Zila POV
Problem Girls datang ke sekolah dengan Smart Guys sebabnya kereta kitorangkan pancit.Terpaksa okey.
'Terpaksa dalam kemahuan😒'
Problem Girls masuk ke dalam kelas.Tiba2 je kelas yang riuh tadi,jadi senyap.
Diorang buat tak kesah dan terus ambik tempat masing2.Baru je duduk,tiba2 Farah dan Ayu terus datang kat kitorang.
"Yow,sis!Bahagia nampak?"tegur Farah tiba2.
"Apa kau merepek ni?Bahagia apa bendanya?"tanya Inas sambil memandang Farah dengan senyuman.
"Merepek apanya.Tu.Cuba tengok bibir korang tu.Dari tadi tersenyum-senyum.Dah macam orang gila pun ada aku tengok."kata Ayu.Mendapat anggukan daripada Farah.
Aku,Eza dan Inas memegang bibir masing2.Betullah,asyik tersenyum je.Apahal ek?Bahagia sebab kena pujuk cara sweet lah.Orang gila je yang tak bahagia kena pujuk macam tu semalam.
"Nampak sangat eh?"Eza bertanya.
"Nampaklah wei.Senyum tu bukan main lebar lagi.Sampai dah nak terkoyak kau punya bibir tu aku tengok."gurau Farah lalu ketawa.Ayu ikut ketawa jugak.Aku dan Inas turut sama ketawa.
"Kepala otak kau!"Eza mengetuk kepala Farah dengan botol airnya.
"Adoi!Sakitlah ngok!"Farah mengusap kepalanya yang diketuk tadi.
"Taknak kawan!"Farah berpeluk tubuh sambil bibir dimuncungkan.Dah serupa itik aku tengok.
"Kau pikir comel?"aku bertanya setelah lama mendiamkan diri.
"Mestilah comel.Kalau tak takkan Irish syok kot."Ayu mengusik.Terus merah muka Farah dibuatnya.
Kami berempat tergelak.Farah memukul lengan Ayu yang sedang ketawa tu.Malulah tu.
"Ianya fakta tau!Aku sememangnya comel okey.Secomel Taylor Swift!"ujar Farah sambil mata dibulatkan dan muka dibuat comel.
"Aku tengok macam Dato'Sri Vida je."Inas berkata lalu ketawa.Kami ikut ketawa lagi.
"Aku tengok dah macam beruk wei."kataku.Sekali lagi kami ketawa.Adeh,sakit perut aku dibuatnya.
Semua murid memandang ke arah kami.Mesti ada yang fikir tak sangka Problem Girls ni gila.Yelah,gelak tak ingat dunia kot.
"Diamlah setonnnnn!"Farah berkata sambil muka menahan malu yang teramat.
"Aku baru nak tanya,Smart Guys mana ek?"Ayu bertanya setelah tawa kami reda.
"Diorangkan ada mesyuarat pengawas.Irish dengan Arash pun ada sekalikan.Takkan kau lupa kot?"aku bertanya.
Ayu menggarukan kepalanya sambil tersengeh kecil.
Tiba2 pintu diketuk dari luar,Cikgu Riadh masuk ke dalam kelas.
"Assalamualaikum murid2.Cikgu ada satu pengumuman ni."kata Cikgu Riadh.Semua murid terus pandang ke arahnya dan memberikan sepenuh perhatian.Tapi Problem Girls,Farah dan Ayu mungkin sekadar 95% je.
"Tak lama lagi,sekolah kita akan mengadakan Jamuan VVIP.Jamuan ni sepenuhnya dibayar dari pengetua sekolah kita,Tengku Mastura.Ada apa2 soalan?"Cikgu Riadh bertanya.
Problem Girls terkejut gila.Jamuan VVIP?Tak pernah dengar pun.Wan yang buat?Asal wan tak bagitahu kami?
Anas mengangkat tangannya.
"Yes,Anas.Anything?"
"Pakaian apa?"
"Oh,lupa nak bagitahu.Dah kata pun Jamuan VVIP,lelaki pakai tuxedo.Perempuan pulak,gaun.Bukan gaun pengantin ya.Cikgu bukan nak adakan majlis perkahwinan.Tapi,majlis tari menari.Gaun tu,mengikut kesesuaian,jangan terlalu seksi,jangan terlalu ketat.Ada apa2 lagi?"terang Cikgu Riadh.
YOU ARE READING
Problem Girls ✔
Random*my first novel,so it kind of noob sikit. ©2017 Kumpulan badgirls atau lebih dikenali sebagai Problem Girls.Kumpulan paling nakal dan selalu membuat masalah di Star Highschool.Tapi mereka sangat terkenal.Dan sangat cantik.Satu asia kenal mereka. Sam...