BAB 27~ PROJEK LAGU BARU✓

817 35 11
                                        

SUDAH beberapa hari Hanan dan Iyyad menyiapkan lirik bersama. Ditemani Cemong.

Kini hanya tinggal untuk mereka merakam di bilik rakaman sahaja. Jadi, Hanan meminta izin Tuan Wahyu nya untuk ke 'W' Studio selama beberapa hari bagi menyiapkan lagu terbaru 6STAR. Dibantu oleh Komposer Danny dan Mazlan(penata dan penyunting muzik).

Mahu tak mahu terpaksalah dia izinkan. Takut nanti Hanan fikir bukan~bukan pula fasal dia. Dan dia tak mahu Hanan merasakan dirinya di kongkong. Tapi, dia juga tidak mahu timbul gosip murahan antara Iyyad dan Hanan nanti. Dia tidak mahu reputasi kumpulan ahli 6STAR terjejas satu hari nanti dengan gosip liar dari netizen atau media massa. Dia berharap, tiada apa yang berlaku.

Di BILIK RAKAMAN~

HANAN, Mazlan dan komposer Danny bekerjasama menyiapkan rakaman lagu terbaru untuk ahli 6STAR.

'Tttu... tttuu... tttuu... nananana...'
Resah hatiku merasa resah...
Saat pertama bertentang mata..
Dengan dia gadis jelita... Ohh...
Bila aku pejamkan mata...
Wajahmu sering bermain diminda..
Dalam lenaku... kau datang menyapa...
Dalam jagaku... kau hilang entah kemana...
Oh apakah itu CINTA? haaaa...
Matamu Matamu... melirik...
Senyummu senyummu... menarik...
Membuatkan aku terpaku..
Susun kata manismu... menawanku.
Oh... ttuttut ttuttut nanaana...
Oh siapakah dia?
Dia... gadis msteri...
Wajahnya... sungguh berseri...
Lagak seperti bidadari..
Dia... datang menghampiri...
Dekat denganku di sini....
Hanya dirimu membuatku terpukau..
Aku sasau aku gila...
tergilakan kau..
Tut tut nanaa tutttutt nanaa...

Tamat 6STAR menghabiskan nyanyian mereka dengan ulangan sebanyak berbelas kali juga itu untuk memuaskan hati komposer Danny dan juga Hanan si pencipta lirik itu sendiri.

Wahyu melihat mereka dari arah belakang Hanan. Kebetulan 6STAR pun keluar dari ruangan rakaman audio itu.

"Wah... best giler la lagu ni. Saya gerenti meletop kebaboomm nanti ni!" Iyyad bersuara dengan ceria.

"Confirm lah, Bro. Tengoklah siapa yang jadi penulis liriknya." Aril menyampuk sambil tersengih terhadap Hanan.

  Hanan membalas sengihan itu hanya ala kadar. Tidak seperti bila Tuan CEO nya tersenyum padanya. Hatinya berdebar lain macam.

  Wahyu berpeluk tubuh merenung ke arah Hanan yang sedang membalas sengihan ahli 6STAR itu dengan berwajah seriusnya. Hanan masih tak  sedar akan kehadiran tuan Wahyu di situ.

  "Hanan memang terbaiklah. Tengok lagu Mel yang dia tulis hari tu. Meletop!" celah Hafiz pula.

  Irwan hanya merenung sahaja gadis itu. Kelihatan renungannya terhadap gadis penuh bermakna. Entah apa yang sedang bermain difikirannya tika itu terhadap Hanan. Wahyu hanya perhatikan sahaja tingkah Irwan.

  "Cukuplah puji saya melambong. Saya hanya buat apa yang termampu. Selebihnya usaha kau orang sendiri," jawab Hanan.

  Yang lain tersenyum mendengarnya. Namun, tidak pula pada Wahyu.

'Aku yang tercegat dekat sini dari tadi dia orang boleh buat tak nampak? Melampau betul. Tak habis-habis nak menggatal dengan Hanan!' rengus Wahyu dalam hati.

"Ehem!" Wahyu berdehem.

   Semua mata tertumpu padanya.

  "Eh, Tuan Wahyu," tegur Iyyad. Yang lain memandang ke arahnya serentak.

"How, Lan? Danny? Everything okay?"soal Wahyu serius.

  Matanya sedikit pun tidak berkalih pada Hanan yang sedang merenung ke arahnya itu.

"Okay, tuan. Semua bereh kalau Hanan ni ada. Kita dah siapkan pun lagu terbaru 6 STAR siap dengan tapisan sekali. Nanti Encik Danny hantarkan recording nya pada tuan untuk tuan buat penilaian," jawab Mazlan.

  Wahyu mengangguk faham.

  Komposer Danny hanya pamerkan wajah dinginnya itu seperti selalu.

  "Kamu semua macam mana dapat bekerjasama dengan Hanan? Okay?" Wahyu mengajukan persoalan kepada artis-artis nya itu.

   "Ehh okay, tuan."  Ahli 6STAR menjawab serentak.

  Wahyu hanya mengangguk.

  "Senang kerjasama dengan Hanan. Dia tak banyak cerewet. Cuma Encik Danny ni la banyak sangat cerewetnya," rungut Ayish.

  "Eh, kamu ni... banyak pulak cekadak! Saya cerewet sebab mahukan yang terbaik untuk kumpulan kamu. Haiss... merungut pulak. Kawan~kawan kamu pun tak cakap apa-apa pun!" marah Komposer Danny walau pun nadanya tidaklah tinggi. Namun, masih kedengaran keras.

  Yang lain tersengih melihat adegan itu.

  "Ah, sudahlah. Baguslah kalau begitu. Good luck! Saya ada kerja nak dibuat. Saya pergi dulu." Wahyu meminta diri.

  Tidak mahu berlama di situ. Entah kenapa perasaan dia lain macam semenjak Hanan bekerjasama dengan Iyyad.

  Dia pelik sungguh dengan perasaannya. Sebelum mereka nampak perubahan pada riak wajahnya, baik dia beredar dari situ dengan segera. Hanan hanya menghantar Tuan CEOnya dengan lirikan matanya.

Dia pun pelik dengan sikap majikannya semenjak dia bekerjasama dengan 6STAR.

' Beberapa hari ni sikap Tuan Wahyu tu lain macam seriusnya. Adalah tu masalahnya sendiri.' Hanan membuat andaiannya sendiri.

Kemudian dia kembali menumpukan perhatian pada yang lain. Membincangkan apa yang patut.

Tidak lama lepas dari hari itu, lagu baru 6STAR telah pun keluar youtube, ke kaca tv, radio dan seluruhnya. Walaupun ambil masa juga untuk keluarkan lagu kedua mereka dan alhamdulillah hasilnya cukup memuaskan. Produser dan penerbit telah pun melancarkan lagu terbaru mereka. Lagunya mendapat rating tertinggi. Lagu psycho girl yang lepas pun telah menginjak tangga teratas. Dengan kemunculan lagu baru bertambah popularlah jawabnya.

  Bukan sahaja kerana rupa kacak dan suara yang mantap penyebab mereka naik mendadak. Tetapi, ianya usaha mereka berenam dalam melakukan latihan tarian dan nyanyian juga muzikal tanpa henti selama 14 jam sehari. Bukan mudah untuk mencapai kejayaan jika tanpa usaha yang gigih. Wahyu berpuas hati dengan hasil usaha ahli kumpulan 6STAR. Tidak sia-sia dia mengambil mereka menjadi pelatih dan juga artis di bawah syarikat rakamannya.

Tag:-

aliah_athirah
anwafaa
cadburyna
LittleAina_
Jemann-
nu_atikah
hanihilana
jambaru
Junejin-07
adilahzaini460
DiyaDizyaa
NumahAging

MELODI TERINDAH(COMPLETE)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang