Bab 38

8.6K 396 11
                                    

"Yeah!!!Merdeka!Merdeka!Merdeka!"

"Bebas!Aku bebas!"

Jeritan pelajar tingkatan 5 bergema di luar dewan peperiksaan.Jeritan kebebasan.

Gila tak bebas?Gembira wei dah habis SPM.Tinggal tunggu result je.Itu semua,kita tawakal je.Asalkan dah buat yang terbaik.

"Guys!!"panggil Farah.

Semua murid tingkatan 5 berpaling memandangnya.

"Kita selfie!!!"Farah memegang monopod.

Semua bersedia dengan gaya masing2 dan...

Klik!

Klik!

Klik!

~~~~

Zila ketawa geli hati apabila melihat gambar2 semua murid tingkatan 5 yang bermacam gelagat.

Sudah seminggu perkara tersebut berlalu.Tapi masih segar dalam ingatannya tentang wajah gembira rakan-rakannya.

Tiba2 iPhonenya berdering menandakan wasap masuk.

💞Best Cousin Forever(BCF)💞

Eza🎹
Woi!Jomlh siap.Dh nk
gerk dh wei

Inas🎸
Tulh kau.Awllh!

Me
Ye,aku otw.

Zila menyiapkan dirinya.

T-shirt biru bersama jaket jeans biru dipakai.Serta seluar jeans hitam.Tudung bawal dikenakan dengan gaya shawl.

Dia memerhati dirinya di cermin.

'Okey!'

Zila mengambil iPhonenya.Mesej dihantar kepada Amir untuk meminta izin.

To:Mine😙

Amir,aku keluar kejap.Jumpa kawan dengan Eza dan Inas.

Smart Guys tak ada kat sini.Diorang keluar jumpa Iriah dengan Arash.

Setelah itu dia terus turun ke bawah.Kelihatan Eza dan Inas sedang menunggunya.

"Sorry lambat.Jomlah kita gerak."Zila memasuki kereta kesayangannya.

Eza dan Inas turut masuk ke dalam kereta mereka.Mereka terus bergerak menuju ke Hydeout Cafe.

~~~~

Problem Girls berada dengan Rafiq,Haritz dan Akif.Jangan fikir bukan2 ye.

Problem Girls datang sini sebab nak minta tolong.Lagipun,Rafiq,Haritz dan Akif dah lama tak ada perasaan kat Smart Guys lepas Majlis VVIP hari tu.

Zila dan Rafiq sedang membincangkan sesuatu yang belum selesai lagi.Eza dan Haritz membayar bil makanan diorang tadi.

Inas?Inas pergi tengok novel baru kat kedai buku.Akif pun ikut sama.Sebabnya Akif nak beli buku prinsip perusahawanan.

"Jadi,boleh tak korang letak kat kek tu perisa cheese and chocolate.Tolong letak aiskrim sekali boleh?"pinta Zila.

"Boleh.Lagi?Nak tak kalau letak perkataan kat situ?"cadang Rafiq.

"Okey gak.Aku nak korang guna perkataan ni."Zila mengambil tisu dan pen dari sling begnya.

Dia menulis sesuatu di situ dan berikan pada Rafiq.Rafiq menyambutnya.Dia tersenyum nipis.

Klik!

"Berapa ye kak?"Eza bertanya sopan.

"RM 45."

Baru sahaja,Eza ingin menghulurkan tangannya nak membayar harga tersebut tapi pantas ditahan oleh Haritz.

Problem Girls ✔Where stories live. Discover now