08

2.7K 232 167
                                    

Jungkook dan Taehyung dipanggil oleh Cikgu Son untuk membantunya menyiapkan dewan sekolah bersempena majlis persaraan pengetua mereka.

" Jungkook-ah, meja tu ke kanan sikit. Tak cantik susunannya tu, "

Ujar Cikgu Son lalu Jungkook memperbetulkan keadaan meja yang dimaksudkan. Taehyung meletakkan beberapa kerusi menghadap ke arah pentas dengan meja dihadapannya.

" dalam banyak-banyak manusia kenapa mesti aku dengan kau kena buat kerja ni? "

Soal Jungkook memandang Taehyung yang sedang memperbaiki kedudukan kerusi yang sedikit senget.

" kenapa? Aku okay je dapat berdua dengan kau, "

Jungkook memutar bola matanya malas lalu berdiri tegak dan wajah Taehyung ditatap.

" aku nyampah dengan kau sekarang ni, "

" aku suka dengan kau sekarang ni, "

Jungkook menjeling Taehyung lalu mengorak langkahnya ke arah Cikgu Son yang sedang memerhatikan mereka.

" cikgu, kenapa mesti saya dengan dia yang cikgu pilih untuk tolong cikgu? "

" sebab awak berdua bergaduh hari tu jadi ni hukuman untuk awak berdua, "

Balas Cikgu Son tersenyum memandang Jungkook yang menunjukkan wajah tidak sukanya kepada Cikgu Son.

" lain kali jangan timbulkan masalah kalau tak nak buat kerja-kerja macam ni, "

Sambung Cikgu Son lalu bergerak ke atas pentas diikuti oleh Jungkook dan Taehyung.

" cikgu nak Taehyung ambilkan gambar pengetua esok lepas tu Jungkook jadi assistant Taehyung, boleh? "

Jungkook pantas menggeleng manakala Taehyung sudah mengangguk sedari tadi.

" taknak, bagi lah saya kerja lain cikgu! "

Protes Jungkook tak ingin bersama Taehyung, kalau boleh dia nak pindah sekolah sebenarnya sekarang ni biar tak bersemuka dengan Taehyung.

" tak ada, dah pergi turun lepas tu prepare mikrofon dekat meja yang sebelah pintu tu. Nanti pengacara duduk situ, "

Ujar Cikgu Son, Taehyung terus bergerak turun manakala Jungkook masih protes dengan Cikgu Son dan menghentakkan kakinya perlahan untuk turun ke bawah.

Taehyung berhenti sebentar lalu memandang Jungkook yang menghentakkan kakinya dan mempoutkan bibirnya. Taehyung tersenyum sebentar namun senyuman pantas pudar kerana menyedari tingkahnya yang aneh.

Jungkook baru sahaja ingin menuruni anak tangga namun kakinya seakan di awang-awangan lalu hampir terjatuh. Taehyung menangkap badan Jungkook yang hampir jatuh menyebabkan mereka berdua memandang sesama sendiri.

Taehyung mempamerkan riak risaunya manakala Jungkook menunjukkan riak terkejutnya. Jungkook dan Taehyung mengelipkan mata mereka beberapa kali menatap wajah masing-masing agak dekat.

" lain kali jalan pandang depan, "

Ujar Taehyung dengan suara yang agak berat membuat Jungkook menelan air liurnya kasar, tak pernah dengar Taehyung bercakap gunakan suara sebegini.

" a-aku tau lah, "

Balas Jungkook sedikit gagap lalu berdiri tegak dan terus berjalan turun ke bawah. Taehyung tersenyum tipis lalu mengikuti Jungkook. Taehyung memasang bateri pada mikrofon yang baru dikeluarkan dari sebuah kotak di atas meja tersebut lalu diberikan kepada Jungkook.

Jungkook mencapai mikrofon tersebut. Taehyung mengambil peluang dan menyentuh sedikit kulit tangan Jungkook membuat Jungkook refleks mejauhkan tangannya masih membiarkan mikrofon berada di tangan Taehyung.

𝘢𝘯𝘯𝘰𝘺𝘪𝘯𝘨 𝘤𝘭𝘢𝘴𝘴𝘮𝘢𝘵𝘦. 𝙩𝙖𝙚𝙠𝙤𝙤𝙠Where stories live. Discover now