Satu lagi hari baru bermula, hari ini Kim Taehyung bangun dan tidak mempedulikan telefon pintarnya. Dia segera bangun lalu menuju ke tandas dan bersiap.
Keluar sahaja daripada tandas dia mencapai uniform sekolah dan menyikat rambutnya meskipun sedikit basah. Baju kemejanya dimasukkan ke dalam seluar.
Taehyung mencapai telefonnya yang berada di atas meja dan membuka pesanan serta memberi balasan dengan kadar cepat. Mood Taehyung kelihatan baik hari ni.
Kata-kata Wonwoo ketika rehat tempoh hari masih bermain di fikirannya menyebabkan dia mengusik Jungkook dengan perkara sebegitu meskipun dia tak pasti adakah dia hanya sekadar mengusik atau sememangnya dia suka?
--
Flashback
Taehyung melihat pelajar-pelajar perempuan yang mengejar Jungkook. Taehyung hanya menghela nafas panjang. Wonwoo yang duduk bersebelahan Taehyung tersenyum sinis memandang Taehyung.
" nak aku bagi tips berkenaan kelemahan seorang Jeon Jungkook? "
Soal Wonwoo kepada Taehyung yang kelihatan runsing sedari tadi. Taehyung dengan mata yang bersinar terus mengangguk laju.
" he's homophobic, "
Kata Wonwoo jelas membuat Taehyung tersenyum sumbing. Inilah masanya dia mengenakan Jungkook. Jeon Jungkook, kau tunggu.
End flashback
--
Taehyung menuruni anak tangga rumahnya dan terus ke meja makan di dapur. Hari ini Encik Kim dan Puan Kim bekerja seperti biasa dan rumah kelihatan seperti biasa, suram di pagi hari.
Namun perkara sebegini tidak menjejaskan mood pagi Taehyung yang sangat teruja sehingga pesanan kekasih dan peminat langsung tidak dilayannya.
" gembira semacam je ni? Ada apa-apa berlaku ke Taehyung? "
Soal Ahjumma Moon selaku pembantu rumah mereka. Taehyung mengangguk pantas dan Ahjumma Moon hanya tersenyum. Jarang Taehyung senyum dan teruja begini melainkan bersama Encik Kim dan Puan Kim.
" ahjumma, Taehyung pergi dulu ya? "
Kata Taehyung yang sedang menyarung kasutnya. Ahjumma Moon hanya tersenyum dan mengangguk. Taehyung segeta keluar dari rumahnya dan mendapatkan Ahjussi Park yang sudah menunggu di luar.
Hari ini sekolah kelihatan lenggang, tiada pelajar perempuan yang mengerumuni kereta Taehyung. Taehyung juga tidak peduli, hari ini target utamanya hanyalah Jeon Jungkook sehinggalah Jungkook mengalah dan tidak melawan Taehyung lagi.
Taehyung turun dari kereta dan terus meluru masuk ke kawasan sekolah. Tiada kelibat Soyeon mahupun Wonwoo. Hanya Hanbin yang menunggu Taehyung di dalam kawasan sekolah.
Taehyung mendapatkan Hanbin yang sudah tersenyum ke arahnya.
" how? Tidur lena tak kau? "
" lena gila tidur, thanks to Wonwoo lah. Mana dia? "
YOU ARE READING
𝘢𝘯𝘯𝘰𝘺𝘪𝘯𝘨 𝘤𝘭𝘢𝘴𝘴𝘮𝘢𝘵𝘦. 𝙩𝙖𝙚𝙠𝙤𝙤𝙠
Random〖 𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱 〗 ❝ tak yang kau semak duduk sebelah aku kenapa? ❞ ❝ lah? salah ke aku duduk sebelah bakal isteri aku? ❞ ◢ top! tae bottom! kook kim taehyung as himself jeon jungkook as himself ◤ a taekook fanfiction happy reading ♡ ⎣ Warning...