11

2.6K 223 96
                                    

Jungkook melangkah keluar dari keretanya dan masuk ke dalam rumahnya. Jungkook meletakkan beg nya di atas sofa dan menuju ke meja makan.

Hari ini dia tak ke restoran kerana hujan lebat. Jungkook mengambil nasi dari periuk dan duduk semula di kerusinya.

" kebulur nampak? "

Soal seorang lelaki lalu mengambil tempat di hadapan Jungkook.

" tak nak makan ke, hyung? "

Soal Jungkook kembali melihat lelaki dihadapannya tidak mengambil nasi dan hanya duduk sahaja.

" nantilah, "

Balas lelaki tersebut lalu menghirup air yang dihidangkan oleh Ahjumma Yoon.

" Jungwoo hyung, aku ada soalan nak tanyalah, "

Ujar Jungkook lalu meletakkan penyepitnya di tepi mangkuk nasi dan memandang Jungwoo di hadapannya.

" apa? "

Soal Jungwoo dan memandang Jungkook di hadapannya.

" kalau jantung berdebar tak tentu pasal waktu dengan seseorang, maksudnya apa? "

Soal Jungkook memandang Jungwoo dengan serius.

" setahu aku, tu bermaksud kau dah jatuh hati pada orang tu. Siapa orangnya? Cantik? Lemah lembut? "

Jungkook menggeleng perlahan dan menggigit bibirnya. Dia tak pasti jika dia patut bagitau tentang Taehyung kepada Jungwoo.

" wae? Huduh ke? Ala kalau huduh tak ada masalah pun asal kan dia baik. So macam mana orang nya? "

Soal Jungwoo lagi melihat Jungkook teragak-agak dengan apa yang ingin dia sampaikan.

" ani, "

Jungkook menggigit lagi bibirnya. Dia risau Jungwoo mungkin mentertawakan dirinya atau memarahinya. Ah dia tidak peduli, dia perlu tau kenapa dia rasa macam ni.

" dia tak cantik, lemah lembut pun tak, "

Jungwoo mengangguk dan menghela nafasnya berat.

" susah jugak tu, siapa orangnya? Ada gambar dia? "

Soal Jungwoo ingin mengenali siapa yang mencuri hati adiknya ni.

" em, hyung. Kalau aku cakap ni aku harap kau tak gelakkan aku atau marah aku, "

" wae? Teruk sangat ke? "

Jungwoo memandang Jungkook yang masih teragak-agak sedari tadi. Susah sangat nak mengaku dia ni.

" dia tak cantik, dia handsome. Dia tak lemah lembut, dia kasar, "

Jungkook menundukkan kepalanya menahan malu. Ah kenapa mesti dia jatuh hati dengan lelaki bernama Kim Taehyung sedangkan dia homophobic?

" oh kiranya cara dia macam lelaki? "

Jungwoo masih tidak dapat menangkap apa yang diungkapkan oleh Jungkook membuat Jungkook tertawa lepas. Jungwoo terpinga-pinga kerana ditertawakan oleh Jungkook.

" oh maksud kau dia lelaki? Kau jatuh hati pada seorang lelaki? "

Soal Jungwoo yang baru sahaja dapat menghadam kata-kata Jungkook tadi. Jungkook mengangguk dengan sisa tawanya tadi.

" kau serious? Apa nama dia? "

Soal Jungwoo lagi. Jungkook mengesat air matanya kerana ketawa dengan teruk tadi.

" ehem, nama dia Kim Taehyung, "

" Kim Taehyung? "

Jungwoo mengerutkan dahinya. Namanya macam pernah dengar tapi tak ingat di mana. Jungwoo berfikir dengan keras mengingati sepertinya lelaki ni orang penting di Korea.

𝘢𝘯𝘯𝘰𝘺𝘪𝘯𝘨 𝘤𝘭𝘢𝘴𝘴𝘮𝘢𝘵𝘦. 𝙩𝙖𝙚𝙠𝙤𝙤𝙠Where stories live. Discover now