Bab 3

12.7K 692 55
                                    

Sampai sahaja Problem Girls dan Smart Guys di dalam kelas 5A.Kelas yang mula nya bising,terus menjadi senyap.

1saat

2saat

3saat

"Wuuuu!!"

"Hensemnya Smart Guys!"

"Smart Guys I love U"

"I want to be your girlfriend."

"Ajar aku cara nak jadi hensem macam kau boleh tak?"

"Bagi tips nak popular macam kau."

"Macam mana nak ada ramai awek ek?"

Terus bising kelas tersebut dengan berbagai soalan dan pujian dari peminat-peminat Smart Guys.Problem Girls hanya buat tak endah.Mereka berjalan ke arah tempat duduk masing-masing sementara Smart Guys diserbu oleh peminat dengan bermacam-macam pujian dan soalan.Problem Girls memandang bosan.

Baru sahaja Problem Girls duduk di tempat mereka iaitu di meja belakang sekali,kawan mereka Farah datang.

"Untunglah jalan sama dengan Smart Guys pulak tu."puji Farah."Adakah ini pujian ataupun perlian.Sebab bagi aku ini adalah perlian."kata Zila.Farah ni dikira rapat dengan Problem Girls.Mereka ni berkawan dari sekolah rendah.Farah je yang berani cari pasal dengan Problem Girls.Yang lain semua takut terkena dengan Problem Girls.Pernah jugak Problem Girls ajak Farah masuk geng diorang.Tapi Farah tak nak.Sebab dia bukan sepupu diorang dan Farah ni dikira baik lah jugak.Tak suka kacau orang.Katanya orang kacau kita,kita redha je.Allah akan balas lagi teruk.Memang terbaik lah dia ni.

"Itu satu pujian ya."balas Farah.Problem Girls mengeluh lagi."Kenapa ni?Ada masalah ke?Cerita lah kat aku."kata Farah."Aku tak suka lah Smart Guys tu ada kat sini."kata Inas.Terangkat kening Farah dibuatnya.Yelah,semua orang suka kan Smart Guys kot,tak akan diorang tak suka Smart Guys.

"Kau tahu kan,kami tak akan gedik kat lelaki macam diorang."kata Zila pula."Ha'ah kan.Korang mana suka bercinta lagi.Tapi kenapa kau tak suka Smart Guys?"tanya Farah.Problem Girls menceritakan semuanya yang terjadi di dalam pejabat kecuali yang pandangan mereka bertaut dengan Smart Guys.Malu lah kalau cerita yang tu.

"Owh!Sebab tu ke? Untungnya korang.Diperhati oleh Smart Guys yang instafamous,kacak,segak,macho,hensem,semualah.Perfect."kata Farah teruja.Membutang mata Problem Girls mendengar pujian dari Farah untuk Smart Guys."Are you kidding me!"jerit Problem Girls kuat.Kelas yang riuh dengan Smart Guys menjadi senyap.Semua murid kelas 5A memandang ke arah Problem Girls tidak terkecuali Smart Guys.

"Apa pandang-pandang,nak cari masalah ke?!"jerit Problem Girls serentak.Mereka menggelengkan kepala laju kecuali Smart Guys pula terkejut dengan suara Problem Girls.

'Mak aih!Muka manis tapi garang gila.'

'Kuat gila minah ni jerit.Bergegar kelas ni!'

'Rare gila pompuan ni.Garang dari mak aku dia ni.'

Bisik hati Smart Guys.Mereka yang lain segera pandang ke hadapan apabila menyedari kehadiran Puan Rozila."Nampaknya kita ada pelajar  baru.Sila kehadapan untuk memperkenalkan diri."ujar Puan Rozila kepada Smart Guys yang dari tadi hanya berdiri dibelakang kelas.Maklumlah,pelajar baru lah katakan.Mana ada tempat duduk lagi.

Smart Guys datang kehadapan.Pelajar perempuan dah menjerit teruja.Hotstuff berdiri depan kelas tu.Smart Guys ambil kedudukan masing-masing lalu tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipit mereka.Pelajar perempuan lagilah menjerit gila sampai nak pecah anak tekak diorang.

"Cair aku tengok dia senyum kat aku."

"Aku melting dowh!Hensem gila dia senyum"

"Aaaa!!!Dia senyum kat aku.Tergoda aku dibuatnya."

Itulah beberapa perkara yang dikatakan oleh peminat- peminat setia Smart Guys.Problem Girls hanya menayangkan muka bosan mereka.

"Hai aku Amirul Safwan.Panggil aku Amir.Aku Ketua Pengawas kat sini."kata Amir sambil tersenyum manis.Pelajar perempuan lagi kuat menjerit.

"Waalaikumussalam.Kita ni orang islam.Bagilah salam."perli Zila.Semua memandang ke arah Zila termasuk Smart Guys dan Puan Rozila."Err..Assalamualaikum." ujar Amir malu sebenarnya ditegur oleh Zila.'Selamba je minah ni perli aku depan orang ramai.'bisik hati Amir.Eza dan Inas menahan gelak yang hampir meletus.

"Assalamualaikum,nama aku Nabil Azhar.Panggil aku Nab.Aku PK Pengawas."kata Nab pula dengan senyuman yang tak lekang dari mulut Nab."

Baru sahaja pelajar perempuan ingin menjerit,Eza telah berkata sesuatu."Tanya pulak aku."ujar Eza dengan niat ingin malukan Nab.Nab hanya menggenggamkan penumbuknya.'Cis,dia malukan aku ni!'bisik hati kecil Nab.Puan Rozila memandang tepat ke arah Eza."Eza!" panggil Puan Rozila."What?"tanya Eza pura -pura tak faham."Behave three of you."kata Puan Rozila.Eza menayangkan muka tidak bersalah.Sementara Zila dan Inas dah gelak terbahak-bahak.

"Assalamualaikum.Aku Hazimi Zulkifli.Panggil aku Jimi.Aku AJK Pengawas di Star Highschool ni."kata Jimi sambil buat flying kiss.Pelajar perempuan berebut ingin menangkap flying kiss tersebut.Apa yang mengejutkan apabila Inas menangkap flying kiss daripada Jimi.

Zila dan Eza berpandangan.Mereka tersenyum sinis.'Apalah yang kau nak buat kali ni,Inas.'bisik hati Zila dan Eza.Semua orang terkejut dengan perbuatan Inas.Termasuk Smart Guys.

Inas membuang flying kiss tu ke lantai lalu memijaknya.Terkejut monyet pelajar perempuan.Smart Guys juga terkejut.Inas memijak flying kiss konon sehingga penyet.Pelajar perempuan ada yang merintih merayu supaya hentikan perbuatan keji tersebut.Err..Keji ke?Ada yang hampir pitam melihat Inas memijak-mijak flying kiss itu tanpa perasaan bersalah.

Selesai konon memijak flying kiss itu sehingga penyet,Inas menepuk-nepuk tangan nya.Kemudian, dia duduk tempat asal nya.Pelajar perempuan pula hanya pasrah dengan apa yang berlaku, manakala Smart Guys hanya kaku dengan apa yang berlaku sebentar tadi.

'Tak guna betul.Dia pijak flying kiss aku.Tak pernah ada pompuan pijak flying kiss aku.'bisik hati Jimi.Semua duduk ke tempat masing-masing.

"Baguslah kau."puji Zila sambil menepuk - nepuk bahu Inas."Korang dua pun bagus.Biar dia tahu siapa kita."kata Inas pula."Biar dia kenal siapa Problem Girls."ujar Eza."Betul tu!"sokong Inas."Ye betul lah tu."sokong Zila jugak.

"Err..Smart Guys.Kamu bertiga boleh duduk kat tempat masing-masing."kata Puan Rozila setelah keadaan kembali tenang."Nak duduk kat mana,cikgu?"tanya Amir."Duduklah sebelah saya."

"Duduklah kat hati saya."

"Duduklah kat sini,U."

Itulah perkataan yang keluar dari mulut peminat-peminat setia Smart Guys.Gediksss gila.Puan Rozila melihat tempat duduk kosong di dalam kelas 5A.Dan tempat duduk kosong hanyalah di belakang Problem Girls dan ia nya cukup untuk 3 orang.

"Kamu bertiga boleh duduk kat belakang Problem Girls."kata Puan Rozila.Pelajar perempuan membuat muka kecewa tapi Problem Girls membuat muka terkejut.

"Alah!Tak ada tempat lain ke?"

"Suruhlah dia duduk tempat lain."

"Menyemak lah dia,cikgu.Tempat lain tak ada ke?"

Bantah Problem Girls sekeras-keras nya."Nope.Smart Guys perlu duduk belakang kamu bertiga jugak.Ia akan memudahkan lagi kerja mereka."ujar Puan Rozila.Membulat mata Problem Girls,manakala Smart Guys hanya smirk.Pelajar kelas 5A menjadi hairan.

"Kerja apa cikgu?"

"Mudahkan untuk?"

"Maksud cikgu?"

Puan Rozila sekadar menggelengkan kepala tanda tiada apa-apa.Mereka menjadi semakin hairan.Sementara Problem Girls sedang mengelamun.

'Nampaknya semua guru tahu tentang hal ni.'

'Kena lebih berhati-hati.'

'Semua guru dah pun tahu.Haih!'

Problem Girls mengeluh.Puan Rozila yang mendengar keluhan Problem Girls sekadar memberi senyum nipis."Smart Guys,kamu boleh bergerak ke tempat duduk tadi."arah Puan Rozila.Smart Guys segera bergerak ke tempat duduk mereka.Kemudian,pelajaran bermula seperti biasa.

Okey tak?Kalau tak okey,komen tau.Jangan lupa vote pulak.☺

Problem Girls ✔Where stories live. Discover now