Darah yang makin banyak mengalir aku biarkan. Aku berlari anak apabila ternampak sebuah klinik.
Pintu klinik ku rempuh macam dalam RunningMan. Selepas beberapa minit mendaftar,namaku dipanggil.
Aku masuk dengan perasaan berdebar.
Sesi rawatan bermula. Aku mengetap bibir bawahku apabila doktor cuba untuk keluarkan kaca yang makin menusuk jauh ke dalam tapak tanganku.Ya Allah! Sakitnya hanya kau yang tau!
***
Setelah selesai dibalut,aku menjelaskan bayaran dan kembali ke cafe Starbucks.
Dengan tangan yang sudah berbalut besar,aku gigih kan jugak untuk membawa 3 cawan besar Starbucks.
Aku kembali ke perpustakaan dengan menyorokkan tangan kanan ku di dalam poket. Aku taknak diorang pelik tengok tangan aku.
"Lamanya kau ni. Beratur panjang ke?" Ujar Aradhia seraya mencapai minuman nya.
"Haah. Panjang weh. Gigih aku tadi." Bohongku.
"Thanks weh." Farris menghirup straw minuman dengan rakus. Haus betul.
Aku berpuas hati melihat rakan-rakan ku yang sudah kembali gembira.
***
Aku memarkir kereta sebaik saja sampai di rumah. Aik? Awal pulak si Nafiz ni balik.
"Assalamualaikum.." pintu rumah ku buka perlahan. Tangan kanan masih steady di dalam poket. Taknak Nafiz nampak.
"Waalaikumussalam. Dah balik dah? Best pergi library?" Nafiz yang masih berada di sofa bersuara.
"Best. Hilang sikit stres. Kau pulak? Awal balik? Baru pukul 3." Soalku pelik.
"Salah ke aku nak balik awal tengok isteri aku? Rindu!" Ujar Nafiz separa menjerit. Nasib baik punggung nya masih melekat di sofa. Kalau tak,tak tahu ape dia buat kat aku nanti.
"Rindu mende? Pagi tadi elok je."
"Rindulah. Makin sayang makin rindu. Makin susah aku nak berjarak dengan kau. Tak jumpa seminit pun aku boleh rindu." Ujar Nafiz mengada.
"Banyakla kau." Aku mula mendaki tangga apabila sudah penat melayan Nafiz.
Nafiz terus megejarku dan menarik lengan kiriku untuk duduk dan teman dia tengok Tv.
"Aku nak naikla. Aku penat." Ujarku lemah. Memang betul aku penat.
"Kau tengok je muka suami kau. Dah tak penat." Nafiz masih tidak melepaskan lengan kiriku.
Suami? Teringat aku pada kata-kata Marya.
' Kau tau tak Nafiz Ar-Ryan? Suami aku tu. Kalau aku mengadu kat dia,kau tengokla ape dia buat kat kau pompuan. Hina! Jijik aku!'
Sakit hatiku memikirkan perkara itu.
Aku cuba berfikiran positif dengan Nafiz. Tak mungkin dia kahwin dengan Marya. Perkahwinan kami baru je 2 minggu. Awal lagi. Ataupun Nafiz kahwin dengan dia sebelum kahwin dengan aku? Arggggghhhhh! Mustahil! Tak! Lisa tak!"Nafiz,aku penat tolonglah faham." Tangan Nafiz ku tolak sebelum kembali mendaki tangga.
"Lisa? Ape pulak kali ni?" Aku sempat menangkap ayat tersebut yang keluar dari mulut Nafiz.
Aku merenung gambar perkahwinan aku dan Nafiz. Aku cintakan Nafiz. Tapi kenapa aku rasa yang Nafiz tak. Walaupun hari-hari Nafiz ungkapkan kata cinta itu,kenapa aku tetap rasakan yang ungkapan itu hanyalah tipu semata.
Air mataku mengalir perlahan ke pipi. Aku sedih. Tak tau kenapa. Sakit luka di tanganku tak dapat tandingi sakit di hatiku. Kenapa aku emo ni? Mungkin sebab aku period? Ah! Kau kuatla Lisa! Jangan percaya penipuan pompuan tu. Nafiz sayangkan kau. Dan kau kena percaya kan Nafiz.
"Aku percaya dia." Aku menyeka air matanya perlahan sebelum menukar balutan di tanganku.
***
[Pov Nafiz]
Aku pelik dengan Lisa yang makin hari makin menjauh dariku. Aku Ade buat salah ke? Takkanlah dia masih lagi marah pasal kes aku gurau dengan dia tu?
Untuk mendapatkan kepastian, malam itu,aku masuk ke bilik Lisa senyap-senyap semasa dia sedang mandi. Aku merehatkan tubuhku di atas katilnya. Ermmm! Bau Lisa. Wangi.
"Kalaulah aku dapat peluk kau Lisa masa tidur. Ya Allah nikmat tak terkata." Aku mula berangan-angan.
Kreakk..
Bunyi pintu tandas dibuka. Lisa keluar dari tandas dalam keadaan hanya tuala yang membaluti tubuhnya.Terbuntang mata ku melihat permandangan di hadapanku. Bilalah aku nak dapat rasa. Asyik tahan je. Aumm!
"Arggggghhhhh!" Lisa menjerit apabila melihat ku yang sedang syok menilik tubuhnya.
"Woi! Kau buat ape dalam bilik aku! Kau keluar sekarang!" Jerit Lisa yang seluruh tubuhnya berada di dalam tandas. Hanya kepala yang tersembul keluar.
Aku berlagak biasa. Kedua-dua tangan diletakkan di bawah kepala.
"Nafiz Ar-Ryan! Aku tak main-main! Keluarlah!!" Jerit Lisa.
"Kau pakai jelah baju,aku suami kau kot. Tak salah kalau aku tengok pun kan? Nikmat tu" ujarku selamba.
***
Setelah penat berperang mulut denganku,akhirnya Lisa akur dan keluar dari tandas. Dia kelam kabutnya mencari bajunya.
Aku pula syok memerhati tubuh Lisa yang putih dan gebu itu. Bibir bawahku diketap. Sabar Nafiz,tunggu nice time kau ngapla dia.
Lisa memakai baju di dalam tandas dan keluar semula dengan wajah masam mencuka.
"Betul cakap kau body kau lawa. Sumpah aku tak tahan. Nasib baiklah aku ni masih ada belas kasihan dekat kau. Kalau tak tadi kau dah tak selamat dah." Aku cuba mengusik.
"Ape kau nak?" Lisa langsung tidak mengendahkan usikanku.
"Kau." Aku masih lagi cuba untuk membuat Lisa mengukir senyuman.
"Nafiz." Tegas suaranya. Marah betul ni.
Aku pun cuba untuk jadi serius. "Okay fine. Lisa kenapa dengan kau sebenarnya? Ape yang kau tak puas hati dengan aku? Bagitau? Aku tak bolehlah kau asyik jauh dari aku. Cakap kalau aku buat salah. Aku terlalu sayangkan kau sampai aku taknak kau jauhkan diri dari aku." Ujarku terus terang.
"Takde Pape. Aku okay je dengan kau. Memang macam ni pon kan aku layan kau." Lisa masih tetap dengan pendiriannya.
Aku dah tak boleh tahan. Aku turun dari katil Lisa dan menolak Lisa sehingga dia tersandar ke dinding. Kedua-dua belah tangannya ku genggam di dinding.
"What is the problem with you?" Aku masih cuba mengawal amarahku.
Terbeliak mata Lisa melihat apa yang aku lakukan padanya. "Ape kau nak Nafiz! Aku cakap takde Pape kan!" Lisa meronta-ronta ingin dilepaskan.
Tiba-tiba mataku terpana apabila melihat sesuatu.
YOU ARE READING
DEVIL BOY ✓ [Complete]
RomanceEdited: 26/1/2019- published 25/5/2019-unpubilshed Apabila menyedari Lisa Marina tidak menyedarkan diri,Nafiz Ar-Ryan kelam-kabut lari pergi ke gudang tempat gadis itu diseksa. *Di hospital* "Kalau Ade Pape jadi Kat Lisa,aku takkan maafkan diri aku...