[Pov Lisa]
"Ya Allah ya tuhanku,kau sembuhkanlah suamiku. Dia dah demam 4 Hari Dan suhu badannya masih tak kurang. Maka kau sembuhkanlah dia. Aku tak sanggup melihat keadaan dia yang lemah macam tu. Dan aku tak sedia lagi untuk biarkan kau ambil dia. Ya Allah kabulkan doaku ya Allah. Amin." Air mata yang mengalir ku biarkan. Aku termenung memandang sejadah.
Aku Tak sanggup kalau hilang Nafiz. Memang aku ego. Aku takkan mengaku yang aku Sayang dia. Tapi aku masih belum sedia untuk ungkapkan kata-kata Sayang tu.
***
Seperti biasa aku akan lap tubuh Nafiz dengan towel yang dibasahkan dengan air suam.
Nafiz tiba-tiba mencengkam lengan kananku. Matanya dibuka perlahan. Wajah putih Yang makin pucat itu memandangku sayu.
"Lisa,stopla. Kau Tak penat ke? Siang malam jaga aku. Percayalah aku akan sihat juga. Kau Tak payah buat bende Ni. Aku taknak kau pula Yang sakit nanti." Ujarnya lemah.
"Aku Tak kesah penat macam Mana sekalipun,asalkan kau sihat. Tu je Yang aku nak. Aku tak Suka tengok kau sakit." Balasku lembut.
Nafiz beralih ke tepi sedikit Dan memberikan ruang untukku baring.
"Taknakla." Aku menolak pelawaannya.
Tanpa sebarang balasan darinya, tubuhku terus ditarik ke dalam dakapannya. Rasa hangat mula terasa di tubuhku.
Aku hanya biarkan perkara tersebut. Nafiz ni bukannya boleh dihalang. Mana tau esok dia tetiba sihat ke.
***
[Pov Aradhia]
Straw minuman menjadi 'pengantara' aku dan minuman. Fresh orange ku sedut bagi melegakan tekak yang kering.
"Weh,petang ni teman aku pergi rumah Lisa." Aku mengajak Farris dengan wajah selamba.
"Buat ape pergi rumah dia?" Jawab Farris tertanya-tanya. Macam taknak ikut je.
"Nafiz demam dah 4 hari dah. kesian aku tengok si Lisa tu. Kemurungan. Dia taktau nak buat ape. Nangis je kerja dia." Terangku.
"Nafiz demam? asal tak bawak pergi klinik?" Farris meninggikan sedikit suaranya.
"Dia dah bawa. Tapi tak kebah jugak dia nak buat ape. Alahai kau ni nak melawat kawan sendiri pun dah taknak sekarang." Perliku.
"Aku bukannya ape.Aku jeles ah sebenarnya tengok dia dengan Nafiz. Aku tak boleh ah.."
"Kau jangan do. Dia dah jadi isteri orang dah. Kau ni pun. Cari pompuan lain do kau." Aku memarahi Farris yang seakan-akan ada niat untuk mengacau rumah tangga lisa.
"Hey kau ni pun! Takde nyela aku nak rampas Lisa dari Nafiz. Aku jeles lah tengok Lisa dah bahagia walaupun dengan orang yang dia pernah benci dulu. Tengok kita sekarang. Masih study macam noobies. Takde girlfriend,boyfriend. Umur dah 24. Haih,noobies apakah ini?" Farris membebel panjang lebar mengalahkan moyang aku bagi nasihat. Aku hanya mampu menahan tawaku melihat Fartis yang sedih hanya kerana takde girlfriend.
"Takde girlfriend pun noob ke?" Soalku saja.
"Noob ah.!" Jerit Farris.
"Pastu hipsterla ni kalau ada girlfriend?" Soalku lagi. Tak habis lagi mengusik.
"Hipster do. Bila couple,ada girlfriend. Bapak best." Farris sudah memandang langit membayangkan suasana indah bercouple.
"bestlah tu masuk neraka?"
YOU ARE READING
DEVIL BOY ✓ [Complete]
RomanceEdited: 26/1/2019- published 25/5/2019-unpubilshed Apabila menyedari Lisa Marina tidak menyedarkan diri,Nafiz Ar-Ryan kelam-kabut lari pergi ke gudang tempat gadis itu diseksa. *Di hospital* "Kalau Ade Pape jadi Kat Lisa,aku takkan maafkan diri aku...