HOSPITAL PANTAI
KELIHATAN Hanan duduk di sisi Tuan CEO nya itu yang masih tidak sedarkan diri. Wajah lelaki itu di pandang sayu.
"Maafkan saya, Tuan Wahyu. Saya tahu saya salah sebab dah menghukum tuan dengan tuduhan membunuh. Padahal, saya tahu tuan tak salah pun. Tuan hanya terlanggar kakak saya. Tapi, tindakan tuan yang tak bertanggungjawab itu membuatkan saya marah. Tuan cepatlah sedar. Saya mahu melihat senyuman tuan lagi. Please!" Dia tidak lagi menggunakan bahasa panggilan manja kanda dinda seperti yang telah dijanjikan. Dia merasa bahawa dirinya tidak layak untuk menggunakan panggilan itu buat masa ini.
Hanan melentokkan kepalanya di sisi katil sebelah lelaki itu. Terasa sebak. Akhirnya, sekali lagi air matanya merembes keluar di tubir matanya. Dia mahu melupakan marahnya pada lelaki itu. Dia sedar siapalah dia untuk menghukum lelaki itu. Lelaki itu hanya manusia biasa yang takkan terlepas dari membuat kesilapan.
"Kak Hani... Hanan minta maaf. Hanan tak mampu nak benci dia."
Hanan mulai rasa serba salah terhadap arwah kakaknya dalam nada sendu. Dan lama kelamaan dia terlena di situ."Hanan... Hanan Falisya..." Kedengaran pula suara lunak seseorang menyeru namanya.
Hanan tersedar setelah mendengar namanya diseru dan mula tercari-cari arah datangnya suara itu.
"Hanan... pandang sini sayang pandang kakak..." Suara itu datang dari arah belakangnya.
Hanan berpaling ke belakang untuk melihat si empunya suara. Di saat dia berpaling, bibirnya mengoyak senyum. Air matanya mula makin deras menuruni pipi tembamnya.
"Kak Hanni?" Hanya itu yang mampu terluah dari bibirnya.
Gadis yang berada di hadapannya itu cantik berjubah putih dengan berselendang putih litup. Wajah itu sungguh berseri-seri pada penglihatan Hanan.
"Cantiknya kakak," puji Hanan tulus dari hatinya.
Wanita di hadapannya itu membalas senyumannya tadi. Lantas tangannya didepakan, tanda mahu Hanan datang kepelukannya.
Hanan yang melihatnya tidak menunggu lagi, terus berlari ke pelukan kakaknya. Mereka berpelukan melepaskan rindu yang telah lama terpendam.
"Hanan rindu kakak..." ucap Hanan bersungguh.
"Akak lagi rindukan Hanan," balas Hanni Farhana dengan nada yang cukup lembut.
Nada suaranya sungguh gemersik dikalbu. Rambut adiknya dielus lembut. Lama mereka berpelukan. Hanan terbuai seraya memejamkan mata melepaskan rindunya. Mereka menikmati saat indah itu bersama.
"Hanan? Bangun Hanan?" Hanan dikejutkan oleh suara seseorang.
Sayup-sayup sahaja kedengaran suara si pemanggil pada pendengaran halwa telinga Hanan. Hanan membuka matanya sedikit. Dia mendapatinya kakaknya telah tiada. Terus sahaja matanya terbuka luas. Perasaan resah mulai menyelubungi dirinya. Anak matanya meliar ke sekeliling tercari-cari keberadaan kakaknya. Malangnya, tiada kelibat kakaknya di situ. Yang ada, hanya Jay dan rakan-rakan. Daddy dan Wafiy turut ada di sekelilingnya.
'Kakak...' Hanan menyeru kakaknya di dalam hati dengan nada cukup sayu. Namun, dia turut merasa lega kerana setidaknya dia telah pun melepaskan rindunya terhadap kakaknya dengan memeluk kakaknya tadi. Dia sangkakan ianya realiti. Ternyata dia hanya bermimpi tentang pertemuan dengan kakaknya tadi.
YOU ARE READING
MELODI TERINDAH(COMPLETE)
RomanceKisah AHMAD WAHYU seorang CEO 'W' STUDIO AGENCY'S telah jatuh cinta terhadap seorang gadis blur yang juga pelatih dari agensinya iaitu HANAN FALISYA hanya dengan lirik dan MELODI TERINDAH yang diciptanya. Saat Wahyu baru hendak kecapi hari bahagia b...