CAFE GREENTOWN DIMSUM.KELIHATAN Wahyu sedang menunggu seseorang sendirian. Dalam pada itu, tetiba dia teringatkan Bella. Sebelum itu, tempat itulah dia dan Bella selalu bertemu bermesra bergurau senda. Kenangan itu benar- benar mengusik jiwanya. Kebetulan kedengaran lagu muzik dari Cafe itu tajuk 'ilusi- I AM NEETA berkumandang.
Ia betul-betul kena dengan situasi dan perasaannya tika itu. Perasaan hiba mula menguasai dirinya. Dia cuba mengawal air matanya dari mengalir. Gambar Bella dari wallpaper telefon pintarnya ditatap lama."Bella, sampai hati awak buat saya macam ni. Awak guriskan hati saya. Sanggup awak tinggalkan saya, Bella. Awak tahu tak, saya dah lakukan segala-galanya untuk awak. Saya bekerja siang malam untuk awak. Saya nak kahwin dengan awak dalam masa terdekat ni. Tapi, apa yang awak buat? Hanya kerana saya ni seorang pelupa dan kes saya terlanggar orang haritu, awak tinggalkan saya Bella?Awak kejam! Luluh hati dan perasaan saya ni hanya Allah yang tahu..." Tanpa sedar air matanya meleleh membasahi pipi gebunya.
"Sorry, Bro! I'm late. Jalan jammed tadi." Jay yang muncul dengan mengejut itu itu telah menyentakkan Wahyu yang sedang berduka.
Lantas air matanya diseka dengan jarinya. Jay yang melihat keadaan itu pelik.
"Wei, kau menangis ke?"
"Tak lah. Habuk tadi terbang masuk ke dalam mata aku. Tu yang berair ni," nafi Wahyu sambil pura-pura tergelak.
"Cececehhh... ayat klise. Haha... Dah lah, kau tak payah nak kelentong aku. Kau masih teringatkan Bella lagi, kan?" soal Jay. Dia pasti tentang itu. Bukan dia tak kenal sahabatnya itu.
Wahyu menggelengkan kepala masih menafikannya membuatkan Jay menjuihkan bibirnya tidak mempercayainya dengan gelengan kepala sahabatnya itu.
"Yalah tu. Habis tu, gambar Bella yang kau tenung lama-lama untuk apa? Untuk bayangkan perkahwinan kau orang berdua? Wedding of the year, macam tu?" Sambung Jay lagi.
Bukan mahu menyakiti perasaan sahabatnya itu. Hanya tidak mahu lelaki itu bersedih dan memikirkan tentang Bella iaitu cinta masa lalunya. Cukuplah Wahyu menderita selepas ditinggalkan Bella dulu.
"Aku cakap takde apa-apalah! Aku just nak buang gambar ni. So, aku tenung buat kali terakhir." Lantas gambar itu di buang dari galeri telefon pintarnya.
Dia terpaksa. Tidak mahu sahabatnya risau akan dirinya lagi.
"Goodboy! Macam tu lah baru anak papa. Dengar cakap papa. Jadi anak yang baik ye..." Jay sekadar bergurau untuk menghiburkan Wahyu yang senang sembunyikan dukanya tu.
Terus laju sahaja tangan Wahyu mencepuk kepala Jay geram dia disakat sebegitu.
"Aduh!" Jay menggosok kepalanya yang sedikit terasa sengal.
"Tengkorak kau anak papa. Kau ingat aku anak kau ke? Tolong sikit... aku ni dah boleh jadi bapak budak tau tak?" balas Wahyu yang hampir saja tercetus tawanya dek jenaka dan mimik muka Jay tika itu.
Hilang dukanya saat itu. Jay kemudian tergelak dengan respon Wahyu. Seronok dapat menyakat lelaki itu.
"Dah dah! Jom bincang topik asal. So,apa cer? Dapat maklumat pasal Hanan tu?" Wahyu kembali serius bincang topik utama.
"Oh, ya... ada. Aku pergi kampung dia di Lenggong semalam. Aku dapatkan maklumat dari jiran-jiran dia." Jay turut serius.
"Then, apa keputusannya?" Tak sabar benar Wahyu ingin tahu.
"Dari apa yang aku siasat semalam, tempat kau terlanggar seseorang tu adalah sama tempat dimana kakak Hanan dilanggar dan mati di tempat kejadian. Kau rasa, perkara ni kebetulan atau apa?" soal Jay setelah memberi maklumat terhadap Wahyu yang dia dapatkan dari jiran-jiran Hanan Falisya tempohari.
Wahyu sudah terlopong mulut mendengarnya. Jantungnya berdebar.
"Ini gambar tempat yang aku snap semalam tempat yang jiran-jiran dia tunjuk kat aku. Cuba periksa, sama tak dengan lokasi kau hari tu?" Gambar dari galeri telefon pintar milik Wahyu dikeluarkan dan ditayangkan pada Jay.
Dia pernah dulu pergi mencari ahli keluarga mangsa selepas dia terlanggar seseorang itu. Malangnya, ketika itu ahli keluarga mangsa tiada di kampung. Sempat dia mengambil gambar lokasi kejadian.
Gambar itu disatukan. Memang sama. Jay turut terlopong. Dia terkejut kerana tak disangka dengan apa yang dilihatnya.
"Oh, shit! So, orang yang kau langgar tanpa sengaja haritu memang kakak Hanan? Hanni Farhana. Macam mana ni? Budak tu jadi pelatih kau sekarang ni, kan? Masaklah kau kalau dia tahu siapa kau. Sebab jiran dia cakap dia tengah mencari orang yang langgar kakak dia tu. Sekarang apa plan kau?" Jay khuatirkan Wahyu.
Dia yang over gelabah mengenangkan nasib Wahyu nanti.
"Rileks. Aku dah fikir masak-masak. Kalau confirm orang yang aku terlanggar tu adalah kakak dia, aku akan jaga dia untuk tebus khilaf aku pada dia hingga ke akhir hayat aku. Tak kisahlah as adik or kawan. Aku akan tanggung semua perbelanjaan dia tiap hari jika itu yang boleh melegakan hati aku," jelas Wahyu tentang perancangannya pada Jay membuatkan Jay terkaku mendengarnya .
Wajah sahabatnya itu ditenung seketika sebelum berbicara.
"Kau biar betul? Dia nak ke kau jaga dia dan tanggung kos perbelanjaan dia kalau dia tahu sebenarnya kau yang dah terlanggar kakak dia tempohari?" Wahyu terdiam sejenak.
"Aku dah fikir awal-awal lagi, aku akan rahsiakan perkara ni dari pengetahuan dia. Kau jangan sesekali bukak mulut pada Rina. Aku takut dia terlepas cakap pada Hanan nanti pasal ni. Confirm lah Hanan akan benci aku buat selama-lamanya. Jika itu yang terjadi, susah untuk aku tebus khilaf aku pada dia. Jadi, ia akan membuat aku lebih rasa diri ini pendosa yang tak berguna. Kau faham, kan? Janji dengan aku rahsiakan perkara ni?" desak Wahyu bersungguh mahu tebus khilafnya.
Lama Jay melangut memikirkan sesuatu.
"Andai satu hari nanti, kalau dia tanya kau kenapa kau baik sangat dengan dia dan mahu tanggung segala perbelanjaan dia, apa kau nak jawab nanti?" Persoalan Jay itu membuatkan Wahyu jadi runsing memikirkannya.
Dia baru terfikir, ada benarnya juga kata-kata Jay. Sudah pasti suatu saat gadis itu akan mempersoalkan tentang kebaikannya dan keperihatinannya itu nanti.
"Kau rasa apa patut aku buat?" soal Wahyu meminta pendapat Jay kerana dia sudah buntu untuk memikirkan jalan penyeleasaian untuk permasalahan itu.
"Aku rasa kau patut jujur pada dia jika dia persoalkan tentang kebaikan kau satu hari nanti. Itu yang terbaik bagi pihak kau dan juga pihak Hanan. Settle! " Jay mengeluarkan pendapatnya membuatkan Wahyu terdiam lama memikirkan pendapat Jay itu.
"Baiklah jika itu yang terbaik. Lagipun dah takde cara lain lagi untuk aku mengelak dari dia. But, sebelum tu aku perlu elak dari
dipersoalkan oleh Hanan. Biarlah aku tebus dulu salah aku tu." Wahyu melamun seketika mengenangkan saat yang paling dia takut untuk hadapinya bila Hanan ketahui rahsianya suatu hari nanti."Enough lah, Wahyu. Kau tak habis nak salahkan diri kau. Kalau nak ikutkan, dalam hal ni kau langsung tak bersalah. Faham tak? Polis pun tak jatuhkan hukuman berat pada kau dulu lepas dia orang dengar penjelasan dari orang kampung. Itu tandanya kau tak bersalah. Pleaselah, jangan salahkan diri sendiri lagi. Aku rasa tak syiok bila kau asyik salahkan diri je. After this please stop blame yourself !" tegas Jay benar-benar serius kali ini.
Wahyu akhirnya akur dengan permintaan sahabatnya itu. Jay memaut bahu wahyu erat. Wahyu hanya membiarkannya.
Entah sampai bila dia boleh bertahan dengan merahsiakan kejadian itu dari pengetahuan Hanan. Dia takut untuk lalui hari itu nanti.
![](https://img.wattpad.com/cover/184094404-288-k572312.jpg)
YOU ARE READING
MELODI TERINDAH(COMPLETE)
RomanceKisah AHMAD WAHYU seorang CEO 'W' STUDIO AGENCY'S telah jatuh cinta terhadap seorang gadis blur yang juga pelatih dari agensinya iaitu HANAN FALISYA hanya dengan lirik dan MELODI TERINDAH yang diciptanya. Saat Wahyu baru hendak kecapi hari bahagia b...