Bab 4

12.5K 635 5
                                    

Pada waktu rehat,Problem Girls sedang berkumpul di cafe sekolah.

"Eza,kau pergi beli makanan."arah Zila.Eza hanya menurut.Baru sahaja Eza ingin ke kaunter pesanan,dia teringat sesuatu.Lalu berpatah balik."Nak apa?"tanya Inas."Nak order apa?"tanya Eza pula.

"Aku nak nasi lemak dengan mocha lah."kata Zila."Aku pulak nak nasi goreng dengan white coffee je."kata Inas pula.Zila dan Eza berpandangan lalu tergelak perlahan."Apahal korang dua ni?Gila ke?"tanya Inas hairan dengan sepupu dia dua orang ni.

"Serious lah kau nak tu je?"tanya Eza dengan tawa yang masih bersisa."Bukan kau paling banyak makan ke?Tak akan tu je?"kata Zila pula lebih kepada sindiran sebenarnya.Inas menayangkan muka tidak puas hati."Sekali-sekala kita kenalah diet jugak.Dah lah kau beli je makanan aku."kata Inas.Bosan asyik ditertawakan je.Makan banyak salah,makan sikit pun salah.

Eza tanpa banyak cakap terus ke kaunter pesanan.Selesai memesan makanan,dia tunggu seketika."Nah makanannya adik."Eza mengambil dulang yang dipenuhi makanan yang dipesan olehnya.Dia menghulurkan duit dan mengucapkan terima kasih.Dia bergerak ke arah Inas dan Zila.

Dalam perjalanan ke arah Zila dan Inas,ada seseorang merempuhnya sehingga terjatuh segala makanan yang dipesan tadi.Eza memandang ke  arah orang yang melanggarnya.Dan ianya ialah Bella dari kumpulan Diva Beauty.

"Ops!sorry,sengaja pulak."ujar Bella dengan gediknya.Inas dan Zila yang melihat keadaan tersebut terus datang ke arah Eza lalu membantunya berdiri.

"Apa masalah kau hah?!"tengking Eza kepada Bella.Semua di cafe tersebut memandang ke arah Problem Girls dan Diva Beauty yang sedang bertengkar.Diorang ni memang musuh dari tingkatan 1 lagi.Mereka hanya menyaksikan pertengkaran itu berlaku.Nak halang nanti diorang yang kena.Jadi jalan yang terbaik hanyalah mendiamkan diri.

"Aku tak ada masalah.Elok je."balas Bella masih dengan nada gedik."Ooo...Aku rasa kau ada masalah.Masalah penglihatan."ujar Eza sinis."Kurang ajar."Bella menolak Eza sehingga jatuh terduduk di atas lantai.Eza mengaduh kesakitan.

Zila dan Inas terkejut dengan perbuatan Bella.Inas menolak Bella.Sekarang ni Bella pula yang jatuh tergolek seperti nangka busuk.Zila menolong Eza untuk berdiri.

Riana membantu Bella,manakala Shila datang ke arah Inas dan menarik tudung Inas.Nasib baik tak tercabut.Inas menarik rambut Shila.Dan berlaku lah adegan tarik-menarik di situ.

"Kau nak apa dari kami hah!"suara Zila meninggi."Tak ada apa-apa.Saja je."kata Riana selamba."Kau tak guna.Jangan kacau kamilah!"marah Zila."Kau yang tak guna."kata Riana lalu melempang muka Zila.
Pang!

Zila memegang pipinya yang dilempang oleh Riana.Dia merasa pipinya berpijar.Dia berasa marah.Amarah nya kini berada di tahap max.Dia membalas tamparan Riana sama kuat seperti mana Riana menampar dirinya.Riana dan Zila saling tampar menampar.Berlakulah adegan tampar - menampar di situ.

"Kau memang patut jatuh pun tadi."kata Bella kepada Eza."Kau gedik.Layak jatuh tersungkur macam nangka busuk.Silap.Nangka yang tersangat busukkk."kata Eza pula."Kurang ajar kau!"kata Bella."Aku tak pernah kurang diajar.Cukup je aku rasa."kata Eza selamba.

"Kau tak guna!"tengking Bella."Kau tu macam berguna sangat.Murah je aku tengok."balas Eza."Shit you!"carut Bella."Astaghfirullah,taubatlah wahai perempuan gedik."ujar Eza sambil menggelengkan kepalanya berkali kali.Bella berasa geram lalu menyepak kaki Eza.Nasib tak jatuh.Eza juga menyepak kaki Bella sehingga tersungkur di atas lantai.Bella bangun dan cuba untuk menyepak kaki Eza pula.Dan berlakulah adegan sepak-menyepak di cafe tu.

"Berhenti!!"jerit seseorang.Problem Girls dan Diva Beauty memandang ke arah suara tadi.Ternyata ia adalah Smart Guys.

"Korang berenam ni,cubalah tunjuk teladan yang baik sikit."kata Amir."Cuba matang.Jangan jadi macam budak-budak."sokong Nab."Asyik nak buat masalah je."kata Jimi pula.

Problem Girls ✔Where stories live. Discover now