03

3.5K 279 298
                                    

Jungkook meletakkan mejanya di belakang meja Taehyung. Taehyung masih meletakkan kepalanya di atas meja tanpa mempedulikan Jungkook di belakangnya.

Jungkook mengeluarkan buku dari beg nya. Kakinya menendang sedikit kerusi Taehyung membuat Taehyung mengangkat kepalanya dan menoleh ke belakang.

" kaki tu duduk diam-diam tak boleh ke sial? "

Jungkook hanya memandang Taehyung tanpa sebarang reaksi. Taehyung memandang ke hadapan semula. Jungkook sekali lagi menendang kerusi Taehyung.

" apa masalah kau nak tendang kerusi aku? "

Soal Taehyung yang semakin hilang sabar namun masih cuba dikawal ekspresi nya.

" kau yang tak reti nak belajar, aku tolong je, "

Balas Jungkook membuat Taehyung semakin panas namun masih cuba dikawal perasaan marahnya yang semakin mebuak-buak. Jungkook menendang kerusi Taehyung sekali lagi.

Taehyung sudah tidak dapat menahan amarahnya dan segera bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke meja Jungkook.

" kau duduk depan, "

Ujar Taehyung sambil menggalas beg nya. Jungkook hanya memandang Taehyung dengan ekspresi kosong mencuba menghadam kata-kata Taehyung.

" Taehyung, kenapa- "

" cikgu sambung je mengajar, ni antara saya dengan pelajar baru ni, "

Ujar Taehyung memotong ucapan Cikgu Han. Jungkook mengangkat begnya dan bergerak ke meja milik Taehyung.

" you know, i hope to see more of yourself Kim Taehyung, "

Kata Jungkook sebelum duduk di kerusi nya. Taehyung meletakkan kepalanya di atas meja lagi ingin menyambung kegiatan tidurnya yang diganggu oleh Jungkook tadi.

" Taehyung, awak nak belajar ke nak tidur? "

Soal Cikgu Han yang memerhati Taehyung yang langsung tidak mempedulikan dirinya yang sedang mengajar dihadapan.

" Cikgu nak terus mengajar ke nak kena buang kerja? "

Bidas Taehyung membuat Cikgu Han terdiam. Dia terlupa akan pengaruh Encik Kim hingga dia menegur Taehyung sebegitu. Dia terlalu mengikut hati sebenarnya, yelah kalau dia dibuang kerja dia nak kerja apa kan?

" kau siapa nak cakap macam tu dengan cikgu? "

Soal Jungkook seakan tidak puas hati dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Taehyung sebentar tadi.

" kau budak baru, apa hak kau nak halang aku? "

Soal Taehyung kembali, Jungkook pula yang panas kali ni. Taehyung tersenyum puas dapat membidas serangan Jungkook tadi.

" budak baru pun aku tetap dah jadi pelajar sekolah ni, "

Bidas Jungkook kembali, tidak mahu kalah dengan Taehyung. Taehyung tersenyum sinis dengan kata-kata Jungkook tadi.

" jadi kau ada kena mengena dengan aku? "

" maksud kau? "

" kita classmate atau lebih tepat hanya schoolmate, jangan nasihatkan aku kalau rasa diri tu bukan kawan aku, "

Kata Taehyung lalu keluar dari kelas tanpa meminta izin dari Cikgu Han. Jungkook mengetap bibirnya geram. Cikgu Han hanya memerhati Taehyung dengan sikap kurang ajarnya sambil menggelengkan kepalanya. Nak dimarah, kena buang kerja pulak nanti. Terpaksa lah dia biarkan.

" Cikgu, kenapa takut sangat dengan dia? "

Soal Jungkook melihat Cikgu Han yang sudah terduduk tidak bermaya di kerusi guru.

𝘢𝘯𝘯𝘰𝘺𝘪𝘯𝘨 𝘤𝘭𝘢𝘴𝘴𝘮𝘢𝘵𝘦. 𝙩𝙖𝙚𝙠𝙤𝙤𝙠Where stories live. Discover now