Prolog (New Update)

1K 41 0
                                    

Cita-cita biar setinggi bintang dilangit, kalau tidak tercapaipun kita akan jatuh ke bulan.

Petang itu agak mendung. Matahari seakan malu untuk menampakkan wajahnya. Namun masih tiada tanda mahu hujan.

Petang itu, Mawar membawa bakul berisi tomato dan timun yang bulat dan segar dari kebun ayahnya untuk dihantar ke gerai Pak Akob.

Lebat sungguh pula tanamannya kali ini. Siap ada lebihan untuk berbagi dengan jiran. Syukur ke hadrat illahi.

Prak!

Langkah gadis itu terhenti. Dadanya berdebar kencang tiba-tiba. Dia rasakan seperti ada yang mengikutinya.

Tapi siapa?

Dia menoleh dengan rasa gusar. Siapa pula yang mengikutinya? Matanya melingas ke kiri dan kanan. Hanya ada beberapa ekor arnab liar bermain sesama sendiri. Pokok rendang berdekatan bergerak liuk lentuk ditiup angin.

Tiada orang pun? Keningnya bercantum.

Mungkin dia tersalah. Tiada orang yang mengikutinya pun? Mungkin perasaanya sahaja.

Dia kembali menapak laju melintasi beberapa orang kanak-kanak tidak berbaju bermain ting-ting.

🦋🦋🦋

"Abang menyorok dari siapa?"

Seorang budak lelaki tidak berbaju menegurnya dari belakang. Tersentak dia hingga terhinggut bahu.

Hish, budak ini kan.

Senyuman diberikan kepada anak itu. Tangan kasarnya menggosok perlahan rambut jarang budak itu.

"Tidaklah. Abang tak menyoroklah." Jawabnya tenang sambil menepuk debu yang melekat di seluarnya.

Entah bila majlis perbandaran mahu perbaiki jalan ini? Sudah teruk berlubang sana sini. Haih.

"Abang tipu! Bukan saya tidak tahu. Abang intai kakak cantik yang lalu tadi l, bukan?" Budak itu tersengih menampakkan barisan gigi yang lompong.

Rongak!

"Shhh. Jangan cakap kuat-kuat! Simpan rahsia abang ya!"

"Hehe boleh bang, tapi.."

Lelaki tampan itu mengeluh. Dia masak dengan telatah anak-anak ini. Perlu dirasuah dahulu!

Dia menyeluk kocek seluar mengeluarkan syiling dua keping.

"Nah. Jangan bilang siapa-siapa ya! Ini rahsia kita berdua!" Suara garau itu mengingatkan.

Budak comot itu melompat kegirangan apabila syiling bertukar tangan.

"Yeay dapat 10 sen! Abu, mari ke kedai Mak Yam! Aku nak beli ais krim mahal!"

"Saya janji abang! Hee."

Dia menggeleng melihat budak comot itu berlalu bersama sahabatnya yang memakai baju compang-camping.

Senario begitu amat sinonim bagi mereka di kampung itu. Maklumlah kebanyakan penduduknya hanya bekerja kampung.

Papp!

Dia menepuk dahi. Dek kerana melayan si comot itu, gadis kesayangannya hilang dari pandangan.

Haih. Hatinya mengeluh hampa. Arjuna pun berlalu dengan hati galau kerana hilang jejak gadis idamannya itu.

"Hoi, mengapa lambat?"

Lelaki itu hanya tersengih menayang gigi yang putih bersih. Dia meletakkan plastik berisi dua botol air mineral besar dan dua bungkus nasi.

"Ada bidadari lalu tadi. Maaflah lambat, ramai orang di gerai tadi. Mari makan!" Getus Arjuna sambil mula membuka bungkusan nasi berlauk ayam itu.

"Huh, pergi mengintai anak dara rupanya!" Jamal mencebik sambil meletakkan sabit di atas tanah dan melangkah ke pangkin kecil.

Hari itu mereka diupah menebas lalang di tanah terbiar Pak Ghani. Katanya mahu dibuat kebun baru di sini.

Baguslah dari terbiar dan dipenuhi semak samun begini.

"Hish, mana ada. Kebetulan aku baru pulang dari membeli dan dia dari arah bertentangan mahu menghantar sayur ke pekan."

Jamal membuka tudung botol dan meneguk air rakus sehingga separuh. Dahaga sungguh dia. Belakang baju habis dibasahi peluh.

"Usah beranganlah, Juna. Dia anak bangsawan. Kita ni orang biasa sahaja. Sudah tentu dia mencari bakal suami yang berharta dan ada pangkat juga."

Arjuna mengeluh. Ada benarnya kata sahabatnya itu. Nasi dikuis-kuis perlahan.

"Aku tahu itu. Aku tak impikan untuk beristerikan dia. Cuma mengaguminya dari jauh saja."

"Ramai lagi gadis cantik dalam kampung ini. Mawar yang berasal dari kampung bangsawan seberang juga yang kau suka."

Jamal menjeling sahabatnya pula.

"Heh, senanglah kau cakap. Hati aku ni, mana boleh tebak. Bukan boleh diubah sesuka hati seperti menukar baju."

"Eh, aku boleh?" Pintas jamal tersengih.

"Itu kau! Buaya darat! Aku setia orangnya tahu!"

Jamal berdekah mendengar panggilan buaya darat itu.

"Kita muda lagi. Apa salahnya mencuba kenal ramai gadis. Masalahnya kini, kau tu. Tidak berpijak di bumi yang nyata!" Jamal cuba menyedarkan sahabatnya itu.

Arjuna hanya diam. Kalaulah dia mampu ubah hatinya itu? Masalahnya rasa cinta dan sayang adalah anugerah illahi.

Bukan sesuka hati dia boleh memadamkan rasa itu!

❤️❤️❤️

Andika Darma menggaru kepalanya yang tidak gatal. Susuk beberapa orang pengawal istana dikerlingnya sekilas.

"Menurut baginda, tuanku putera diarah untuk menghadap secepat yang mungkin. Ada hal ingin dibicarakan Yang Mulia bersama tuanku putera."

Lelaki yang memakai pakaian lusuh termenung seketika. Apa gerangan ayahanda mahu bertemu dengannya?

"Apa baginda ada beritahu mengapa ingin bertemu dengan aku?" Lelaki tampan itu cuma berbahasa tidak formal. Almaklum dia bukan biasa sangat berbahasa istana.

Kekok.

"Erm, Hamba tidak tahu, tuanku. Moleknya tuanku sendiri yang bertanya pada baginda sultan."

Dia hanya mengangguk.

"Beginilah. Aku tidak boleh meninggalkan ibu yang gering. Kamu semua tahu bukan?"

Empat orang pengawal istana itu mengangguk. Posisi mereka masih sama seperti tadi, tegak berdiri.

"Aku perlu waktu sedikit lagi. Cuma beritahu pada ayahanda, aku akan menyusul jika aku sudah bersedia nanti."

"Baiklah tuanku. Jika tiada hal, kami mahu berangkat pulang dahulu."

"Rasanya sudah tiada apa-apa. Baiklah. Hati-hati di jalanan."

Pengawal tadi merafak sembah sebelum berlalu perlahan. Pengawal lain turut menapak perlahan pulang ke istana.

Darma menghela nafas. Sawah padi terbentang ditenungnya seakan mahu tembus.

Ayahanda ingin tabalkan dia menjadi puterakah? Rambutnya dikusutkan sedikit.

Tapi ibunya bagaimana? Mustahil ditinggalkan perempuan yang membesarkannya itu. Dia banyak terhutang budi dengan perempuan tua itu meski mereka tiada pertalian darah.

Darma buntu, ibu!

Hikayat Mawar BerduriWhere stories live. Discover now