14

2.9K 220 144
                                    

Taehyung berjalan di belakang Jungkook tidak mahu sesiapa mengesyaki mereka yang baru je menangis tadi. Rasa kelakar pula bila difikirkan kembali.

Jungkook membuka pintu kelasnya dan terus berjalan ke arah mejanya. Jinyoung yang sedari tadi di dalam kelas hanya memandang Jungkook yang berjalan ke arahnya.

" kau dari mana? "

Soal Jinyoung sebaik Jungkook mengambil temlat di sebelahnya. Jinyoung melihat Taehyung juga baru masuk ke dalam kelas. Jinyoung dapat melihat dari kejauhan bibir Taehyung yang merah tapi tiada darah.

" kau bergaduh ke dengan Taehyung? "

Jungkook menggeleng matanya memandang ke arah Taehyung yang berjalan ke arah mejanya. Taehyung melirik ke arah Jungkook dan tersenyum kecil. Jungkook turut tersenyum kecil.

" habis asal dengan bibir Taehyung? "

Soal Jinyoung masih ingin tahu kerana Jungkook dan Taehyung masuk dalam kadar yang agak sama jadi dia risau jika terjadi apa-apa antara Jungkook dan Taehyung.

" entah, aku tak jumpa dia tadi, "

Jinyoung menarik nafas lega, Jungkook terpaksa menipu. Takkan dia nak cakap Taehyung dan dirinya baru lepas menangis dan meluahkan perasaan mereka? Jungkook dan Taehyung akan mendapat malu nanti.

" eh kau dah dengar cerita tentang Yuna dan Taehyung? "

Soal Jinyoung mengubah topik perbualan mereka. Jungkook mengerutkan dahinya sedikit.

" cerita apa? "

" dorang dah putus, "

Ujar Jinyoung lalu tertawa perlahan sebab akhirnya pasangan ala-ala romeo dan juliet tu berpisah jugak. Jungkook turut tertawa perlahan dan menggelengkan kepalanya perlahan memandang Jinyoung.

Taehyung memerhati Jungkook dan Jinyoung dari belakang yang berbual dengan mesra.

Taehyung mengeluarkan telefonnya dari poket seluarnya dan aplikasi whatsapp dibuka. Nama Jungkook diketik dan Taehyung menaip sesuatu lalu dihantar kepada Jungkook.

Jungkook yang merasakan telefonnya bergetar segera diseluk dari poket bajunya dan membuka telefonnya. Notifikasi menunjukkan mesej dari Taehyung melalui aplikasi Whatsapp.

Jungkook memandang Taehyung sekilas dan Taehyung hanya memandang ke luar tingkap tidak memandang Jungkook. Jungkook membuka pesanan yang dihantar oleh Taehyung.

--

Kim
Last seen today at 7.56 am

Seronok berbual?
7.54 am
Rapat sangat dah tu.
7.55 am
Jauhkan diri sikit dari Jinyoung. Bakal kekasih kau ni cemburu.
7.55 am

--

Jungkook tersenyum sedikit namun cuba disembunyikan takut Jinyoung pelik akan dirinya dan nanti habis telefon Jungkook di selongkar nya.

Jungkook membalas pesanan Taehyung dengan menahan senyumannya. Jungkook dan Jinyoung hanya berkawan dan tak lebih dari tu, takkan tu pun nak cemburu?

Lagipun, mereka belum declare lagi. Jungkook kembali fokus dengan perbualannya dan Jinyoung tadi. Taehyung membuka kembali aplikasi whatsapp nya.

𝘢𝘯𝘯𝘰𝘺𝘪𝘯𝘨 𝘤𝘭𝘢𝘴𝘴𝘮𝘢𝘵𝘦. 𝙩𝙖𝙚𝙠𝙤𝙤𝙠Where stories live. Discover now