Bab 25

11.6K 513 17
                                    

Hari yang dinantikan oleh semua pelajar tingkatan 3,4 dan 5.Iaitu hari diorang hikingggg

Sekarang ni semua tengah berkumpul kat dewan untuk ambil kehadiran.

Problem Girls,Smart Guys pun ikut jugak.Adik2 diorang pun ikut sama.

Diva Beauty pun ikut ye.Tapi diorang ikut dengan keterpaksaan.Almaklumlah,nak daki bukit.Mestilah banyak nyamukkan,tapi si sotong ni tak nak dengar cakap.Nak jugak pakai baju lengan pendek paras siku.Seluar jeans panjang agak ketat.Warna pulak,warna pink,kuning dengan merah.

Tak tahulah kenapa diorang pakai warna macam tu nak pergi mendaki.Tak ke namanya tarik perhatian serangga tu.Isy3.Pelik2 jelah diorang ni.

Eza POV

Selesai kami bagi nama kat guru bertugas,kami berkumpul di penjuru dewan.Sememangnya kami suka duduk tempat hujung2.Boleh tidur.

Sekarang pukul 7:45a.m.Gerak pergi Bukit Tabur pukul 8 pagi.Ada lagi 15 minit.Nak buat apa ae?

Aku memerhati sekeliling dewan.Ada yang tengah ambil gambar.Ada yang tengah dating😒.Ada yang tengah ketawa dan ada yang tengah bergaduh.Hah?Bergaduh.Mata aku tertancap pada seorang lelaki dan perempuan.Nampak macam pasangan couple.Nampak macam tingkatan 4.Hisy,baru 16 tahun dah menggedik dengan lelaki.Cubalah belajar dulu.Tak faham betulah aku.

'Eleh,kau tu tak gedik ke?Kahwin umur 17 tahun?'otak mula bersuara.

'Tu namanya bukan gedik Itu terpaksa.Faham.TERPAKSA.'hati membalas.

'Terpaksa2 pun tapi sayang kan?'jiwaku mengusik.

'Isy,mana adalah.'naluri menjawab.

"Woi!Agak2lah kalau termenung pun.Aku dah panggil banyak kali tak menyahut.Dah jom,bas dah sampai.Semua dah gerak,tinggal kita dua je ni.Jom"Nab tiba2 bersuara.

Aku tersentak.Ha'ahlah.Semua dah gerak,tinggal aku dengan Nab je.Lama jugak ae aku mengelamun.

"Jom"Nab menarik lembut tanganku.Aku terkejut lalu Nab menarik tanganku.

Sampai di depan bas,aku menarik tangan aku dari genggaman Nab.Gila kau?Takkan nak biar je.Tak pasal2 kena fitnah pulak.Ada 6 bas ye.2 bas untuk setiap 1 tingkatan.

Aku dan Nab naik bas.Semua pandang ke arah kami lain macam.Seram pulak aku.

Aku terus ke belakang nak cari tempat duduk sebab depan semua dah penuh.Aku tak nampak satu pun tempat duduk kosong.

Zila duduk dengan Amir.Inas pulak duduk dengan Jimi.Diorang duduk berpasangan?Nasib baik tak ada Diva Beauty.Diva Beauty kat bas yang lagi satu.Ayu pulak duduk dengan Farah.Arash duduk dengan Irish.

Aku pandang sekeliling,tinggal tempat duduk sebelah Nab je yang masih kosong.Aku tak ada pilihan lain.

Aku bergerak kat Nab.Dan terus duduk tanpa berkata apa2.

Sir Riadh bangun dan pandang kami semua."Semua dah ada?"

"Dah!"jerit mereka bersemangat.Aku,Zila dengan Inas buat tak dengar je sebab fokus kat earphone masing2.Smart Guys pulak sibuk dengan iPhone diorang tu.

"Okey,jom gerak!"lalu bas pun mula bergerak.Setahu aku dari sini sampai Bukit Tabur 2 jam kalau jalan tak sesak.

Jadi kesempatan ni aku gunakan sebaiknya untuk tidur.Tidur tu berharga tau.Aku pejam mata dan akhirnya sampai ke planet mimpi.

"Cantik jugak tempat ni.Aku dah jauh sangat dari Zila dengan Inas ni.Nanti tak pasal2 diorang cari aku.Dahlah tepi ni bukit curam.Naya je kalau aku jatuh."aku berpusing ke depan untuk kembali ke pokok rendang dimana Zila dan Inas berhenti berehat tadi.

Problem Girls ✔Where stories live. Discover now