BAB 32

5.8K 212 3
                                    

[Pov Lisa]

Aku menahan tawa apabila Nafiz sudah melarikan anak matanya.

Jelas kelihatan wajahnya membahang. Jarang tengok lelaki malu-malu. "Yang kau nak malu sangat ni kenapa? Lek ah" Ujarku menceriakan suasana.

"Ma..mana..ada aku malu.!" Tak malu tapi dah tergagap. Nak menipu pon agak-agakla.

Terhambur ketawaku melihat telatah Nafiz yang sudah kelam kabut mencari garfu. Padahal garfu tu ade kat sebelah je.

"Amendelah kau ni. Geli aku tengok mafia malu-malu." Ujarku sebelum menyambung tawaku.

"Tu dulukan. Mana ada mafia dah sekarang. Aku dah berubahkan." Nafiz menundukkan wajahnya memandang spagetti yang masih belum tersentuh.

Kenapa hati Nafiz ni makin lembut lepas kahwin? Senang sangat terasa. Payah betul kalau merajuk ni. Peliknya lelaki merajuk. Kalau aku merajuk ni rasanya takde orang nak pujuk sebab dia je yang asyik merajuk.

"Kau ni takkanla tu pun terasa? Aku gurau jela!" Pujukku. "Dahlah tu,makan. Penat tau aku masak. Aku bangun pagi-pagi hanya untuk buat sarapan kau je. Tapi kau pulak merajuk je keje. Buruk tau tak. Kalau aku yang merajuk takpe jugak." Masih lagi gigih memujuknya.

"Lisa,kau sayang aku tak?" Aku menelan liurku. Aduh dia tanya pulak.

Terus aku sumbat spagetti ke dalam mulutnya. "Makan! Banyak pulak tanya kau ni!"

Puas hatiku melihat Nafiz makan dengan berselera. Hilang rasa penat aku masak. "sedap tak?" soalku meminta pendapat.

Nafiz hanya mengukir senyuman. Tak sedap ke? Aku memasukkan sesuap besar spagetti tersebut. Ermm. sedap je.

"Sedap sangat Lisa sampai aku tak mampu nak bercakap." Ujar Nafiz sebelum menghabiskan spagrtti yang masih berbaki di dalam mangkuknya.

"Aku nak naik mandi. Nak pergi kerja. Thanks for the breakfast. I like it. And I love you." Nafiz menguntum senyuman menggoda sebelum mendaki tangga ke tingkat atas.

Membahang wajahku. Aku tak mampu tahan daripada terus mengukir senyuman. Sweet talkerlah suami aku ni.

***

Selesai mengemas dapur,aku ke bilik tidur Nafiz untuk mengemas biliknya pula. Pintu yang terkuak sedikit membuatkan aku terus meluru masuk tanpa mengetuk dulu.

"Argggghhhh!!!" Aku meluru keluar semula apabila melihat tubuh sasa Nafiz yang hanya dibaluti tuala mandi.

Nafiz keluar daripada biliknya tanpa pakaian dan terus mendekatiku sehingga aku tersandar ke dinding. Tangan kanannya diletakkan di dinding dan wajahnya didekatkan dengan wajahku. Aku dari tadi hanya menutup mataku kerana takut.

Senyuman nakal terukir di bibirnya. "Asal kau takut? Owh memang patutla kau takut pun. Kau dah ceroboh bilik aku. Kau nak curi-curi tengok badan sasa aku nikan. Tak payah curi-curi,minta je aku boleh bagi. Tulah aku suruh duduk sebilik dengan aku kau tak nak. Pastu sebok curi-curi tengok." Ujarnya selamba.

"Eyh! Kau fikir aku hamak sangat ke nak tengok badan kau! Badan aku lagi lawa lah! Aku datang nak kemas bilik kau jela!" Aku masih menutup mata kerana tak berani bertentangan mata dengan Nafiz.

"Badan kau lagi lawa? Taknak bagi aku tengok ke? Dah lama aku tahan nafsu aku dari tengok badan kau. Elok pulak tu aku tengah pakai towel je ni." Makin menggoda suaranya. Aduh gatal sangat nak cakap ayat tu. Kan dah kene.

"Eh kau!" Aku membuka mata sebelum menutup semula mata kerana jarak yang terlampau dekat dengan wajah Nafiz.

"Asal kau tutup mata? Nak aku kiss ke.? Boleh je." Aku menggunakan segala tenagaku untuk menolak Nafiz dan lari masuk ke dalam bilikku.

Berdekah-dekah Nafiz menertawakanku. Sukalah tu usik aku. "Sayang! Lain kali hati-hati ye. Sekali masuk perangkap,abang ngap terus." Jerit Nafiz sebelum menyambung ketawanya.

"Iiyhh! Sabar Lisa. Sabar! Kau tunggu Nafiz. Aku balas balik." Aku rasa annoying pulak dengan usikan Nafiz. Asyik aku je kene bahan.

***

[pov Nafiz]

Puas hati aku dapat kenekan Lisa tadi. Tali leher aku betulkan. Tiba-tiba aku dapat idea nakal. "Lisa!!"

"Ape?!" Jerit Lisa dari luar bilikku.

"Lisa cepatla sini!!" Aku cuba mengumpan Lisa.

Lisa masuk ke dalam bilikku berhati-hati. "Takde perangkap,cepatlah tolong aku ni." Aku menarik Lisa yang masih berfikir sama ada nak dekat atau tak.

"Ape dia?" Ujar Lisa tegas.

"Ikatkan tali leher." Aku membuat suara manja. Saja nak perhatian lebih dari Lisa.

"Takkanla tak reti kot. Buat sendiri do kau." Lisa sudah berpaling dan mahu mengatur langkah.

Namun,aku lebih laju menarik tangannya. "Tolonglah. Aku tak reti ni. Kalau aku tak pakai tie nanti aku tak dapat pergi kerja. Pastu nanti kau kene hadap muka aku kat rumah sepanjang hari." Aku cuba lagi mengumpan Lisa.

Lisa akur dan membetulkan tali leherku. Gigih jugak aku tengok.
Mataku dari tadi tak beralih daripada melihat wajah isteriku.

Aku menarik tubuh kecil Lisa ke dalam dakapanku. Macam peluk baby. Aku mengemaskan pelukan apabila Lisa dah meronta-ronta minta dilepaskan. "Sekejap je Lisa. Aku nak peluk kau kejap je."

Aku melonggarkan pelukan dan mengucup lembut dahi Lisa. "Aku nak kau ingat yang aku akan sayang kau sampai akhir hayat aku. Janji dengan aku yang kau pun sama." Lisa yang masih di dalam pelukanku tertunduk malu.

Apabila tiada jawapan daripada Lisa, aku meleraikan pelukan. "Thanks sebab bagi aku peluk kau. Tunggu aku balik dari kerja tau. Jaga diri." aku mencapai beg kerjaku dan menuju ke kereta.

Aku tersenyum manis melihat Lisa yang masih berdiri di pintu sebelum menekan pedal minyak dan meninggalkan perkarangan rumah.

***

"Pengantin baru! Macam mana malam pertama?" Zarief yang nampak aku maauk ke pejabat teris mengusikku.

"Ape kau ni Zarief. Takde pape do. Kau taukan Lisa macam mana." ujarku malas nak layan Zarief.

"Tapikan,kenapa cik Nafiz. I mean Encik Nafiz masuk kerja. Baru semalam kahwin kot. Takkan taknak luang masa dengan isteri?" Ujar Zarief pelik.

"Aku bukan taknak luang masa dengan Lisa,tapi entahla. Aku rsa yang kitorang akan kekok kalau lama-lama. Jadi aku datangla kerja. Nak feel jugak macam mana rasanya bila baru balik kerja,pastu isteri sambut. Perggghh! Best do!" Ujarku teruja.
Tak sabar nak balik kerja.

"Ermm yela Encik Nafiz. By the way,baru je tadi ada orang buat appointment dengan Encik Nafiz." Nada suara Zarief diperlahankan. Tak tau kenapa.

"Siapa?"

"Marya Amira."

DEVIL BOY ✓ [Complete]Where stories live. Discover now