20

2.2K 173 21
                                    

Malam menjelang tiba. Taehyung menunggu Jungkook yang sedang mandi didalam biliknya. Telefon dicapai dan di scroll bagi menghilangkan bosan.

Taehyung dah bersiap sedari tadi untuk janji temunya dengan Yuna. Namun, dia perlu memastikan dia tinggalkan Jungkook dengan kasih sayang.

Diikutkan hati dia mahu membawa Jungkook sekali kerana tak mahu berpisah dengan Jungkook. Namun bila difikirkan risau pulak terjadi pergaduhan atau Jungkook akan mengungkapkan kata putus padanya nanti.

Jungkook keluar dari tandas dan melihat Taehyung yang sedang menyandarkan badannya di kepala katil. Jungkook mengelap wajahnya yang masih basah dan mengorak langkah ke arah Taehyung.

Jungkook merebahkan badannya di atas katil dan kepalanya diletakkan pada bahu Taehyung. Taehyung tersenyum memandang Jungkook dan wajah Jungkook dielus perlahan. Taehyung menutup telefonnya dan memeluk Jungkook disebelahnya.

Ikutkan hati dia mahu membatalkan janji temu ini jugak. Buat keputusan melulu je tadi tak fikirkan Jungkook yang berada dalam dakapannya. Dah lah dia tak puas bermanja dengan Jungkook.

" aku nak keluar dah ni, "

Ujar Taehyung membuat Jungkook sedikit mengeluh. Dia masih mahu bersama Taehyung. Taehyung juga sebenarnya tak nak lepaskan Jungkook. Pelukan mereka semakin dieratkan.

" kalau kau tak pergi tak boleh ke? "

" tak boleh sayang, aku dah lama janji nak jumpa client aku yang ni, "

Jungkook mempoutkan bibirnya. Taehyung menjadi geram melihat Jungkook ingin sahaja dia kecup bibir Jungkook.

" okay fine, pergilah, "

Kata Jungkook sedikit merajuk dengan Taehyung. Kenapa waktu begini Taehyung perlu ada temu janji? Dia pun masih bersekolah dah uruskan hal syarikat appa dia.

Taehyung mengecup dahi Jungkook yang masih dalam dakapannya. Taehyung akhirnya melepaskan pelukan mereka dan memandang Jungkook yang masih merajuk.

Taehyung mencapai telefonnya dan diserahkan kepada Jungkook. Jungkook menjadi pelik dengan perbuatan Taehyung lalu mengangkat keningnya.

" kau ambil gambar kau, kalau aku rindu kau boleh lah aku tengok, "

Kata Taehyung. Macam lama je pergi, beberapa jam je pun beria sungguh Taehyung ni. Jungkook mengangguk lalu membuka telefon Taehyung. Oh dia tak tau katalaluan, Jungkook baru sahaja ingin menghalakan telefon tersebut kepada Taehyung.

" birthday kau, "

Kata Taehyung membuat Jungkook tersenyum malu. Ingatkan dia tak tukar rupanya dia jugak lakukan perkara yang sama sepertinya.

Jungkook membuka telefon Taehyung dan mengetik kamera di telefon Taehyung. Jungkook kemudiannya melakukan beberapa pose dan mengambil gambarnya. Telefon kemudian di berikan kepada Taehyung semula.

" thank you sayang, kalau aku balik lambat kau tidur jelah. Jangan tunggu aku, takut kau tak cukup tidur pulak, "

Ujar Taehyung lalu bangkit dari katil dan Jungkook duduk di atas katil melihat Taehyung yang sedang memperbetulkan sutnya dan tali leher yang dipakainya.

" okay, "

Balas Jungkook, matanya masih memandang Taehyung seakan terpana. Taehyung melihat Jungkook dengan senyuman kecil.

" kenapa sayang? "

" kacaknya kekasih saya ni, "

Kata Jungkook lalu memeluk Taehyung dengan kepalanya berada pada dada Taehyung. Taehyung yang gemas dengan perlakuan Jungkook membalas pelukannya dan mengelus rambut Jungkook.

𝘢𝘯𝘯𝘰𝘺𝘪𝘯𝘨 𝘤𝘭𝘢𝘴𝘴𝘮𝘢𝘵𝘦. 𝙩𝙖𝙚𝙠𝙤𝙤𝙠Where stories live. Discover now