Loceng berbunyi menandakan sudah tibanya waktu rehat. Jungkook mengemas alatan tulisnya dan memasukkan bukunya ke dalam laci meja. Jungkook memandang ke arah Taehyung yang sedari tadi memerhatikan gerak gerinya.
Taehyung tersenyum ke arah Jungkook membuat Jungkook turut tersenyum. Jinyoung yang menunggu Jungkook di luar sedari tadi masuk ke dalam kelas memandangkan Jungkook mengambil masa yang agak lama.
" Jungkook cepat lah, "
Ujar Jinyoung lalu menarik tangan Jungkook dan mengenggamnya. Taehyung memandang tangan Jinyoung tajam. Jungkook yang melihat Taehyung segera menarik tangannya.
" sabar lah, "
Balas Jungkook lalu bangkit dan keluar dari kelas. Taehyung turut keluar dari kelas dan menuju ke kantin.
" oi Taehyung! Lambat nya kau turun! "
Jerit Soyeon melihat Taehyung yang baru tiba di kantin. Taehyung mengangkat tangannya lalu duduk di meja bersama rakan-rakannya.
" aku ada hal sikit. Hanbin mana? "
Soal Taehyung melihat ketiadaan Hanbin di situ.
" dia dapat jerat sorang perempuan ni. Dia tengah pikat hati perempuan tu lah agaknya, "
Ujar Wonwoo, Taehyung menggelengkan kepalanya perlahan.
" dia nak buat apa kali ni? Nak rosakkan perempuan tu pulak? Lepas tu nak hantar pergi mana nanti? China dah, Amerika dah, hari tu Thailand. Ha lepas ni London? "
Soal Taehyung lagi membuat Wonwoo dan Soyeon yang berada di situ tertawa perlahan.
" kau kenal Hanbin bukan semalam kan? "
Soal Soyeon pula, Taehyung tersenyum sinis lalu memandang Jungkook yang baru melepasinya dan duduk berhadapan dengan mejanya.
Taehyung dapat melihat wajah Jungkook dengan jelas sebelum di halang oleh Jinyoung yang duduk di hadapan Jungkook. Taehyung menjeling Jinyoung lalu pandangannya di arahkan semula kepada rakan-rakannya yang sedang memandangnya penuh hairan.
" korang dah kenapa? "
" kau pandang siapa ni? Tersenyum-senyum dari tadi, "
Ujar Soyeon membuat Taehyung sedikit tergamam, dia tak perasan yang dia tersenyum selepas melihat Jungkook.
" tak ada siapa, "
" better kau jujur, aku tak pernah tau nampak kau senyum macam tu selama ni, "
Ujar Wonwoo lalu memandang Taehyung penuh harapan. Taehyung tidak mendedahkan perhubungannya dengan Jungkook memandangkan dia tak nak jadi perbualan khalayak ramai lagi.
Wonwoo menoleh ke arah belakang dan melihat Jungkook dan Jinyoung sekilas lalu pandangannya di arahkan kepada Taehyung semula.
" kau ada apa-apa dengan Jungkook ke? "
Soal Wonwoo membuat Taehyung tergamam.
" asal kau cakap macam tu? "
" takkan kau ada hubungan dengan Baejin yang straight nokharom tu? "
Soal Soyeon membuat tawa mereka bertiga pecah. Keadaan kantin sedikit riuh rendah kerana mereka bertiga. Jungkook turut menoleh ke arah Taehyung lalu sedikit tersenyum. Taehyung turut tersenyum melihat Jungkook.
" ha tengok tu senyum lagi! "
Ujar Wonwoo dengan keterujaannya melihat Taehyung tersenyum.
" kau ni dah kenapa? Tak pernah tengok aku senyum ke bangang? "
YOU ARE READING
𝘢𝘯𝘯𝘰𝘺𝘪𝘯𝘨 𝘤𝘭𝘢𝘴𝘴𝘮𝘢𝘵𝘦. 𝙩𝙖𝙚𝙠𝙤𝙤𝙠
Random〖 𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱 〗 ❝ tak yang kau semak duduk sebelah aku kenapa? ❞ ❝ lah? salah ke aku duduk sebelah bakal isteri aku? ❞ ◢ top! tae bottom! kook kim taehyung as himself jeon jungkook as himself ◤ a taekook fanfiction happy reading ♡ ⎣ Warning...