Beberapa bulan sebelumnya...
Maaf andai ku guriskan hatimu..
diri ini sudah lama dimiliki..
hati ini bukan untuk dirimu..
pasti ada yang lebih baik..
dari diriku..oh
kasih maafkanlah aku..
meluahkan rasa hati ini ..kepadamu..
kerna ku tahu ..
Kau jua mahukan kejujuran dariku..Wahyu menyanyi riang. Dia menhayati betul bait-bait pada lirik lagu baru yang dicipta olehnya itu. Sungguh dia berpuas hati kerana lagunya mendapat sambutan ramai. Lagu itu diciptakan untuk artis di bawah naungan syarikat rakamannya iaitu Hasya Iman.
Lily was a little girl
Afraid of the big, wide world
She grew up within her caslte walls
Telefon pintarnya brdering. Dengan pantas dia menjawabnya kerana yang mnghubunginya itu adalah gadis kesayangannya, Bella.'Helo, sayang...'
'Helo, bie... bie kat mana? Lama sayang tunggu tau. Jadi ke tak kita nak jumpa ni?' omel Bella yang cute pada pendengaran halwa telinga Wahyu.
'Sorry, sayang... bie dah on the way la. Give me five minute okey. Stay here. Don't go anywhere bebeh,' pujuk Wahyu.
'Okey, I'm waiting for you, Bie. If dalam five minute nanti kalau bie tak sampai, sayang balik je.'
'No... jangan balik sayang. Tunggu. Sabar okey. Dah nak sampai ni. Okey sayang, Bie tengah drive ni. Jumpa nanti. Bye, love you. Muah!' Talian dimatikan.
Wahyu tersenyum sendiri apabila teringatkan omelan tunangnya sebentar tadi. Agak comel baginya. Sedikit pun dia tidak terasa hati dengan bebelan gadis itu. Sejurus kemudian, dia menyambung nyanyian lagunya seraya on radio digital dalam keretanya iaitu lagu-lagu ciptaannya sendiri. Separuh kuat volumenya diputarkan. Bergema satu kereta. Happy nak jumpa cik tunanglah katakan.
Dalam tengah khusyum fokus pada pemanduannya, tiba-tiba sahaja ada seorang wanita melintas dengan mengejut yang baru keluar dari celahan semak tepi highway. Wahyu sangat terkejut dan tidak sempat untuk menekan break.
Tanpa diduga, keretanya telah melanggar orang yang melintas dengan mengejut tadi. Dan barulah dia menekan break.
"Astaghfirullahalazim. Allahuakbar!"
Wahyu rasa berdebar, gelabah dan resah, bercampur baur menjadi satu rasa.
Mana tidaknya, dia telah terlanggar seseorang. Dalam ketakutan, dia keluar dari perut kereta dan cuba menghampiri wanita yang dilanggarnya tadi.Dalam masa yang sama, dia terlihat cecair merah pekat mengalir dari bawah perut keretanya. Lagi bertambah ketar lututnya. Tak tertelan air liurnya. Peluh jantan merenik keluar di dahi dan kepalanya.
Kini, dia sudah berada betul-betul ditempat cecair darah yang mengalir tadi. Dia duduk dengan slow motion sambil membongkokkan tubuhnya untuk menjenguk di bawah perut keretanya, demi melihat keadaan mangsa.
Saat kepalanya menjengah ke bawah perut keretanya, matanya terbuntang. Jantungnya berdegup kencang seakan tidak mahu stabil.
"Allahuakbar! Apa aku dah buat ni?" Mengucap sakan Wahyu.
Tanpa menunggu lagi, dia terus membuat panggilan kecemasan. Mangsa itu dikejarkan ke hospital.
YOU ARE READING
MELODI TERINDAH(COMPLETE)
RomanceKisah AHMAD WAHYU seorang CEO 'W' STUDIO AGENCY'S telah jatuh cinta terhadap seorang gadis blur yang juga pelatih dari agensinya iaitu HANAN FALISYA hanya dengan lirik dan MELODI TERINDAH yang diciptanya. Saat Wahyu baru hendak kecapi hari bahagia b...