Epilog

10.9K 488 7
                                    

7 tahun kemudian,

Zila POV

"Azril !Zira !Main hati2 la !Nanti jatuh."kataku pada anak lelakiku.

Dah 7 tahun berlalu dan alhamdulillah.Kami semua dah bahagia sekarang.

Aku dan Amir dah ada seorang anak lelaki namanya Azril Safwan dan seorang anak perempuan namanya Syazira Akma.Kembar sepasang ye.

Azril sudah berumur 5 tahun.Samalah macam Zira.

Lupa nak bagitahu,lepas kejadian yang menimpa kami,Katty disahkan ada penyakit mental selepas 2 tahun meringkuk di dalam penjara bersama Bella dan Shila.

Dan diorang mengaku bahawa diorang yang sabotaj kereta Eza dengan cara memotong break keretanya.Dan diorang yang culik Zila.Diorang kata diorang hanya ikut arahan Katty.Apa2 pun,Bella dan Shila dah minta maaf kat Problem Girls dan Smart Guys.Itu dah cukup baik.

Bella dan Shila?Well,sekarang ni,diorang ada kat satu pusat tahfiz.Dengar cerita diorang dah berhijab.Berpurdah lagi.

Riana pulak baru sahaja habis belajar kat UK dan alhamdulillah dia dah bertudung sekarang.Dan jugak dengar cerita akan melangsungkan pertunangan dengan Fared,abang Farah.Ada pulak jodoh diorang dua tu.

Farah dan Ayu pulak...

Ayu pulak sudah bertunang dengan Arash setahun yang lepas dan katanya akan berkahwin pada hujung bulan April ni.Kalau tak silap.Ayu sekarang ni,ada satu butik baju kat KL.Arash pulak,Arash dan Irish sama2 uruskan restoran ayah dia.

Farah? Irish masih dalam percubaan nak memikat hati si Farah ni.Almaklumlah!Dulu2 taknak ngorat.Dah besar panjang macam ni,baru nak try.Dahlah si Farah ni cantik.Model lah katakan.Tapi jangan macam2,Farah ni model untuk majalah muslimah.Tu yang ramai nak tackle dia.Yang Irish ni pun satu.Lambat sangat.

Aku,Eza dan Inas jadi suri rumah je.Tapi kitorang ada jugak jalankan bussiness secara online.

Smart Guys.Smart Guys sedang ambil alih syarikat ayah mereka selepas kepergian tok,wan,atuk dan nenek 4 tahun lepas.Bukanlah maknanya mereka meninggal serentak ye.Tapi lepas pemergian tok,sebulan lepastu wan dan nenek yang pergi.Setahun kemudian,atuk pulak yang pergi menghadap ilahi.

Dan,sekarang ni.Star Highschool di ambil alih oleh 3 orang adik Smart Guys.Sape lagi kalau bukan Amika,Nabirah dan Haiza.Sampai 3 orang nak uruskan.Hehehe.

Cakap pasal adik,adik2 kami pulak menguruskan syarikat ayah2 kami.Mula2 papa nak bagi aku yang uruskan tapi disebabkan aku dah berstatus isteri orang jadi ayah suruh Afik yang ambil alih.

Oh,lupa nak bagitahu.Anak Eza dan Nab dah ada 2 orang jugak.Bukan kembar.

Inas pulak.Seorang dah ada.Seorang lagi dalam kandungan.Hehehe,Inas sekarang ni tengah sarat mengandung.Tak lama lagi,beranak lah tu.

"Sayang buat apa duduk sorang2 ni ? Bahayalah perempuan mengandung duduk sorang2.Kalau jadi apa2 macam mana ?"bebelan dari suamiku yang tersayang.

Entah dari mana muncul pun tak tahulah.Sebelum aku terlupa lagi,hehehe.Sebenarnya aku pun tengah mengandung jugak.Dah 7 bulan setengah dah.

"Sayang jomlah.Semua dah tunggu kat sana tu."

Hari ni,Problem Girls,Smart Guys,Farah,Ayu,Irish dan Arash ada percutian kat Pantai Seningan.Best kat sini.Tenang je.Lagi2 kalau waktu matahari terbenam.

"Sayang."

Aku tersedar.

"Ye."

"Hah tengok tu.Asyik mengelamun je.Kenapa ni?"

Aku memandang Amir sambil tersenyum.Amir dah banyak berubah.Makin sweet pulak dia.Sampai aku pun kadang2 geli geleman jugak dengan ayat sweet dia ni.Terlebih gula.

"Tak ada apalah.Jomlah pergi kat diorang."aku dan Amir melangakah ke arah yang lain yang sedang menunggu.Kami tengah berkelah kat tepi pantai ni.

"Amboi2 pengantin lama ni.Mengalahkan pengantin baru."usik Irish.

"Kau diam"ucap Amir.

Kami tergelak bersama.

"Wei Nab.Bila kau nak tambah anak?"soal Amir.

"Hah?"

"Yelah,kau tengok aku.Dah ada kembar,pastu ada yang in coming.Kau tengok Jimi tu.Baru nak tambah dua.Tapi mana tahu kembar ke.Kan?Kau tu.Bila lagi?"soal Amir sambil menangkat keningnya.

Aku memukul lengannya perlahan.Apalah cakap macam tu.

"Er.."Nab menggosok lehernya.

"Dalam proses bro.Kaulah,tak ajar pun aku macam mana nak dapat kembar."dengan itu,Nab mendapat cubitan dari Eza.

Yang kaum Adam dah ketawa besar.Kaum hawa pulak dah malu2.Gila tak malu.

"Dah2.Cuba tengok tu."Inas menunjukkan ke arah sesuatu.

Kami berpaling.Dan kelihatan matahari yang sedang terbenam.

"Subhanallah."

"Masyaallah."

"Cantiknya!"

Kami menikmati pemandangan yang indah itu.Sesungguhnya sudah kami ukir sebuah lagi kenangan yang indah.

Harap ia akan selamanya.Insya allah...

-TAMAT-


The most beautiful things in the world cannot be seen or even touched

They must be felt with the heart.

Problem Girls ✔Where stories live. Discover now