BAB 26

5.8K 224 4
                                    

Wajah Farris yang selamba ku renung tajam. Berani kau perlekehkan aku?

"Aku lagi layaklah dari Lisa tu. Kau ingat aku ni bodoh sangat ke Tak reti handle company. Company tu boleh jadi lagi majulah kalau aku yang handle." Ujarku riak.

"Oh ye? So ape yang kau nak sekarang?"

"Jatuhkan Lisa Marina!!" Ujarku separa menjerit menyebabkan beberpa orang di situ memandangku kami.

"Jatuhkan Lisa? And kau yakin yang Lisa akan suka aku? Aku takkan guna cara keji untuk dapatkan lisa. Kau ingat aku bodoh ke nak tertipu dengan kau? Aku taula kau pergunakan aku. Pilih orang yang betul lepas Ni." Ujarnya dalam nada sindiran sebelum meninggalkanku sendiri.

Aku kene buat sesuatu untuk diamkan budak tu. Kalau Tak hancur rancangan aku. Susah betul! Baik aku buat sendiri kerja Ni.

Telefonku buka dah mencari jejak Lisa. Senyuman Ku terukir semakin lebar. Tempat yang Lisa Ada sekarang Ni dekat sangat dengan tempat aku. Tak sampai 5km. Senang kerja aku. Bagus kau Lisa.

***

[Pov Lisa]

"Dhia! Ape lagi yang kau Cari tu!" Sudah hampir setengah jam kami masuk ke Kedai buku.

"Alaaaaa kau Ni aku baru nak Cari novel baru Ni. Sabarlah!" Jerit Aradhia dari sudut novel cinta. Kaki novel betul pompuan ni.

"Aduh kau Ni. Aku nak pergi tandas kejap Tau. Kang kalau kau nak cari aku,Cari Kat tandas. Kalau take kau call aku!" Ujarku separa menjerit.

"Okay!"

Selepas mendapat green light daripada Aradhia,pantas kakiku berlari ke tandas berdekatan. Dah berapa lama aku tahan pundi kencing aku Ni.

***

"Ahh,lega sikit." Aku mencuci tanganku Dan membetulkan tudungku yang sudah senget benget.

Seusai itu,aku melangkah keluar dari tandas sebelum duniaku gelap.

***

[Pov Aradhia]


"Mana pulak pompuan ni? Pergi tandas ke bincang ngan setan caner nak upgrade tandas. lama mat!" Aku Mula resah apabila Lisa tidak kembali ke Kedai buku selepas 30 minit.

Laju kakiku melangkah ke tandas berdekatan. Aku memeriksa setiap tandas. Takde orang langsung. Aku terus keluar dari tandas sebelum terpijak sesuatu.

Aku memerhati keychain yang Ku pijak itu. Setelah meneliti,aku dapati yang keychain Ni adalah hadiah yang pernah Ku beri pada Lisa.

Pantas aku mendail nombor telefon Lisa.

Tut..tut..tut..tut..
Tiada jawapan. Ya Allah Lisa! Kau pergi Mana.
Aku tidak henti-henti mendail nombor Lisa.

Aku buntu. Mana Lisa? Ya Allah. Kene culik ke dia? Sengaja ke dia tinggalkan aku? Atau dia nak prank aku?

***

[Pov lisa]

Aku membuka mataku yang berat perlahan-lahan.

Aku diikat dengan rantai besi pada kerusi.

"Dah bangun? Sedap tidur?" Aku mencari empunya suara tersebut.

Sudah hampir 3 Hari aku Tak sedar. Perkara terakhir yang aku ingat adalah aku keluar dari tandas dan aku pengsan.

Seorang lelaki bertopeng keluar dari satu tempat gelap Dan menuju ke arahku.

"Kau siapa?" Soalku tenang. Aku dah pernah kene macam Ni jadi aku kene relax. Tak boleh panik.

"Kau Tak kenal ke suara Ni? Mustahilla" aku mendengar suara tersebut sebaiknya.

Bingo. Aku kenal suara Ni.
"Azzam Naeim. What do you want from me?" Ujarku serious.

Topeng mukanya dibuka. Wajah bengis dirayangkan. Ape yang mamat Ni Tak puas hati sangat dengan aku? Dah lama aku perati dia Ni.

"Kalau ikot tujuan sebenar aku adalah untuk dapatkan jawatan CEO yang kau pegang sekarang. But now,aku dah ubah fikiran. Lagi best kalau dapat bunuh kau. Kalau kau nak tau,akula yang sabotage company bapak kau,yang amik semua saham company Nafiz dengan harapan yang Nafiz Akan bunuh bapak kau.

Aku kenal sangat Nafiz yang Kotor tu. Pembunuh bersiri,perempuan keliling pinggang. Tapi yang aku peliknya kenapa Nafiz bunuh mak kau and dengan bangganya kau Naik CEO. Usaha aku selama Ni hanya sia-sia. Aku Rasa dah takde hati nak Naik CEO. Aku lagi suka tengok keluarga kau and Nafiz sengsara. Terbalas sikit dendam aku." Ujarnya panjang lebar sebelum ketawa besar.

"Kenapa kau Rasa yang Nafiz Akan sengsara kalau kau bunuh aku?" Soalku selamba.

"Sebab Nafiz tu sayangkan kau lebih dari segalanya. Hanya kau yang bodoh sebab Tak pernah nampak benda tu. Sebab tu aku takkan bunuh kau macam tu je. Aku Akan seksa and bunuh kau depan Nafiz. Aku bengang betul dengan dia. Kalau dia Tak bunuh mak kau,kau takkan Naik ceo. Dan aku sekarang Ni yang patutnya pegang jawatan tu!" Tengkingnya.

Aku sedikit terkejut dengan pernyataan Azzam. Nafiz sayangkan aku? Tapi kenapa dia sakitkan hati aku?

"Woi! Kau termenung ape? Kau tunggu Nafiz kesayangan kau ke? Kejap eh,aku call dia. Takdela kau rindu sangat." Telefonnya didekatkan pada telingaku.

Tut..tut..tut..tut..
10 saat kemudian. Kedengaran suara garau dihujung talian.

"Hello?"

"Hello Nafiz. It's been a long time."

"Kau siapa?" Suaranya tegas.

"Aku siapa? Aku Azzam Naeim. PA kepada Qayyum Aeiman or lebih dikenali sekarang dengan PA kepada Lisa Marina. Hey Nafiz,aku Tau kau takkan ingat aku. Aku Tak kesah. Aku hanya nak kau Tau yang aku Akan pastikan kau sengsara!!" Jerit Azzam seperti orang tidak waras.

Takkanlah hanya kerana jawatan CEO yang dia Tak dapat,dia jadi macam Ni. Orang zaman sekarang memang berlumba nakkan jawatan ke?

"Ape yang kau nak dari aku? Ape yang kau ajak aku main Ni? Beraninya kau? Kau Tak takut mati ke do?"

"Aku Tak kesah kalau aku mati tapi aku Tau kau Akan kesah kalau Lisa marina,gadis yang kau puja mati." Ujar Azzam mengugut.

"Kau nak main ape sebenarnya Ni? Main pubg? Bunuh-bunuh? Berani ke kau sentuh Lisa? Kau try ah sentuh Lisa kalau kau nak aku galikan kubur kau.." ujar Nafiz senada.

"Okay fine. Aku Tak kesah kalau kau nak galikan kubur aku pun. Takdela mak bapak aku nak susah-susah bayar orang uruskan jenazah aku. Just aku nak bagitau Jangan menyesal lepas dengar berita kematian Lisa." Ujar Azzam sebelum mematikan telefon bimbitnya.

Sejurus selepas itu,Anak mataku direnung tajam oleh Azzam. Ya Allah seram dol. Lindungilah aku daripada orang gila Ni. Aku Tau yang kau akan hantar penyelamat untukku.

DEVIL BOY ✓ [Complete]Where stories live. Discover now