Darahku naik turun mendengar nama yang disebut oleh Zarief. Ape lagi yang pompuan tu nak. Tak serik lagi ke?!
"Marya?! Ape pompuan tu nak?" Hilang terus mood bahagia aku lepas kahwin ni.
"Tak tau. Saya dah cakap yang Encik Nafiz taknak jumpa dia. Tapi dia tetap nak jugak jumpa. Dia paksa saya." Terang Zarief.
"Dia nak jumpa bila?" soalku tegas.
"Now sayang.! Lama betul kita tak jumpa kan." Marya terus masuk ke pejabatku tanpa mengetuk dulu dan terus melingkar di leherku.
Rimas aku. Aku menolak kasar gadis itu. "Ape kau nak lagi? Berani kau tunjuk diri lagi eh?!" Ujarku bengis.
"Kenapa you kasar sangat ni sayang." Ujar Marya menggoda sebelum sekali lagi melingkar di tubuhku.
"Ape lagi yang kau nak Marya. Kau tak serik lagi ke lepas kejadian haritu. Kau nak aku buat lagi ke?" Ujarku sedaya-upaya menahan sabar.
"Saya keluar dulu Encik Nafiz."
Zarief yang dari tadi menjadi pemerhati meminta diri untuk keluar."No! Kau stay Zarief! Takkan kau nak biar aku berdua dengan pompuan ni!" Aku menghalang.
Zarief hanya menurut arahan." Ape you ni! Biarlah dia keluar. Sebok je. Kitakan perlu privacy." Marya cuba menggodaku dengan mengucup lembut pipiku.
Meremang bulu romaku. Aku berdiri dan terus menampar Marya. Aku bukan lagi Nafiz yang dulu. Yang akan melayan bende macam ni. Urat-urat di tubuhku timbul kerana kemarahanku.
Memang aku nak berubah. Takkan pukul orang. Takkan marah-marah. Tapi dia ni dah lebih,aku tak boleh biarkan. "Marya,aku dah kahwin.! Dan aku sayangkan isteri aku!" Bentakku. Geram pula aku dengan Marya yang tak tau malu ni.
"So what kalau you dah kahwin pun? I Tak kesah. Cause you're mine,Nafiz!" Marya memeluk tubuhnya dengan riak sombong.
Betul. Marya bawak aura baru lepas Kene dengan aku haritu. Dan aku yakin aura ni adalah aura yang penuh dengan kebencian. Aura untuk balas dendam.
Aku tersenyum sinis. Pompuan ni ingat mudah macam tu je nak balas dendam dekat aku. Kau tengok siapa yang balas dendam dekat siapa. Aku pun bolehlah balas dendam kat kau sebab tampar Lisa.
"Kenapa you senyum? You suka dengan statement I? I Tau yang you pon rasakan perkara yang sama. You tak payah nak tipu I kata yang you sayang isteri you. I taulah you macam mana sayang. I know hanya I sorang yang boleh bahagiakan you. I know that." Ujar Marya yakin lalu mendekatiku. Jarinya bermain-main di bahuku.
"Marya,kau baliklah. Aku tengah busy ni. Nanti ada masa aku layan kau eh?" Aku menolak tangan Marya yang dari tadi cuba merabaku.
"Okay sayang I balik eh. Nanti I datang lagi okay?" Akhirnya Marya mengatur langkah pergi.
"Make sure dia takkan dapat datang lagi. Kalau dia dapat naik pejabat aku,kau tengok ape jadi." Nada suaraku tegas. Aku taknak ada perempuan yang cuba kacau rumah tangga aku. Aku takut hilang Lisa untuk kali kedua.
"Baik Encik Nafiz." Ujar Zarief sebelum keluar dari pejabatku.
***
Badanku mula lenguh-lenguh. Jam tanganku dikerling. Tepat 5:00 p.m. Aku mengemas barangku sebelum turun dan meloloskan diri ke dalam perut kereta.
Pedal minyak ku tekan. Laju betul aku bawak. Macam dah bosan hidup.
Sebenarnya aku tak sabar nak balik rumah. Tak sabar nak jumpa isteri kesayangan. Memikirkan Lisa, apalah yang dia tengah buat sekarang?
***
"Assalamualaikum.." Pintu utama rumah banglo itu dibuka perlahan.
"Waalaikumussalam." Lisa yang datang tah dari mana mencapai beg kerja dan coat kerjaku.
Segala penat letih hilang apabila melihat wajah isteriku. Wajah sempurna tanpa cacat cela. Cuma ada parut kecil di dahi kerana Azzam pukul. Panas hati pulak fikir pasal mamat tu. Nasib baik dah mati.
"Kau ni kenapa? Dari tadi tenung aku macam esok aku dah takde. Nak tenung sangat? Ha! Nah tenung puas-puas. Tenungla.!" Lisa merapatkan wajahnya dengan wajahku. Eyh pompuan ni,taknak aku buat Pape Kat dia. Tapi goda aku. Ingat nafsu aku ni tak naik melonjak tengok muka dia dekat-dekat?
"Kau dah tau berapa lama aku tahan nafsu aku. Kau tak rasa bersalah ke goda aku? Ataupun kau memang saja sebab kau pun nak?" Makin asyik aku mengusiknya.
Lisa masih kekal dengan posisinya. Makin berani sekarang. "Aku peliklah kenapa lelaki ni asyik fikir pasal bende tuje. Memang dah kemaruk sangat ke? Bukan kau dah biasa rasa ke bende tu? Tak puas lagi ke NAFSU kau tu?" Perli Lisa padu.
"Auwww. Sakit do! Padu Gile!" Aku mengacah sambil memegang dadaku. Memang sakit pun. Kenapa perlu ungkit masa silam aku?
Lisa mengembalikan jarak antara wajah kami. Wajahnya masam mencuka. "Dah, tak payah nak mengada pergi mandi. Kau ingat kau wangi?" Lisa menarikku yang masih melekat di sofa.
Aku cuba memberatkan lagi diriku supaya Lisa tak boleh angkat. "Apasal kau berat sangat? Kau makan nasi ke batu? Berat mak ai!" Akhirnya Lisa mengalah.
"Dahla dari suruh kau,baik aku yang pergi mandi." Belum sempat Lisa mengatur langkah,aku terlebih dahulu sudah menecempungnya naik ke bilik.
***
[Pov Lisa]
Tiba-tiba aku rasa seperti terapung. Apabila tersedar dari lamunan ku ,baru aku perasan yang aku sedang dicempung oleh Nafiz. Mau kau tak duduk diam,terus aku meronta-ronta minta diturunkan.
"Lisa,kalau kau taknak Kene teruk dengan aku baik kau duduk diam." Nafiz semakin mengemaskan pegangannya.
Meremang bulu roma aku. Aku tak sedia lagi! Mama! Tak nak!!
Sampai saja di bilik, aku dicampak ke atas katil. Makin kencang hatiku apabila melihat Nafiz yang sudah naik ke atas katil dengan renungan tajamnya.
No!! Aku menutup rapat mataku.
Tik!!! Jentikan kuat terasa di dahi ku. Ya Allah sakitnya hanya kau yang tau.
Aku membuka mata perlahan. Kelihatan Nafiz yang sudah berguling-guling ketawa. Aku mengetap bawah bibirku. Geram dia rasa macam dah tak kisah kalau jadi janda."Puas gelak? Best?" Aku menjugilkan mata apabila Nafiz masih terkekek-kekek ketawakan ku. Dengan perasaan marah yang membara,aku keluar dari bilik Nafiz tanpa menoleh memandang nya.
Aku benci bila dipermainkan. Aku rasa diperbodohkan. Aku masuk ke dalam bilikku dengan wajah bengis. Bunyi hentaman kuat pintu bilikku dibiarkan.
YOU ARE READING
DEVIL BOY ✓ [Complete]
RomanceEdited: 26/1/2019- published 25/5/2019-unpubilshed Apabila menyedari Lisa Marina tidak menyedarkan diri,Nafiz Ar-Ryan kelam-kabut lari pergi ke gudang tempat gadis itu diseksa. *Di hospital* "Kalau Ade Pape jadi Kat Lisa,aku takkan maafkan diri aku...