[Pov Nafiz]
"Lisa,jom pergi taman. Dah lama aku tak pergi jogging. Lepas kahwin dengan kau ni makin bertambah lemak aku ni. Hilang badan berketak aku. Nanti kalau aku buncit kau dah tak sayang aku. " Ujarku sambil bermain-main dengan tangan Lisa.
"Kau ni dah kenapa? Tang mana yang tambahnya lemak kau? Makin keding aku nampak adela. Kau pahal?" Lisa menarik tangannya sebelum bangun dari sofa.
"Kau nak pergi mana?" Lengan Lisa ku tarik.
"Kata nak pergi taman. Awalla." Sekali lagi tanganku ditepis Lisa. Laju kakinya melangkah maauk ke bilik tidurnya.
Aku tersenyum gembira. Tak payah nak paksa dah Lisa sekarang ni. Ajak je terus dia buat.
Sejak kejutan hari jadi Lisa yang aku rancang berjalan lancar 3 bulan lepas,Lisa makin rapat denganku. Jarang sekali dia lawan cakap aku.
***
Udara Segar aku hirup. Hergghh..
Hilang stress aku. Dah lama aku Tak pergi exercise hilangkan semua keserabutan dalam kepala.Buk..!
Bahuku terasa dilanggar kuat sehingga aku terdorong ke hadapan sedikit. Pantas aku menoleh Dan melihat gerangannya.
"Oops sorry. Aku tersengaja pulak." Lisa yang masih setia dengan senyuman membuat Gaya maaf.
"Awak Ni dah kenapa, sayang? Nak main cakaplah. Kat rumah tadi taknak. Saje nak manja gedik Kat sini." Usikku. Dah lama aku Tak mengusik Lisa, rindu pulak nak tengok reaction menyampah dia tu.
"Ape bende ah kau. Yela dah dari tadi kau menikmati semacam macam Tak pernah pergi taman. Buat malu aku je." Jawabnya kasar.
Perggh! Hilang suasana romantik aku!
"Lisa.." Tangan lisa ku genggam.
Anak mata kami bertentang. Lisa Cuba menarik tanggannya namun aku menggenggam kuat. Apabil Lisa sudah melarikan anak matanya ke arah lain
Aku Mula tersengih.Lahai! Pemalu ke bini aku Ni? Selamat Ni Tak pun.
"Lisa,nak lumba Tak dengan aku.?" Soalku lembut.
Wajah Lisa bertukar geram. "Amendelah kau Ni! Nak ajak lumba je Tak payahla buat aku saspen! Ok deal! Jom ah lumba." Ujarnya yakin betul.
"Tapi dengan syarat."
"Ape?"
"Kalau aku menang,aku nak.." tubuh Lisa ku pandang atas bawah. "..your body." Bisikku di telinganya.
Lisa sudah menggeliat kerana geli. "Macam takde bende lain kau nakkan? Gatal! Ok kalau aku menang. Aku nak kau.." Lisa mendekatkan wajahnya ke telingaku. "..ceraikan aku."
Wajahku bertukar serious.
Seriously? Itu permintaan atau saja nak sakitkan hati aku? Permintaan yang Tak pernah aku tunaikan walau ape pun jadi antara aku Dan Lisa.
Cinta pertama yang Tak pernah hilang dari ingatan aku. Mustahil aku hidup tanpa dia.
Senyuman sinis terukir di bibirku. Ok aku tengok kalau kau menang. Boleh ke kau berpisah dengan aku.
"Ok deal. Kay jangan menyesal." Ujarku.
"Tak aku takkan menyesal." Balasnya yakin.
***
Perlumbaan bermula. Lisa berlari sekuat hati Dan aku hanya berlari ala Kadar. Sengaja aku biarkan dia menang,aku nak tengok betul ke dia akan tuntut syarat yang sudah ditentukan pada awal permainan.
"Yeah! Aku menang!" Jerit Lisa sekuat hati.
Aku tersenyum sinis. Aku mendekati Lisa yang begitu bangga dengan kejayaannya itu.
"Bangga? Sukala tu? So kau nak tuntut ke permintaan kau?" Soalku sinis.
Senyuman bahagia terukir di bibirnya. Leherku dirangkulnya.
"Dukung aku." Pinta Lisa tanpa ragu-ragu.
Aku hanya menurut perintah. Pinggang Lisa yang ramping ku pegang. Tubuh kecilnya itu aku dukung.
"Kenapa dengan kau?" Soalku pelik.
"Aku menang race tadi so aku nak kau bawa aku jalan-jalan pusing taman Ni." Pintanya lagi. Haih Tak malu ke pompuan Ni?
"Kau kata kau malu. By the way bukan kau minta aku ceraikan kau?"
"Cerai? Noobies. Penceraian adalah sah tapi perkara yang sangat dibenci oleh Allah. Kenapa aku nak kene buat perkara yang Allah benci." Padu kata-kata Lisa.
"Tapi kenapa kau minta bende tu tadi?" Soalku lagi.
"Try test. Aku nak tengok jugak reaction kau. Tapi muka kau selamba je macam Tak kisah. Kecewa sikitla jadi aku nak denda kau bawak aku pusing Satu taman Ni." Terang Lisa teruja.
Aku tersenyum bahagia mendengar penjelasan Lisa. First time Lisa sweet dengan aku.
"Thank you sayang." Ujarku sebelum mendaratkan bibirku ke bibirnya.
Aku dapat rasakan tolakan kuat dari Lisa namun aku tahan. Angin lembut terus bertiup lembut. Aku akan simpan memori ini dalam ingatanku selamanya.
My first kiss.
***
[Pov lisa]
Wajahku memerah apabila masuk ke bilik. Ya Allah! Aku Tak boleh lupa ape yang jadi tadi Kat taman tadi!
'Thank you, sayang.'
"Argghh!" Aku terus menyorokkan kepalaku di bawah bantal. Ya Allah malunya. Aku taknak jumpa dah Nafiz!
Tok..Tok..Tok..
"Sayang. Keluarlah dari petang tadi terperap je dalam bilik. Awak taknak masak untuk Saya ke? Saya rindu awak Dan masakan awak sayang." Berdesing telingaku mendengar suara manja Nafiz.
Aku tidak memberi jawapan Dan terus menyorokkan kepalaku di bawah bantal. Ah lantakla mamat tu!
Aku terlampau malu sehingga aku terlelap tanpa aku sedar.
***
Jam dikerling. 6:30 pagi. Pagi dah. Allahu lamanya aku tidur. Kes malu dengan Nafiz punya pasal.
Pintu bilik dikuak perlahan. Perlahan aku melangkah ke bilik Nafiz untuk mengejutnya subuh.
Tombol pintu dipulas perlahan. Aku terpaku apabila mendengar suara sayu Nafiz membaca doa. Isi doanya buatkan aku terkedu.
"Ya Allah ampunkan dosaku. Dosa kedua ibu bapaku. Dosa isteriku ya Allah. Ampunkan semua dosa yang menghalang kejayaanku. Ya Allah Kau permudahkan urusanku ya Allah dalam menempuh ujianmu. Kuatkan imanku,teguhkan imanku ya Allah. Ya Allah kau lembutkan hati isteriku, bukakan hati isteriku untuk menerima Dan menyayangiku sebagai seorang suami. Ya Allah sungguh aku amat menyayangi dia. Kau berikan aku kesempatan untuk merasai nikmatnya dikasihi seorang wanita bernama isteri. Ya Allah kabulkan doaku ya Allah. Amin ya rab."
YOU ARE READING
DEVIL BOY ✓ [Complete]
Roman d'amourEdited: 26/1/2019- published 25/5/2019-unpubilshed Apabila menyedari Lisa Marina tidak menyedarkan diri,Nafiz Ar-Ryan kelam-kabut lari pergi ke gudang tempat gadis itu diseksa. *Di hospital* "Kalau Ade Pape jadi Kat Lisa,aku takkan maafkan diri aku...