baru je Zila nak tutup pintu bilik air,ada satu tangan yang menahan dari luar.Korang mesti dah boleh agakkan tangan sape?Amirlah.
YOU ARE READING
Problem Girls ✔
Random*my first novel,so it kind of noob sikit. ©2017 Kumpulan badgirls atau lebih dikenali sebagai Problem Girls.Kumpulan paling nakal dan selalu membuat masalah di Star Highschool.Tapi mereka sangat terkenal.Dan sangat cantik.Satu asia kenal mereka. Sam...