15

2.9K 195 115
                                    

" Jungkook, bangun, "

Kata Taehyung sambil menepuk perlahan bahu Jungkook yang tertidur pulas. Jungkook menggeliat sedikit meregangkan ototnya.

" kita dekat mana? "

Soal Jungkook sebaik membuka matanya. Jungkook melihat sekeliling hanya ada kereta dan agak gelap. Mereka berkemungkinan di tempat letak kereta di pasaraya.

" kita dekat mall, "

Ujar Taehyung lalu membuka tali pinggangnya dan Jungkook. Taehyung keluar dari kereta diikuti oleh Jungkook.

" weh agak lah, aku pakai baju sekolah kut, "

Taehyung hanya tersenyum lalu mengorak langkah ke arah Jungkook. Tangan Jungkook diraih dan kereta dikunci menggunakan sebelah lagi tangannya.

Taehyung mengorak langkah untuk masuk ke dalam pasaraya tersebut. Masuk sahaja ke dalam pasaraya tersebut Jungkook menarik tangannya dari terus dipegang oleh Taehyung.

Taehyung memandang Jungkook yang melepas tangannya tadi.

" asal? "

" kau tak nampak orang ramai? "

Soal Jungkook kembali sambil matanya memerhati setiap orang yang berada di pasaraya tersebut. Taehyung hanya mengangguk.

Taehyung masuk ke sebuah kedai dan diikuti oleh Jungkook. Taehyung membelek beberapa baju di dalam kedai tersebut begitu juga dengan Jungkook.

Taehyung mencapai dua helai kemeja berwarna hitam dan putih lalu yang putih diberi kepada Jungkook. Jungkook teragak-agak sebelum mengambil kemeja tersebut.

" kau nak suruh aku pakai baju ni? "

Soal Jungkook dan Taehyung mengangguk pantas. Taehyung kemudiannya terus bergerak ke fitting room di kedai tersebut.

Jungkook melihat kemeja yang Taehyung berikan beberapa kali. Dia teragak-agak mahu memakai kemeja tersebut.

" tak nak ah nanti orang kata sama dengan Taehyung pulak, "

Ujar Jungkook lalu meletakkan kemeja tadi di tempatnya semula.

" pakai sebelum aku kiss kau dekat sini, "

Bisik Taehyung yang sudah berada di belakang Jungkook. Jungkook yang merasakan nafas Taehyung di lehernya segera mencapai kemeja tadi lalu berlari masuk ke dalam fitting room. Taehyung gelak sakan dengan kelakuan Jungkook tadi.

Taehyung duduk di kerusi yang disediakan di kedai tersebut sambil meneliti telefonnya. Ruangan chat peminat-peminat nya terus menerus dibuka dan ada yang di block serta merta.

Taehyung dah penat melayan peminat-peminat nya. Kalau dulu dia melayan kerana Yuna sering sibuk dengan jadualnya yang padat sampai nak minum kopi pun tak boleh.

Akibatnya, Taehyung menjadi bosan dan mencari keseronokannya tersendiri. Namun sekarang dia dah ada Jungkook yang akan menjadi peneman hidupnya mungkin? Mereka belum declare dan Jungkook pun nak tak nak je dengan dia.

Sedang Taehyung termenung jauh memikirkan masa depannya Jungkook yang baru keluar dari fitting room terus berjalan ke arah Taehyung. Taehyung tidak menyedari kehadiran Jungkook kerana asyik dengan fikirannya.

" k taknak layan aku dah, "

Ujar Jungkook membuat lamunan Taehyung terhenti dan matanya di arah kan kepada Jungkook.

" kau fikir apa? Yuna? "

Soal Jungkook tidak memandang Taehyung sebaliknya memandang keluar kedai. Taehyung ingin sekali meraih Jungkook dalam dakapannya. Sungguh dia tak tahan dengan kecomelan Jungkook. Dia fikir mereka berada di tempat yang ramai orang dan dirinya yang sentiasa menjadi tumpuan.

𝘢𝘯𝘯𝘰𝘺𝘪𝘯𝘨 𝘤𝘭𝘢𝘴𝘴𝘮𝘢𝘵𝘦. 𝙩𝙖𝙚𝙠𝙤𝙤𝙠Where stories live. Discover now