Najmie menarikku menuju surau berdekatan. Aku menahan air mataku yang bertakung di tubir mata.
Ya allah sudah lama aku tinggalkan dirimu. Aku malu nak jejakkan kaki ke rumahmu.
Kali terakhir aku melangkah ke surau adalah waktu aku umur 7 tahun."Cepatlah!" Najmie yang sudah lama menunggu memanggilku.
"Ha.." Kau mengangguk tanda faham.
"Amik wudhu'. Kau ingat lagi tak?"
Soal Najmie.Aku merenung Jauh ke dalam mata Najmie. "Najmie,Bila kau belajar pasal solat?" Pelik juga aku. Macam mana Najmie ni tau solat.
Najmie hanya menghadiahkan senyuman. "Lepas je kau halau Lisa,masa tulah aku berhajat nak berubah. Lisa ajar aku banyak bende. Start daripada tu aku belajar solat. Tapi aku tak belajar sorang. Aku ajak Neyli. Aku tak sangka yang Neyli pun ada hajat yang sama macam aku. Kitorang nak ajak kau tapi kitorang tunggu masa sesuai. Dan rasanya sekarang adalah masanya." Najmie menguntum senyuman sebelum mengajarku langkah-langkah solat.
Aku sujud di sejadah surau lama. Aku lepaskan segala isi hatiku.Air mataku mengalir deras.
Ya Allah,Ampunkan dosaku. Ampunkan dosa hambamu yang lalai ini ya Allah. Sesungguhnya aku sangat hina di sisimu Ya Allah. Ampunkan dosa-dosaku.
Aku menangis semahu-mahunya. Aku berdoa panjang. Aku rasa terlalu hina
Untuk berada Kat sini. Untuk memohon ampun dari Allah. Berapa banyak dosa yang sudah Ku lakukan.
Aku Malu nak hadap Allah."Ryan,Allah tu maha pengampun. Kau patut bersyukur sebab Allah la yang bagi kau Hidayah untuk Ada Kat sini sekarang." Najmie menepuk bahuku perlahan.
Aku hanya memandang Najmie dengan pandangan sayu. Aku bersyukur dapat adik macam dia. Dia support aku waktu aku susah senang.
Ya allah,aku bersyukur dengan nikmat yang kau beri padaku.***
[Pov Zarief]
Alhamdulillah. Allah dah buka pintu hati Nafiz untuk kembali ke Jalan benar.
Aku tersenyum memerhati Nafiz yang masih duduk di sejadah. Najmie yang menemaninya hanya mampu berdiam diri.
Aku berjalan kembali ke wad VIP. Kami tidak dibenarkan untuk masuk. Hanya boleh lihat dari cermin lut Sinar.
Banyak wayar yang disambungkan pada tubuh Lisa. Walaupun koma, Lisa masih menjaga auratnya. Aradhia yang tidak benarkan auratnya terdedah.
"Cik Aradhia dah bagitau Encik Qayyum?" Aku merapati Aradhia yang masih lagi sedih dengan kondisi rakan baiknya itu.
"Belum." Jawabnya sepatah.
"Perlu ke saya bagitau dia?" Soalku lembut.
"Tak buat Masa Ni. Ayah dia masih sedih dengan kematian mak dia. Kalau ayah dia Tau yang dia koma,Saya takut ayah dia Makin teruk. Jadi Kita rahsiakan dulu." Terang Aradhia.
Aku hanya mengangguk faham.
***
[Pov Nafiz]
Genap 3 bulan sudah Lisa koma. Masih lagi tiada tanda-tanda untuk dia sedar. Aku masih setia menunggunya.
Lisa sudah dipindahkan ke wad biasa Dan keadaannya sudah semakin baik. Aku merenung wajah pucat Lisa.
Wajah inilah yang membuatku bahagia.
Wajah in jugalah yang membuatku menderita."Lisa,dah 3 bulan kau koma. Bila kau nak bangun. Semua orang rindu kau. Bangunlah weh. Kau Tak bosan ke asyik tidur je. Bangunlah." Ujarku sayu.
"Nafiz,kau Tak penat ke? Kau baliklah rehat. Kau dah Makin kurus Ni. Kau nak jaga Lisa. Tapi kau taknak jaga kesihatan kau. Kapau kau sakit bukannya kau boleh jaga Lisa. Baik kau balik rehat." Aradhia yang dari tadi memerhatiku menegur.
"Tapi aku taknak tinggalkan Lisa. Mana Tau kejap lagi dia sedar.Aku nak aku Ada Masa dia sedar." Aku melawan. Setakat sakit sikit aku boleh tahanla.
"Balikla Nafiz.! Kalau Lisa Tau yang kau degil macam Ni pon dia Akan marah." Nada suaranya ditinggikan.
"Okay fine aku balik. Jaga Lisa baik-baik. Kalau dia sedar call aku. Aku balik dulu" ujarku sebelum mengatur langkah.
***
[Pov Aradhia]
Pipi lembut Lisa Ku usap. "Lisa, cepatlah bangun. Aku Ade berita gembira untuk kau. Nafiz suka kau jugak. Bangunlah weh. Aku rindu kau. Nafiz tu lagilah rindu kau. Dia sanggup Tak tidur untuk jaga kau." Hatiku Mula sebqk mengenangkan nasib yang perlu Lisa tanggung.
Kesian dia. Terlalu banyak dugaan yang menimpa dia. Aku Tak mampu nak topong dia. Kawan ape Aku Ni?
Aku mengambil wudhu' untuk menunaikan solat hajat.
Aku hanya mampu berdoa pada yang esa. Ya allah,kau sedarkan lah Lisa dari tidur panjangnya. Sesungguhnya terlalu ramai yang merinduinya. Ya Allah...Hanya padamu aku mampu berserah. Ya Allah kau kabulkanlah doaku ya Allah.
***
[Pov Nafiz]
Aku merentap kasar wajahku. Perasaanku bercampur baur. Marah,sedih,kecewa. Semua Ada. Kalau aku Tak ramai sangat musuh,Lisa takkan terkena tempias. Ni semua salah aku!!
"Zarief,aku menyesal sebab ego aku. Kalaulah aku Tak ego,aku takkan rasa menyesal teruk macam Ni. " Ujarku kesal.
"Syukurlah cik Nafiz sedar yang ego takkan bawa Kita ke mana-mana." Ujar Zarief tersenyum nipis.
"Tapi cik Nafiz janganlah salahkan diri sendiri. Ni semua ketentuan Allah. Kalau diberi peliang kedua,cik Nafiz janganlah sia-siakan peluang tu. Guna peluang tu sebaiknya. Rendahkan ego."Aku tersenyum. Aku Rasa bersyukur sangat sebab dapat seorang PA yang sangat bagus. Kuat didikan agamanya,baik,penyabar. Perfect. Tak mungkin aku Cari pembantu lain.
"Terima kasih weh sebab sabar Dan terus jadi PA aku walaupun kau Tak suka buat kerja yang aku suruh kau dulu." Ujarku serba salah.
"Takdela. Kalau Tak sebab cik Nafiz,Saya takkan Ada Kat sini sekarang Ni."
Aku tertunduk gembira. Walaupun aku sedih dengan kondisi Lisa sekarang,aku tetap gembira dengan keadaan sekelilingku yang baru. Yang banyak mengajarku untuk bersabar dalam menempuh dugaan.
Alhamdulillah.
YOU ARE READING
DEVIL BOY ✓ [Complete]
Storie d'amoreEdited: 26/1/2019- published 25/5/2019-unpubilshed Apabila menyedari Lisa Marina tidak menyedarkan diri,Nafiz Ar-Ryan kelam-kabut lari pergi ke gudang tempat gadis itu diseksa. *Di hospital* "Kalau Ade Pape jadi Kat Lisa,aku takkan maafkan diri aku...