Zila cuba membuka kelopak matanya yang terasa berat.Cahaya lampu menyilaukan lagi penglihatan Zila.Matanya terpejam lagi.Kepalanya berdenyut-denyut.
"Zila anak mama,bangun..."suara seseorang yang amat dirinduinya.
Zila sedaya upaya membuka matanya meskipun terasa sakit.
Apabila mata dicelik,kelihatan mama dan ibu berada di sisi Zila.Terus saja tubuh mamanya dipeluk.
"Zila rinduuuuu mama..."
"Mama pun rindu Zila jugak."
Zila memandang ke arah mentuanya.Zila mengukir senyuman manis.Ibu membalas senyuman Zila seraya menggosok kepala Zila yang berlapikkan tudung.
Zila pandang tangan kanannya yang bersimen.
"Kenapa dengan tangan Zila?"tanyaku.
"Tangan kanan Zila retak pada tulang sebab terhentak objek tajam.Tapi tangan Zila akan pulih tak lama lagi."kata mama tersenyum.Zila juga turut tersenyum.
"Nasib baik tak apa2 tau.Ni macam mana boleh jatuh dalam lubang besar tu?Nasib baik Amir jumpa tau."kata ibu.
Zila garu kepala je.Tak tahu nak cerita atau tak.Kalau Zila cerita nanti,silap2 ada yang sampai ke balai nanti.Tapi memang kena bawak ke balai polis pun kan?
"Erk..Mana papa dengan ayah?"sengaja Zila menukar topik.
"Diorang ada kat luar,tengah borak pasal syarikat lah kot."jawab mama.
Zila tiba2 teringat sesuatu."Mana Eza dan Inas?"Zila bertanya kepada mama dan ibu.
"Diorang tak apa2.Eza kepala dia tercedera sikit sebab terhantuk tapi luka dia tak dalam."jawab mama.
"Inas pulak kaki dia terseliuh dan tergeliat sikit."balas ibu.
Zila mengangguk faham.Dia memandang ke arah pintu sekilas.
Kelihatan satu tubuh lelaki yang amat dikenalinya sedang merenung Zila.Tajam.
Mata mereka bertembung.Amir tersenyum sinis.
Zila terus mengalihkan matanya.'Asyik senyum sinis je.Menyakitkan hati betul.Cuba senyum manis,ikhlas.'kutuk hati Zila.
Amir melangkah masuk ke dalam bilik.Di tangan kanannya terdapat beg kertas.
"Amir,pergi mana tadi?"ibu bertanya.
"Beli makanan untuk Zila.Lagipun Zila tak makan lagi."jawab Amir sambil menunjukkan beg kertas berisi nasi goreng kampung.
Ibu dan mama tersenyum senang.Zila pulak berasa terharu.'Baik pulak mamat ni.Selalu nak cari gaduh je.'getus hati Zila.
"Kami keluar dululah ye."ibu dan mama terus melangkah keluar tanpa menunggu balasan Zila.Saje nak bagi privacy sikit.Hehehe.
Amir duduk di tempat mama duduk tadi.Dia meletakkan makanan tersebut di atas meja bersebelahan katil Zila.Keadaan begitu senyap.Tak ada siapa yang nak mulakan perbualan.
'Sorry,Zila.Kalau aku ada dengan kau sekali,mesti tangan kau okey lagi.'luah Amir.
Amir merenung Zila tajam membuatkan gadis tersebut tidak selesa.Getaran di dada Zila semakin tidak keruan.
Amir yang perasan riak ketidakselesaan Zila segera mengalihkan pandangan.Entah kenapa,dia berasa tenang melihat Zila.Meskipun jantungnya berdegup laju.
"Kau lapar tak?"pertanyaan Amir menghapuskan kesunyian mereka.
Zila mengangguk laju.Sememangnya dia lapar.Dia tak makan apa pun dari tadi.
YOU ARE READING
Problem Girls ✔
Acak*my first novel,so it kind of noob sikit. ©2017 Kumpulan badgirls atau lebih dikenali sebagai Problem Girls.Kumpulan paling nakal dan selalu membuat masalah di Star Highschool.Tapi mereka sangat terkenal.Dan sangat cantik.Satu asia kenal mereka. Sam...