BAB 5~PUTUS TUNANG✓

1.7K 112 18
                                    

GREENTOWN DIMSUM CAFE

GREENTOWN DIMSUM CAFE

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"I nak kita putus! Cukuplah di sini hubungan kita!" tegas Bella membuatkan Wahyu terkejut besar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"I nak kita putus! Cukuplah di sini hubungan kita!" tegas Bella membuatkan Wahyu terkejut besar.

Hampir luruh jantungnya apabila orang yang dia cintai selama ini meminta putuskan perhubungan mereka yang telah lama terbina dengan tiba-tiba sahaja.

'Allahu, dugaan apa lagi ni?' rintih hati kecilnya. Cuba menahan sebak.

"Why, sayang? Apa salah bie? Kenapa dengan tiba-tiba je ni?" soal Wahyu mahu tahu sebabnya.

"EnoughlahI dah fed up dengan you. You tak pernah tunaikan janji you. Selalu mungkiri janji you. I dah tak boleh percayakan you lagi. And I dah tak boleh stay dengan you lagi. We are break off. Its over!" Lantas gadis itu bingkas berdiri berniat untuk terus pergi dari hidup Wahyu buat selamanya.

Namun, sempat ditahan oleh Wahyu. Dia menarik lengan Bella supaya duduk semula dan kembali berbincang secara dewasa.

"Please, jangan buat bie macam ni. Give me once chance again, please. Kalau pasal date penting kita hari tu , kan bie dah bagitau kenapa bie tak dapat datang. Kenapa sekarang sayang dah tak boleh faham Bie ni? Sayang pun tahu kan Bie ni jenis pelupa. Sayang yang cergas otak ligat ni kenapa tak pernah nak ingatkan bie? And now, sayang nak salahkan bie pulak sebagai punca kita putus ni?What is this? Sebelum ni sayang ok je. Why not now?" Wahyu cuba slow talk dengan gadis kesayangannya itu.

Walau dalam hatinya hanya Allah yang tahu betapa luluhnya saat itu. Bella mendengus kasar.

"Semua tu alasan. I tak nak terlibat dengan apa yang you dah buat. I tak nak terlibat dengan pembunuh macam you. I tak nak ada apa-apa hubungan lagi dengan si pemungkir janji seperti you. I tak nak semua tu akan terpalit pada nama I jugak. Sudahlah! I dah penat dengan alasan you tu semua. Okey lah, I nak balik dan ni last pertemuan kita. Jangan datang cari I lagi. Oh one more thing, my family dah carikan calon suami untuk I. So, i hope you faham. For now, kita dah tak de apa-apa lagi. I wish you happy bersama insan lain nanti. Selamat tinggal, Ahmad Wahyu Bin Ahmad Wadi." Dengan tanpa belas kasihan dia berlalu pergi meninggalkan Wahyu termangu sendirian.

  Wahyu kehilangan kata-kata tatkala tunangnya sendiri sanggup berkata seperti itu terhadap dirinya.

Wahyu cuba kawal kesedihannya. Namun, dia juga manusia biasa yang tak mampu untuk menghalangnya. Air mata jantannya akhirnya merembes keluar jua.
Menangislah dia sendiri di kafe itu tanpa mempedulikan reaksi orang disekelilingnya yang sedang memerhatikannya.

Di dalam setiap percintaan tak semuanya indah. Kini, Wahyu telah belajar satu lagi perkara baru. Dari situ tercetusnya sebuah lirik dan diciptanya untuk Hasya Iman. Lagunya kini meletop menginjak ditangga teratas. Ya, apabila lirik yang ditulis melalui hati dan perasaan ia akan menghasilkan sebuah luahan yang cukup menusuk jantung si pendengar dan penggemar muzikal. Begitulah kehidupan seharian Wahyu. Tidak dapat meluahkan kesedihannya kepada sesiapa waima sahabat baiknya sendiri, pada sebuah lagulah tempat untuk dia melepaskan semua rasa yang terbeban dijiwanya.

  Harapnya dia akan menemui kebahagiaannya satu hari nanti.

MELODI TERINDAH(COMPLETE)Where stories live. Discover now