Taehyung bangun dari katilnya dan perkara pertama yang dilakukannya selepas membuka mata ialah mencapai telefon pintar miliknya.
Tangannya ligat membuka setiap pesanan yang dihantar oleh perempuan yang berlainan. Yang wish good morning lain, yang merajuk lain, yang memaki hamun lain dan yang bergaduh pun lain.
Taehyung hanya tersenyum membalas setiap pesanan yang diterimanya. Hiburan pagi katanya. Selepas membalas setiap pesanan yang dikirim, Taehyung segera bangun dan mengorak langkah ke tandas untuk bersiap.
Hari ini Encik Kim dan Puan Kim tidak bekerja dan akan menghabiskan waktu mereka di rumah sahaja. Taehyung terasa rumahnya kembali ceria dengan ada nya omma dan appa dia.
" morning omma, appa! "
Ujar Taehyung sebaik turun ke dapur dan meluru ke meja makan.
" morning, "
Balas Encik Kim, matanya fokus kepada surat khabar yang baru di beli oleh Ahjussi Park selaku pemandu peribadi mereka.
" morning sayang, "
Puan Kim mengucup dahi Taehyung dan mengusap rambutnya perlahan. Taehyung hanya tersenyum memandang Puan Kim.
" makan lah, omma dah siapkan pancake favorite anak omma ni, "
Kata Puan Kim sambil tersenyum meletakkan pancake di hadapan Taehyung. Taehyung segera mengambil sudu dan merasa sedikit pancake yang dibuat oleh Puan Kim.
Taehyung tersenyum sebaik mengunyah pancake tersebut. Seperti yang diharapkan, masakan Puan Kim tidak pernah mengecewakan Taehyung.
" balik pukul berapa hari ni? "
Soal Encik Kim yang sedari tadi sibuk dengan surat khabarnya yang sudah di letakkan di kerusi bersebelahannya.
" tak tau lagi, lebih kurang 5 ke 6 petang macam tu. Kenapa appa? "
Taehyung memandang Encik Kim sekilas sebelum meneguk susu kocak yang disediakan oleh Puan Kim.
" oh, appa dengan omma nak keluar nanti. Boleh duduk sorang? "
Soal Encik Kim lagi sambil menyuap pancake ke dalam mulutnya. Taehyung hanya mengangguk dengan senyuman.
" nak pergi dating eh? "
Soal Taehyung disertai gelak tawa miliknya sendiri. Puan Kim tersipu malu mendengar kata-kata anaknya. Encik Kim pula tertawa lepas mendengar kata-kata Taehyung yang sememangnya benar.
" appa tak tau balik pukul berapa ni, nanti Ahjussi Park yang amik ya? "
Soal Encik Kim menginginkan kepastian dari anak tunggalnya. Taehyung hanya mengangguk.
 ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄
Setibanya di sekolah, kereta yang membawa Taehyung sudah di kerumuni oleh pelajar perempuan yang sememangnya peminat Taehyung.Taehyung hanya menggeleng perlahan lalu keluar dari kereta dan menyapa peminat-peminatnya.
" oppa! Kenapa tak reply semalam? "
" tertidur, "
Balas Taehyung bersahaja sambil berjalan masuk ke dalam kawasan sekolah dengan beg yang dibiarkan di tangannya tanpa digendong.
" weh siapa tu? "
Ujar seorang perempuan dari dalam kawasan sekolah. Semua pandangan di alihkan ke arah seorang pelajar lelaki yang baru melangkahkan kakinya ke dalam kawasan sekolah.
YOU ARE READING
𝘢𝘯𝘯𝘰𝘺𝘪𝘯𝘨 𝘤𝘭𝘢𝘴𝘴𝘮𝘢𝘵𝘦. 𝙩𝙖𝙚𝙠𝙤𝙤𝙠
Random〖 𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱 〗 ❝ tak yang kau semak duduk sebelah aku kenapa? ❞ ❝ lah? salah ke aku duduk sebelah bakal isteri aku? ❞ ◢ top! tae bottom! kook kim taehyung as himself jeon jungkook as himself ◤ a taekook fanfiction happy reading ♡ ⎣ Warning...