Petang itu,Problem Girls balik sekolah lewat.Mereka sed
ang membersihkan kawasan sekolah kerana didenda oleh Smart Guys.Semuanya kerana ini......Flashback
Seperti yang dikatakan,Problem Girls menjalankan plan mereka ke atas Smart Guys.Pagi2 lagi dah ada kat sekolah.Semangat betul nak kenakan orang.
"Diorang dah datang ke belum?"tanya Zila kepada Eza yang berada di luar pintu kelas.
"Belum"jawab Eza yang sedang memerhatikan kehadiran Smart Guys.
"Oi!Dalam baldi ni kau nak letak apa?"tanya Inas yang memegang barang2 untuk Plan A mereka.
"Letak jelah apa pun"balas Zila acuh tak acuh.
Inas yang mendengar jawapan Zila terus meletakkan telur,tepung dan susu ke dalam baldi berwarna oren tersebut.Dah macam nak memasak pulak.
"Tali mana?Aku nak ikat baldi ni kat atas pintu"kata Inas.Zila menghulurkan tali yang berwarna hijau kepada Inas
Inas mengambil tali tersebut lalu ikatkan pada baldi dan tombol pintu kelas mereka.Lalu dia meletakkan baldi tersebut di atas pintu.
"Siap pun"ujar Inas lalu menepuk-nepuk tangannya yang terkena tepung,telur dan susu tadi.
"Weyh!Diorang dah datang.Sorok cepat."jerit Eza dari luar kelas.Dengan pantas Problem Girls menyembunyikan diri mereka.
Smart Guys P.O.V
"Ngantuknya...."kata Nab sambil menguap untuk kali yang keberapa pun tak tahu.Dah banyak kali dia menguap.
"Tulah.Aku suruh tidur tak nak.Nak jugak berangan Eza.Konon muka dia boleh bawak mimpi."balas Jimi.
"Eleh!Kau kata orang.Pikir aku tak dengar ke?"tanya Nab pula."Dengar apa?"tanya Jimi yang masih terpinga-terpinga.
"Malam tadi kau mimpikan Inas kannn."usik Nab.
"Betul tu.Ada ke patut,waktu tidur dia boleh sebut2 nama Inas."sokong Amir.
Wajah Jimi terus menjadi warna merah.Malu diusik begitu.Sebab memang betul pun dia mimpikan Inas.
"Muka pun dah merah lahhhh"usik Amir pula.
"Malu ke cik abang kita ni.Ala la la.Malu ya?Nanti kita panggil Inas kasi hilangkan malu tu ya."sakat Nab sambil membuat gaya gedik.
"Isy!Bising lah.Dah sampai kelas dah pun."marah Jimi.
"Kau bukak lah pintu ni"suruh Nab kepada Jimi.
"Apahal aku pulak.Tak nak lah.Sebab aku dapat rasakan aura tak bagus dalam kelas kita ni."tolak Jimi sekeras-kerasnya.
"Amir kau bukak lah pintu ni.Aku rasa tak sedap hati lah."kata Nab kepada Amir pula.
"Aik!Macam mana kau boleh rasa hati kau.Takpe2...Nanti aku bagi hati Eza kat kau.Conferm sedap.Manis lagi."ujar Amir loyar buruk.
"Kau jangan nak buat loyar buruk kat sini.Aku tendang kau terus ke London nanti."kata Jimi sambil membuat gaya ingin menendang Amir.
"Jangan tendang aku sampai London.Tendang lah aku ke Korea.Aku teringin nak jumpa artis Korea."ujar Amir masih berloyar buruk.
Nab dan Jimi menayangkan muka cemberut.Tanda protes.
Amir hanya membiarkan mereka.Dia terus memulas tombol pintu kelas mereka.Dia melangkah masuk ke dalam kelas tersebut.Nab dan Jimi mengikuti langkah Amir.
YOU ARE READING
Problem Girls ✔
Random*my first novel,so it kind of noob sikit. ©2017 Kumpulan badgirls atau lebih dikenali sebagai Problem Girls.Kumpulan paling nakal dan selalu membuat masalah di Star Highschool.Tapi mereka sangat terkenal.Dan sangat cantik.Satu asia kenal mereka. Sam...