40

1.5K 114 117
                                    

Jungkook bangun tepat jam 7 pagi waktu Jepun. Jungkook mencapai tualanya dan langkah dipercepat kerana hari ni dia bakal dapat seorang pembantu peribadi yang akan bantu dia di pejabat.

Sudah sebulan berada di Jepun, Jungkook sudah terbiasa menyibukkan dirinya berbanding sewaktu dia tiba dulu. Dia sering menangis pada waktu malam lagi-lagi pada hari cuti kerana terlalu mengingati Taehyung.

Jungkook mengemaskan dirinya di hadapan cermin lalu tersenyum. Jungkook keluar dari biliknya dan tak lupa telefonnya. Telefon lamanya dibiar dicaskan di dalam bilik.

Jungkook masih menerima pesanan dari Taehyung namun tidak dibuka. Jungkook duduk di kerusi berhadapan dengan meja makan dan mencapai semangkuk nasi yang di sediakan.

" Jungkook jangan lupa hari ni ada pembantu peribadi yang akan datang ke pejabat. Dia yang akan uruskan semua hal berkaitan Jungkook, "

Jungkook mengangguk dan tersenyum ke arah halmeoni Jeon yang sedang meneguk secawan teh.

" dia dari mana halmeoni? Jepun ke? "

Halmeoni Jeon menggeleng pantas lalu tersenyum.

" dari Korea. Layan dia baik-baik ya? Mana tau hati tu terpaut kan? "

Jungkook tersenyum segaris lalu menundukkan sedikit wajahnya.

" mungkin, "

Halmeoni Jeon mengeluh perlahan mendengar jawapan Jungkook. Jungkook masih tak dapat lupakan Taehyung.

" dah lah. Dia mungkin dah berkahwin dengan perempuan yang mengandungkan anak dia, "

" tak, Jungkook percaya dia tak kawin lagi dengan perempuan tu. Baru sebulan Jungkook pergi, takkan semudah tu dia lupakan Jungkook? "

" berkemungkinan besar dia dah lupakan Jungkook. Dia ada orang lain yang tunggu dia dan dia hanya perlu pilih, "

Jungkook mengeluh kasar, makanan dihadapannya tidak lagi di endahkan.

" halmeoni, Jungkook tak percaya selagi Jungkook tak tengok sendiri, "

" Jungkook yang tinggalkan dia, sekarang lupakan dia buat selamanya. Cari pengganti dia dan hidup lah dengan lebih baik, "

Jungkook mengetap bibirnya lalu tas nya ditarik perlahan dan menunduk hormat kepada halmeoni Jeon. Jungkook melangkah masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh pembantu perbadi keluarganya di Jepun.

Jungkook tiba di bangunan syarikatnya lalu melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut. Jungkook segera menuju ke pejabatnya menunggu ketibaan pembantu peribadinya.

Jungkook tak sabar kerana akhirnya dia mungkin bertemu rakan untuk berkongsi masalahnya di tempat kerja. Tak lama selepas Jungkook tiba seorang gadis masuk ke dalam pejabat Jungkook.

Jungkook merasakan aura dingin daripada gadis tersebut kerana penampilannya yang langsung tidak tersenyum. Jungkook memperbetulkan posisi duduknya lalu menatap wajah gadis yang kini berada di hadapannya.

" er boleh saya tau nama? "

Gadis tersebut memandang Jungkook tajam.

" annyeonghasaeyo! Aku Kim Sejeong pembantu peribadi kau mulai hari ni. Umur aku dah mencecah 19 tahun yang mana aku lagi tua dari kau tapi jangan panggil aku noona! Aku berasal dari Gwangju, Korea Selatan. Keputusan SPM taklah cemerlang mana biasa-biasa je dengan straight 9A dicampur dengan 3 lagi subjek maka semua sekali 12A straight. Hashtag aku tak riak. Ada apa-apa soalan nak tanya?! "

Terang Sejeong sambil tersenyum dihadapan Jungkook. Jungkook yang terkejut sedari tadi dah kebelakang melihat Sejeong yang teruja.

" t-tak ada, "

𝘢𝘯𝘯𝘰𝘺𝘪𝘯𝘨 𝘤𝘭𝘢𝘴𝘴𝘮𝘢𝘵𝘦. 𝙩𝙖𝙚𝙠𝙤𝙤𝙠Where stories live. Discover now