[Pov Nafiz]
Aku sudah mula cuak apabila mendengar hentaman kuat pintu bilik Lisa. Dia marah ke? Aku lebih-lebih sangat ke? Laju kakiku melangkah ke bilik Lisa. Pasti sedang merajuk isteriku itu. Janganlah! Baru sehari kahwin takkan nak gaduh dah.
Tok..tok..tok..
"Lisa? Are you there?" Aku berhati-hati. Takut Lisa makin marah.
Tiada sahutan dari Lisa. Aku membuka pintu bilik Lisa perlahan-lahan. Memerhati ke segenap ruang tersebut.
"Lisa? Kau marah aku ke? Sorry lah aku gurau je." Aku masuk ke area berbahaya itu dengan penuh berhati-hati.
"Lisa? Where are you?" Aku pelik bila tak nampak batang hidung Lisa. Setahu aku dia masuk bilik tadi.
Aku terasa seperti seseorang sedang memerhatikan ku dari belakang. Aku memusingkan tubuhku dan melihat Lisa yang sedang bersandar di dinding sambil memeluk tubuh.
Aku menghampiri Lisa yang masih dengan wajah kereknya. "Sayang, awak marah ke? Saya gurau jela." Aku menggunakan suaraku yang paling lembut. Tak pernah lagi aku gunakan suara ni. Untuk pujuk Lisa punya pasallah ni.
"Kau nak ape?" Ujar Lisa mendatar.
"Aku nak minta maaf. Janganlah marah. Aku gurau je." Pujukku lagi.
"Aku tak marah. Aku bengang je." Ujar lisa sinis.
"Lisa,it's same. I'm sorry." Aku tak tau kenapa sejak Lisa muncul dalam hidup aku,ego aku yang tinggi menggunung tu makin rendah. Bila dah kahwin ni rasanya macam dah takde ego dah.
"Nafiz,sini." Lisa duduk di atas katil dan menepuk tempat di sebelahnya.
Aku hanya menurut arahan dan duduk bersila di sebelah Lisa. "Ye?"
"Aku nak cakap sikit." Ujar Lisa dengan wajah serius.
Wuish!! Rasa macam ada ribut yang sedang meniupku. Ayat maut ni.! Aku menelan liur. Siap sedia!! Musuh di depan.! Pubg! Eh tiber!!
"Cakapla" ujarku takut-takut.
"Aku sebenarnya tak suka kau gurau macam tadi. Aku nampak macam orang bodoh. Aku terasa sikit dengan cara gurauan kau. Aku bagitau awal-awal terus sebab aku taknak selalu gaduh dengan kau pasal hal kecik macam ni.Kalau aku dah cakap yang aku tak suka,kau jangan nak mengada cuba-cuba." Lisa memberi amaran awal. Aku hanya mengangguk faham.
"Ada pape lagi yang kau tak suka?"
"Ada."
"Ape?"
"Kau."
Tersentak aku mendengar ape yang dikatakan Lisa. Betul ke ape yang Lisa cakap atau dia hanya gurau.? Tapi boleh jadi betul sebab Lisa tak pernah ungkap kata sayang kat aku. Awal sangat ke untuk dia ungkapkan kata-kata tu?
Arggh!! Pergila kau fikiran negatif! Positif Nafiz! Lisa gurau je! Positif!
Lisa memandangku pelik apabila aku menggeleng-gelengkan kepala. "Woi! Kau dah kenapa?"
"Ha? Takde pape. Aku okay je." Aku menguntum senyuman walaupun dalam hati perasaanku bercampur baur.
"Dah tu je. Kau ade pape nak cakap?" Ujar Lisa selamba seperti tiada ape yang berlaku. Erm,bagus jugak Lisa ni,merajuk tak lama-lama.
"Ade."
"Ape?"
"I love you sayang." Pipi Lisa ku kucup sebelum lari keluar dari biliknya.
Aku cuma buat bodoh apabila mendengar Lisa menjerit macam pontianak. Hahaha,kau bagilah sampah ke tahi ke,aku tetap bagi kau bunga Lisa.
***
[Pov Lisa]
Aku,Farris dan Aradhia masuk ke dalam perpustakaan dengan wajah berkerut. Aradhia dan Farris sudah semestinya serabut dengan assignment bertimbun. Aku pulak serabut dengan kerja kat office yang dah macam ape. Aku pergi PS pun untuk cari maklumat serba sedikit. Bukan semua bende pasal business aku tau. Nak tanya papa tapi macam menyusahkan. Jadi kita Kene Ade effort sendiri.
"Haish! Stresnya aku. Ape bende yang dia nak senanye!" Farris yang sudah bengang menjerit separa kuat.
"Sabarlah ris. Janganlah marah-marah. Makin payah kau nak siapkan assignment tu." Aradhia memujuk lembut. Dari tadi lagi Farris asyik marah-marah. Nak kata period memang taklah.
"Dah, jangan moody-moody. Meh aku belanja Starbuck. Korang order je aku pergi beli. Aku pun stres jugak menghadap laptop je." Aku menawarkan diri.
"Bagus ada kawan serbaguna macam kau ni. Cappuccino satu!" Aradhia mengorder.
"Cam biasa." Ujar Farris masih tidak beralih daripada kerja assignment nya.
"Wokayh! Tunggu sikijap ah!" Aku mengatur langkah keluar dari perpustakaan.
Tak sampai separuh jalan,aku rasa seperti dirempuh lori. Aku mengerang kesakitan apabila dilanggar seorang wanita yang tinggi macam model.
Macam aku kenal.
"Eh? Lama Tak jumpakan. So how kau sekarang ni?" Ujar gadis itu sombong.
Aku menahan perasaan amarahku. Kalau tak memang aku bunuh pompuan ni.
"Kau masih hodoh macam yang aku kenal. Weh kau pernah ke cantik.? Oops." Gadis itu menutup mulutnya dengan gaya gedik.
"Kau cantikla? Iiyh perangai Dahla macam setan,otak letak kat lantai. Muka macam hanat. Bibik kat rumah aku lagi lawalah. Pastu kau Dahla miskin, pakai baju tak cukup kain. Kutip kat tepi tong sampah ke? Tak cukup duit? Nak aku derma? Rambut tu tergesel kat besi berkarat ke? Fake. Muka tu pakai tepung ke? Muka macam hantu kak Limah. Tak reti pakai bedak ke? Nak aku ajar? Mulut tu makan ape? Puaka sangat? Ke kau bela saka kat rumah? Macam Sakai!" Puas hati aku. Kan dah keluar mulut longkang aku. Kau carilah pasal lagi.
Gadis tersebut terkebil-kebil memandangku sebelum menolakku jatuh dan terasa seperti sesuatu mencucuk-cucuk tangan kanan ku."Berani kau hina aku? Ni Marya amiralah. Kau tau tak Nafiz Ar-Ryan. Suami aku tu. Kalau aku mengadu kat dia,kau tengokla ape dia buat kat kau pompuan! Hina! Jijik aku! " Marya tersenyum sinis lalu berlalu pergi.
"Ergghh!"Aku mengerang kesakitan apabila melihat tangan kanan ku yang sudah dalam ditusuki kaca besar. Darah tidak henti-henti mengalir.
Aku gagahkan diri untuk bangun dan mencari klinik terdekat. Rasa kebas di tangan ku biarkan.
YOU ARE READING
DEVIL BOY ✓ [Complete]
RomanceEdited: 26/1/2019- published 25/5/2019-unpubilshed Apabila menyedari Lisa Marina tidak menyedarkan diri,Nafiz Ar-Ryan kelam-kabut lari pergi ke gudang tempat gadis itu diseksa. *Di hospital* "Kalau Ade Pape jadi Kat Lisa,aku takkan maafkan diri aku...