Taehyung melangkahkan kaki nya ke dalam pejabat. Hari ni genap sebulan Jungkook ke luar negara. Taehyung tak dapat menjejaki keberadaan Jungkook.
Keluarga Jeon menghantar Jungkook menggunakan pesawat peribadi jadi Taehyung menghadapi kesulitan untuk menjejak Jungkook.
Taehyung mengambil tempat di hadapan meja kerjanya. Fail-fail dan dokumen berkenaan syarikat diteliti dengan fokus. Soyoung mengetuk pintu pejabat Taehyung perlahan.
" masuk, "
Soyoung masuk ke dalam pejabat Taehyung lalu mengambil tempat di hadapan Taehyung.
" saya dah tau Jungkook dekat mana, "
Taehyung sedikit terkejut, pen yang dipegang turut terlepas dari pegangan.
" dia dekat- "
" tak, aku tak nak tau, "
" kenapa? "
Taehyung menghela nafasnya berat dan memandang Soyoung di depannya.
" biar aku cari dia sendiri. Walaupun kau nampak aku macam orang bodoh tercari-cari dia sedangkan kau dah jumpa dia, tolong biarkan aku. Aku nak berjaya atas usaha aku sendiri, "
" tapi tuan- "
" tak, aku taknak dengar pasal Jungkook dah, "
Soyoung mengetap bibirnya lalu mengangguk.
" kalau macam tu, ada apa-apa boleh saya buat untuk pastikan keselamatan Jungkook dan apa dia buat dekat sana? "
" cukup dengan hantarkan seseorang yang boleh jaga Jungkook macam mana aku jaga dia dulu. Cuma harapnya dia tak sentuh Jungkook aku. Hubungan kitaorang masih belum putus, "
Soyoung tersenyum lalu mengangguk. Soyoung meletakkan fail yang dibawa tadi di atas meja dan keluar dari pejabat Taehyung. Soyoung kemudiannya mendail nombor seseorang.
❀✿❀
Sebulan lagi berlalu, Taehyung berada di hospital bersama Yuna. Perut Yuna semakin membesar jadi Taehyung perlu pastikan keselamatan Yuna memandangkan dia tak nak bayi dalam kandungan Yuna gugur.
Yuna masih tak berubah, sikapnya masih seperti dulu. Taehyung masih menyampah dengan Yuna dia teman ni pun sebab terpaksa kalau dibiarkan, mahu jatuh tergolek dan meninggal bersama bayi dalam kandungannya.
" baby, you termenung apa? I dah siap check up kan? "
Taehyung memandang Yuna yang sudah berdiri di hadapannya lalu bangun dan menuju ke kaunter. Taehyung membayar kos check up Yuna yang dilakukan hampir setiap bulan.
Mahu atau tidak, Taehyung terpaksa sebab Jimin dah lari entah kemana. Taehyung cuma perlu pastikan DNA milik bayi yang Yuna kandung untuk pastikan sama ada bayi tu anak Jimin atau anaknya sendiri.
" baby, i nak pergi shopping lah. You teman i boleh? "
Soal Yuna menggedik dengan perut yang sudah memboyot. Taehyung menjeling Yuna di sebelahnya. Tubuh Yuna di tolak perlahan untuk masuk ke dalam kereta.
Tingkap kereta diturunkan dan Taehyung menyerahkan sejumlah wang kepada Yuna.
" pergilah sendiri, kau pun nak shopping untuk lepaskan nafsu kemahuan kau je kan? "
" taklah, i nak beli barang budak dalam perut i ni, "
Taehyung mengeluh nafas berat, dia terjerat dalam umpan Yuna. Taehyung tak boleh menolak kalau soal bayi yang Yuna kandungkan. Taehyung akhirnya akur dan masuk ke dalam perut kereta.
YOU ARE READING
𝘢𝘯𝘯𝘰𝘺𝘪𝘯𝘨 𝘤𝘭𝘢𝘴𝘴𝘮𝘢𝘵𝘦. 𝙩𝙖𝙚𝙠𝙤𝙤𝙠
Random〖 𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱 〗 ❝ tak yang kau semak duduk sebelah aku kenapa? ❞ ❝ lah? salah ke aku duduk sebelah bakal isteri aku? ❞ ◢ top! tae bottom! kook kim taehyung as himself jeon jungkook as himself ◤ a taekook fanfiction happy reading ♡ ⎣ Warning...