BAB 38

5.9K 233 7
                                    

Jam dikerling apabila matahari sudah Mula terbenam. Dah pukul 7:30,Lisa ni Tak balik lagi. Biasa 5:30 dah balik.

Call Tak angkat.

On the WhatsApp.

"Assalamualaikum,Lisa kau Kat Mana? Kenapa Tak balik lagi?"

Aku Mula rasa tidak sedap hati. Lisa online tapi Tak balas. Dia tengah buat ape? Takkanlah dia marah aku? Ke kerja dia banyak? Ape jadi sebenarnya? Pelbagai persoalan muncul dalam benak fikiranku.

Setelah 5 minit,masih tiada balasan Dari Lisa. Dia tengah message sape sekarang Ni? Sampai taknak balas message aku.

Ting.. Deringan bunyi mesej masuk membuatkan aku tersedar.

"Waalaikumussalam. Weh aku ada banyak kerjalah. Ni sebab aku banyak sangat tangguh kerja. Nanti kalau aku dah siap,aku balik eh?"

Pantas aku menekan keyboard untuk membalas.

"Asal lambat reply? Kau online jekan? Kau tengah online dengan siapa? Kerja ke buat ape? Sambung esok Tak boleh ke?" Habis segala soalan aku Tanya.

"Aku online dengan aradhia. Dia cakap dia dapat projek dekat company aku. And kalau aku sambung esok kerja Ni,Makin bertimbunla! Penat aku😵"

Aku hanya bluetick Dan terus bersiap. T-shirt hitam dipadankan dengan jaket kulitku Dan seluar jeans. Rambut ku sikat seperti gaya biasaku.
Smart! Kacak! Hensem!

Kunci kereta ku capai sebelum masuk ke dalam perut kereta.

Pedal minyak ku tekan. Kereta Mercedes meluncur laju keluar Dari perkarangan rumah.

***

Pejabat Lisa sahaja yang masih terang dengan cahaya lampu. Haih pompuan Ni Tak takut ke?

Dari cermin lut sinar pejabat Lisa,aku dapat lihat yang Lisa masih gigih menyiapkan kerjanya.

Aku menapak masuk tanpa ragu-ragu.
Wajah lisa yang terkejut melihat kehadiranku biarkan.

"Ape kau buat Kat sini?" Soal lisa dengan wajah Tak puas hati. Ape? Salah ke suami nak datang pejabat isteri dia?

"Cari pemilik hati aku. Biasanya pemilik hati aku balik pukul 5:30. Tapi Ni dah pukul 8. Jadi aku risau and rindu,sebab tu aku Cari mana perginya dia. Rupanya dekat sini. Masih gigih siapkan kerja." Ujarku mendatar tanpa mengalihkan renungan tajam pada anak mata Lisa.

Jelas terpapar wajah cemberut Lisa. Aku menahan tawa melihat wajah mengada tu. "So,bila kau nak siap?" Soalku.

"Tak taulah. Banyak lagi Ni. Kau baliklah dulu,nanti aku balikla bila dah siap. Kaukan demam. Pergi balik rehat." Lisa hanya memandang skrin laptopnya Dan ligat tangannya menaip. Ni betul menghalau Ni.

"Aku takkan balik selagi kau Tak siap kerja. So, aku Akan teman kau sampai kau siap kerja." Ujarku selamba sebelum melabuhkan punggung di sofa berdekatan meja kerja Lisa.

"Suka hati kaulah. Aku halang macam Mana pun kau tetap degil. Kalau demam Kau Makin teruk,jangan harap aku nak jaga kau. Aircorn bilik aku Ni sejuk. Aku takkan turunkan suhu. Biar kau mati kesejukan." Ugut Lisa.

Aku memekakkan telinga. Aku Tau nanti sama je,Lisa tetap akan jaga aku. Aku Tau tu. Pompuan dekat mulut macam longkang,dekat hati ermm.

Aplikasi PUBG aku tekan sebelum memulakan permainan.

Selepas hampir 2 Jam aku main, badanku Mula menggigil kesejukan. Akhirnya,telefon pintarku letak di tepi. Dan aku melelapkan mata perlahan. Aku dapat rasakan yang suhu badanku Mula meningkat tapi ku diamkan diri. Taknak Lisa risau.

***

[Pov Lisa]

Aku berhenti menekan keyboard Dan memerhati Nafiz yang sudah tidur. Dari pemerhatianku,aku dapat lihat yang tubuh Nafiz sedang menggigil. Pantas aku mengambil remote aircorn Dan menaikkan suhu. Jaket kerjaku selimutkan pada tubuh Nafiz.

Aku duduk melutut di sebelah Nafiz. "Kenapalah kau Ni degil sangat. Aku dah cakap balik. Taknak dengar. Sekarang,badan kau Makin panas balik. Kau tunggu kejap eh. Lagi sikit je kerja aku,pastu Kita balik." Rambut Nafiz ku usap perlahan sebelum kembali menyambung kerja yang tergendala.

A few moments later..

"Finally! Siap!" Jam tanganku perhati.
"Ya Allah! Dah pukul 11:00" laju tanganiu mengemas barang-barangku. Semua aku sumbat dalam beg.

Aku menapak mnedekati Nafiz. Tangan kanan melekat di dahinya. Suhu yang terlampau panas buatkan aku risau. "Nafiz. Jom balik." Ujarku lembut.

"Erhhh.." Suara Nafiz yang lemah menambahkan lagi kerisauanku.

"Nafiz,Kita pergi klinik jom. Meh and tolong kau bangun." Aku Aku membantu Nafiz untuk berdiri.
Tubuhnya ku papah sehingga ke kereta.

"Alahai,kereta aku siapa nak bawa? Argh! Tinggal jela." Pedal minyak ku tekan. Klinik terdekat menjadi pencarian.

Mataku melilau ke Kiri kanan mencari klinik.

***

Aku melangkah masuk klinik Dan mendaftar nama Nafiz. Tubuh Nafiz yang lemah terkulai ku pandang sebelum melabuhkan duduk di sebelahnya.

"Letakla kepala kau Kat bahu aku." Aku merapatkan diri dengan Nafiz.

Nafiz melentokkan kepalanya pada bahuku. Aih kesian pulak aku dengan mamat ni. Aku cakap taknak dengar. Degil.

***

[Pov Nafiz]

Aku Mula terasa lembik. Isi perut Mula meminta nak keluar. Laju kakiku melangkah ke tandas mengeluarkan segala isi perut.

"Kau okay tak ni?" Lisa mengusap-usap belakangku.

Sudah 2 Hari demam aku melarat. Lisa Tak pergi kerja sebab nak jaga aku je. Bersalah juga aku pada dia. Tapi ape aku boleh buat. Bukan aku minta untuk sakit.

"Aku risaula tengok kau demam lama-lama ni. Dah 4 Hari,Tak kebah pun. Nak pergi klinik lagi Tak?" Wajah Lisa yang betul-betul risau buatkan Aki bahagia. Tak sangka yang lisa risaukan aku.

"Aku okay jela. Kau Tak payah risau sangatla." Ujarku menenangkan Lisa.

Jelas wajah Lisa yang Mula memerah, tubir mata dipenuhi kolam air mata.

"Sayang,saya okay. Saya akan sihat. Awak janganlah risau.". Aku memeluk tubuh Lisa.

"Tapi kenapa kau demam lama sangat? Biasanya orang demam kejap je" teresak-esak lisa menangis.

Aku pun Tak tau kenapa aku demam lama sangat. Aku dah lama Tak demam kot. Tapi biasanya kalau aku demam,aku akan demam lama. Sekali demam terus seminggu. Entahla. Kesian aku tengok Lisa dah risau sangat dah ni.

"Aku memang demam lama. Kau jangan risau." Pujukku lagi.

DEVIL BOY ✓ [Complete]Where stories live. Discover now