BAB 27

5.7K 232 2
                                    

[pov Azzam]

Aku makin bengang apabila Nafiz memandang rendah terhadapku.

"Kau dengar sendiri ape yang Nafiz cakap tadi? Kau berani ke nak sentuh aku?!" Perli Lisa.

Darahku naik turun. Dengan serta-merta tanganku selamat hinggap di pipi Lisa. Tamparan kuat menyebabkan Lisa hampir jatuh dari kerusi.

Tudak cukup dengan tamparan,aku terus seksa Lisa dengan pelbagai seksaan. Aku pukul dia,sepak, tendang sampailah aku puas.

"Arggghh!!" Jeritku kerana terlampau marah.

Aku tak dapat jawatan CEO. Aku dihina semua orang. Aku dipandang rendah. Kau fikir aku lemah sangat ke?! Aku boleh bunuh pompuan ni sekelip mata jelah. Kau fikir aku tak berani?!!

Tubuh Lisa yang sudah penuh dengan darah, ku biarkan. Lisa langsung tak bersuara. Dia hanya menjerit apabila diseksa olehku. Namun,tiada langsung air mata yang menitis.

Aku merentap dagu Lisa kasar. "eyh kau takyah acah kuatla!! kau nak nangis? Nangislah!! Kau takkan boleh lepasla. Baik kau lepaskan segalanya sebelum kau mati." Dagunya ku tolak kasar.

"Aku tak takut dengan kau. Kalau takde sesiapa pon yang nak selamatkan aku,aku tau Allah masih ada dengan aku.!! Kau yang bodohla Azzam! Jangan jadi gilalah hanya sebab jawatan. Kau bodoh Azzam. Bodoh!!" Serta-merta dengan itu badan Lisa ku pukul menggunakan kayu besar dengan kuat.

"Arrgggh!!" Jeritnya. Air matanya akhirnya menitis ke pipi.

Tanpa menghiraukannya,aku terus memukulnya dengan kuat.

Baju yang dipakainya sudah terkoyak sini sana. Tudungnya serabai. Tubuhnya sudah berlumuran darah.
Aku ketawa besar. Tak lama lagi matilah pompuan ni.

"Azzam. Kalau mati yang kau nakkan untuk aku. Just kill me. Tak perlu seksa aku. Aku tau yang takde sape akan tolong aku. Kalau kau bunuh aku sekarang dan kau lari,kau akan selamat. Kalau kau seksa aku, aku takut kau tak sempat lari. Bunuh jelah aku!! Nafiz tu bahaya. Tolonglah bunuh aku and lari sekarang!" Jerit Lisa dengan tangisan yang tidak henti-henti.

"Kau tak payah nak tunjuk simpati kau dekat aku. Okay,kau ni bagus jugak kan. Kau minta untuk dibunuh? Okay aku bagi." pistol di dalam kocek ku keluarkan dan menghalakannya pada Lisa.

"Azzam,terima kasih. Terima kasih sebab berkhidmat dengan Papa selama ni. Kalau kau selamat,tolong bagitau papa yang aku sayang dia." ayat terakhir dari lisa sebelum...

Poooommm!!
Tepat peluru mengenai Bahagian Perut Lisa.

Aku ketawa besar sebelum kepalaku ditembak.

***

[pov Nafiz]

Picu pistol ditarik dan mengena tepat di kepala Azzam.

Kuncu-kuncu ku terus mengepung Azzam dan menembaknya sehingga terburai isi dalamnya.

Aku berlari laju ke arah Lisa yang masih terikat pada kerusi. Rantai yang mengikat tubuhnya ku buka.

Air mata lelakiku mengalir ke pipi.
"Lisa." Tubuh Lisa yang sudah kaku berada di pangkuanku.

Tubuhnya berlumuran darah. Darahku naik turun. Aku menuju ke arah Azzam. Aku menembaknya bertalu-talu sehingga tubuhnya makin teruk.

"Lisa!!!" Aku menjerit sekuat hati. "Lisa bangun please, Aku tak sanggup hilang kau. Bangun please.Aku minta maaf sebab lambat." Air mataku mengalir deras.

Aku mencempung tubuh Lisa dan membawanya ke hospital dengan segera.

***

Sudah 3 jam Lisa dirawat di dalam bilik pembedahan. Masih tiada berita yang keluar.

Ketika itu Aradhia,Najmie,Farris dan Neylia tiba.

"Ape kau buat kat kawan aku bodoh!!" Farris memegang kolar bajuku dengan muka bengis.

"Farris,stop kita kat hospital." Ujar Aradhia menenangkan Farris.

"Ape jadi weh. Asal kau penuh dengan darah??" Neyli mendekatiku.

"Aku tak tau. weh Aku takut kalau aku hilang Lisa." Ujarku sebak.

"Sabar eh weh. Aku pasti yang kak Lisa akan selamat." Pujuj Neyli.

"Kalau Lisa tak terlibat dengan kau,Dia takkan jadi camnila!!" Sekali lagi Farris menengkingku.

"Lek bro. Kita sekarang ni risau pasal Lisa. Kau jangan buat kecoh boleh tak. bukan kau sorang je yang risaukan Lisa." Ujar Najmie menenangkan keadaan.

2 jam kemudian..
Seorang doktor perempuan keluar dari bilik pembedahan.

"Keluarga cik lisa?" Doktor tersebut memerhati setiap orang.

Kami semua saling berpandangan. Tiada ahli keluarga Lisa kat sini.

Kemuadian Aradhia mewakilkan dirinya kerana dialah yang paling rapat dengan Lisa.

"Kami dah berusaha sedaya upaya. Saya harap cik bersabar." Kami semua berdebar mendengar berita dari doktor. Tolongla! Aku taknak hilang Lisa.

"Cik Lisa alami pendarahan yang teruk. Kami sudah berusaha untuk masukkan darah ke dalam badan dia. Dan kami berjaya keluarkan Bullet pada perutnya. Cuma Cik Lisa akan koma untuk beberapa bulan. Kerana dia dalam keadaan sangat kritikal. Saya harap Cik semua bersabar."
Ujar doktor tersebut pasrah.

"Bila kami boleh lawat dia?" Soal Aradhia.

"Untuk masa sekarang tak boleh lagi. Kita akan pindahkan dia ke wad VIP untuk mendapat rawatan yang rapi. Kalau nak lawat dia mungkin esok atau lusa. Saya akan beritahu."

"terima kasih doktor." Ujar Aradhia.

"Sama sama. saya minta diri dulu." Uhar doktor tersebut sebelum melangkah pergi.

Sebaik saja doktor pergi,Aradhia terduduk. Air matanya mengalir di pipi. Aku dihimpit rasa bersalah. Kalaulah aku datang awal,Lisa takkan jadi macam ni.

Aku bangun dan melangkah pergi dari situ. Najmie mengekor dari belakang.

"Sabarlah Weh. Aku tau kau risau. Aku tau kau sayangkan lisa. Sekarang ni kau banyakkan doa untuk dia eh." Najmie memberi semangat sebagai seorang adik padaku.

"Kalau aku awal sikit,Lisa mesti selamat weh. Semua ni salah aku!!" Tubir mataku dipenuhi kolam air mata.

"Bukan salah kau. Aku tau yang kau dah berusaha untuk selamatkan dia. Aku dengar setiap perbualan kau dengan mamat gila tu. Aku nampak semua persediaan kau untuk selamatkan Lisa. Kalau kau tak selamatkan Lisa,tak ke lagi teruk. Kau patut bersyukur yang Lisa tak mati. Kau patut berbangga sebab kaulah yang selamatkan dia." Ujar Najmie lembut.

Kolam air mataku akhirnya pecah. Permata jernih itu mengalir ke pipi.

"Aku takut weh kalau hilang dia. Tolong aku weh. Aku taknak hilang dia." Ujarku teresak-esak.

Pada waktu ini,aku betul-betul lemah. Ku biarkan aje Najmie melihatku Menangis. Biarla orang nak cakap aku lemah. Aku tak takut pon dengan cacian tu. Aku lagi takut kalau hilang Lisa dari hidup aku.

"Doa kat Allah weh. Kau kata kau sayangkan Lisa tapi kau tak pernah amik langkah nak berubah. Berubahla Ryan. Kembali dekat Allah." Ungkapan itu sangat memberi kesan padaku.

Aku mengangkat wajahku dan memandang Najmie. " Ajar aku solat."

DEVIL BOY ✓ [Complete]Where stories live. Discover now