Soyoung menaip katalaluan apartmen Taehyung dan melangkah masuk ke dalam. Kelibat Jungkook tak kelihatan, mandi mungkin? Soyoung menutup pintu apartmen Taehyung.
" Taehyung-ah? "
Kedengaran suara Jungkook dari dalam apartmen. Soyoung hanya senyap tidak memberi jawapan.
" Taehyung-ah, kenapa senyap? "
" its me Soyoung. Taehyung keluar sekejap, dia mintak saya jaga awak, "
Jungkook menghela nafas berat. Dia baru je nak bermanja dengan Taehyung, yang ditunggu pulak tak datang.
" oh, dia pergi mana? "
Soyoung mengambil tempat di sofa bersebelahan Jungkook. Wajah Jungkook ditatap, rasa kasihan terbit di hatinya. Yuna tu pun satu buat hal pulak. Setahu Soyoung, Taehyung bukanlah jenis yang akan sentuh seseorang yang dia sayang atau mana-mana perempuan lain.
Taehyung berjanji pada dirinya hanya akan menyentuh mereka apabila dah sah jadi suami isteri. Soyoung juga stres memikirkan hal tadi.
" entah lah, tenangkan fikiran mungkin? "
Balas Soyoung membuat dahi Jungkook berkerut. Teruk sangat ke perjumpaan Taehyung dengan Yuna tadi?
" Yuna cakap apa je tadi? "
Soyoung memikirkan idea untuk tidak memberitahu hal yang sebenar kerana dia yakin Taehyung jugak taknak Jungkook tahu.
" dia cuma nak tau kenapa Taehyung putuskan dia dan dia kata dia masih nakkan Taehyung. Kalau Taehyung taknak dekat dia, dia ugut akan pastikan syarikat Taehyung lingkup, "
Ujar Soyoung. Jungkook menganggukkan kepalanya dan mempoutkan bibirnya.
" aku baru nak bahagia ei Yuna ni, "
Soyoung tertawa perlahan mendengar ocehan Jungkook. Patutlah Taehyung sayang sangat dekat dia.
" haih, patutlah tuan Taehyung tu sayang sangat dekat awak, "
Ujar Soyoung membuat Jungkook pelik. Jungkook pun lambat nak pickup.
" saya sendiri tak tahan tengok kecomelan awak tau. Rasa nak cubit je pipi tu, "
Pipi Jungkook memerah dipuji oleh Soyoung sebegitu. Wajahnya ditutup menggunakan kedua tangannya.
" tak lah, manada saya comel! "
Getus Jungkook membuat Soyoung gemas melihat Jungkook. Nasib baiklah Jungkook ni kekasih tuannya, kalau tak dah lama dia peluk.
" macam mana lah tuan Taehyung tu tahan dengan kecomelan awak ni? "
" dia sendiri tak tahan, selalu peluk saya, "
Soyoung tersenyum mendengar kata-kata Jungkook. Masa dengan Yuna dulu, nak peluk pun Taehyung teragak-agak. Tapi dengan Jungkook, dahinya pun dicium.
" dulu dengan Yuna dia tak macam tu tau. Nak peluk pun dia takut, eh tapi tadi dengan awak bukan main dia cium dahi awak, "
Jungkook malu mengingati Taehyung mencium dahinya di depan Soyoung.
" sayang sangat dia dekat awak, "
Sambung Soyoung lagi.
" saya tau, tapi saya malu. Lagi-lagi bila dia tenung je muka saya ni, "
" kalau saya jadi dia pun saya buat benda yang sama. Biar muka awak tu melekat dekat dalam fikiran saya, "
Balas Soyoung pantas lalu mereka berdua tertawa lepas. Jungkook agak risau akan Taehyung yang keluar seorang diri. Adakah dia akan okay?
YOU ARE READING
𝘢𝘯𝘯𝘰𝘺𝘪𝘯𝘨 𝘤𝘭𝘢𝘴𝘴𝘮𝘢𝘵𝘦. 𝙩𝙖𝙚𝙠𝙤𝙤𝙠
Random〖 𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱 〗 ❝ tak yang kau semak duduk sebelah aku kenapa? ❞ ❝ lah? salah ke aku duduk sebelah bakal isteri aku? ❞ ◢ top! tae bottom! kook kim taehyung as himself jeon jungkook as himself ◤ a taekook fanfiction happy reading ♡ ⎣ Warning...