06

2.7K 242 170
                                    

Jungkook masuk semula ke dalam kelas setelah menenangkan dirinya kerana Taehyung yang tak habis-habis sakat dia dari tadi. Jungkook menjeling Taehyung sebelum mengambil tempat bersebelahan Jinyoung.

Taehyung tertawa sinis melihat reaksi Jungkook lalu meletakkan kepalanya di atas meja tidak menghiraukan Cikgu Han yang sedang mengajar di depan.

" okay, saya tau kebanyakkan murid sekolah kita ni pandai bahasa inggeris jadi saya nak tanya. Berikan saya maksud annoying, "

Jungkook mengangkat tangannya pantas lalu berdiri sebelum menjawab soalan tadi.

" Kim Taehyung, "

Taehyung mengangkat kepalanya dan memandang Jungkook dengan dahinya yang berkerut.

" kau pahal mention nama aku ni? "

" sebab kau annoying, "

" cikgu tanya maksud kan? Aku tak ada kena mengena syaiton, "

Taehyung turut berdiri ingin bercakar dengan Jungkook. Tak puas hati Jungkook tiba-tiba bangkitkan namanya.

" aku bagi contoh kan? Aku tak habis cakap lagi kau dah baran, "

" aku tengah sedap nak tidur tiba-tiba kau mention nama aku. Memang lah aku baran! "

" hek eleh cepat sangat naik angin, "

Jungkook memusingkan badannya menghadap ke arah Cikgu Han yang sudah picit kepalanya dari tadi.

" cikgu maafkan saya, semua ni salah Taehyung, "

" kau sebut lagi nama aku, berdarah muka kau aku kerjakan, "

Ugut Taehyung sedikit pun tak dapat buat Jungkook gentar. Jungkook memusingkan badannya menghadap Taehyung.

" kau fikir aku takut? Kau cubalah, aku nak tengok jugak betapa hebatnya seorang Kim Taehyung ni, "

Taehyung kali ni tak dapat menahan perasaannya lalu kolar baju Jungkook ditarik namun pergerakan Taehyung terhenti seketika. Wajah Jungkook yang sedang memandangnya dengan serious tiba-tiba buat pergerakannya terhenti. Taehyung sendiri tak faham.

Taehyung melepaskan kolar baju Jungkook lalu terdiam di situ. Jungkook juga pelik dengan sikap Taehyung yang tiba-tiba berhenti tadi.

" kenapa? Kau takut? "

Kemarahan Taehyung sekali lagi dicabar. Kolar baju Jungkook ditarik dan Taehyung melepaskan tumbukannya pada pipi kanan Jungkook. Badan Jungkook sedikit terhuyung-hayang namun pantas ditahan oleh Jinyoung.

" Kim Taehyung! "

Teriak Jinyoung tak puas hati, namun Jungkook menolak Jinyoung dengan bibirnya yang sudah mengalirkan cecair pekat berwarna merah. Jungkook melangkah ke belakang lalu terus melepaskan tumbukan pada pipi kanan Taehyung.

Pergaduhan mereka diteruskan sehingga mereka terjatuh di atas lantai dan masih bertumbuk sesama sendiri. Beberapa orang pelajar cuba meleraikan mereka namun mereka pula yang ditolak kasar sehingga jatuh.

Jinyoung berlari keluar untuk memanggil cikgu disiplin untuk membantu mereka meleraikan pergaduhan Jungkook dan Taehyung.

" Kim Taehyung, Jeon Jungkook! "

Teriak Cikgu Lee selaku guru disiplin sebaik tiba di hadapan kelas 7A-1 bersama Jinyoung yang sedikit termengah-mengah setelah berlari tadi. Beberapa orang pelajar lelaki termasuk rakan-rakan Taehyung meleraikan pergaduhan antara Jungkook dan Taehyung.

" bawak mereka ke pejabat sekarang, "

Ujar Cikgu Lee mengarahkan para pelajar lelaki tadi. Mereka kemudiannya mengheret Jungkook dan Taehyung ke pejabat sekolah untuk sesi perbicaraan.

𝘢𝘯𝘯𝘰𝘺𝘪𝘯𝘨 𝘤𝘭𝘢𝘴𝘴𝘮𝘢𝘵𝘦. 𝙩𝙖𝙚𝙠𝙤𝙤𝙠Where stories live. Discover now