Jungkook sedang duduk di atas sofa sambil mulutnya terkumat-kamit mengunyah makanan sedari tadi. Jam menunjukkan pukul 7.50 malam dan Taehyung masih tak balik lagi.
Jungkook yang dah kebosanan tahap dia sendiri tak tau nak buat apa akhirnya makan makanan yang ada di dapur. Jungkook merasakan drama-drama dan rancangan-rancangan yang ditayangkan di televisyen semakin bosan juga.
Sedang Jungkook melayan kebosanannya, loceng apartmen Taehyung berbunyi dan Jungkook segera melihat gerangan yang bertandang ke apartmen Taehyung.
Jungkook melihat di monitor seorang gadis lebih kurang umurnya sedang menunggu di luar apartmen Taehyung. Jungkook menekan punat kunci di monitor tersebut lalu pintu dibuka. Jungkook menyembunyikan dirinya di tepi sofa berhadapan bilik Taehyung melihat gadis tersebut masuk dengan tenang seperti dah biasa dengan keadaan apartmen Taehyung.
" Taehyung-ah, i bring your favorite dishes today, "
Jungkook senyap membiarkan gadis itu terus berbicara.
" Taehyung? Ei awak nak ajak saya main sorok-sorok ke? "
Soal gadis itu lalu meletakkan plastik berisi makanan di atas meja makan di dapur.
" saya ada benda nak cakap dengan awak dan benda ni sangat penting. Awak dengar eh? "
Gadis itu kemudiannya duduk di salah satu kerusi di meja makan tersebut lalu menyisir rambutnya.
" bila awak nak bukak hati untuk terima saya? Jungkook tu belum tentu balik sini semula. Awak kena teruskan kehidupan awak, saya akan sentiasa ada untuk awak. Awak tau kan saya tunggu awak dah dekat setahun? Sampai bila nak buat saya tunggu awak? Saya cuba move on dari terus sayangkan awak sebab saya tau hati awak cuma nak Jeon Jungkook je tapi saya tak mampu. Hati saya tak mampu berhenti cintakan awak dan sayangkan awak, "
Jungkook mengetap bibirnya lalu penumbuknya digenggam. Jungkook mendengar bunyi katalaluan dimasukkan dan Jungkook pasti tu Taehyung. Gadis tadi juga sedikit terkejut mendengar bunyi tersebut.
" sayang im home, "
Ujar Taehyung sebaik masuk ke dalam rumah, Taehyung menanti dirinya disambut oleh Jungkook dengan senyuman.
" awak? Finally, awak panggil saya sayang? "
Soal gadis yang berada di dalam apartmen Taehyung membuat senyuman Taehyung mati. Lain yang dia harap, lain yang jadi.
" Joohyun? Apa kau buat dekat sini? Macam mana kau masuk? "
Soal Taehyung mencari kelibat Jungkook. Taehyung mengorak langkah ke ruang tamu dan tidak mengendahkan Joohyun yang terpinga-pinga dengan Taehyung.
" nanti, siapa yang bukak pintu untuk saya tadi? "
Taehyung meraup wajahnya kasar mendengar kata-kata Joohyun tadi. Jungkook mesti dah dengar sesuatu tadi sebab tu dia sembunyikan diri dia.
Taehyung melihat Jungkook sedang memeluk tubuh di sebelah sofa yang berdekatan dengan pintu bilik Taehyung. Taehyung segera menarik Jungkook masuk ke dalam dakapannya.
Joohyun yang terkejut menggigit bibir bawahnya perlahan. Jadi tadi dia bercakap dengan lelaki ni?
" awak dia ni siapa? "
" kekasih Kim Taehyung, Jeon Jungkook, "
Beg Joohyun jatuh ke lantai, dia tak dapat percaya bahawa Jungkook akhirnya pulang ke Korea. Taehyung menarik Jungkook agar duduk bersamanya di atas sofa.
" kau duduk sekejap, Joohyun, "
Joohyun mengambil beg tangannya dan melangkah longlai lalu duduk di sofa berlainan dengan Taehyung dan Jungkook.
YOU ARE READING
𝘢𝘯𝘯𝘰𝘺𝘪𝘯𝘨 𝘤𝘭𝘢𝘴𝘴𝘮𝘢𝘵𝘦. 𝙩𝙖𝙚𝙠𝙤𝙤𝙠
Random〖 𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱 〗 ❝ tak yang kau semak duduk sebelah aku kenapa? ❞ ❝ lah? salah ke aku duduk sebelah bakal isteri aku? ❞ ◢ top! tae bottom! kook kim taehyung as himself jeon jungkook as himself ◤ a taekook fanfiction happy reading ♡ ⎣ Warning...