BAB 22~KELAS MUZIKAL✓

860 34 2
                                    

   "OKAY, semua. Hari ni saya nak ajar kalian tentang perfume." Miss Nadine mula mengajar.

Namun perkataan perfume itu membuatkan pelatih-pelatih tercengang.

"Kenapa perfume? Kita kan berada di kelas muzik?" soal Khai salah seorang pelatih disitu.

  "Ha... saya dah agak pasti semua tertanya-tanya kenapa kita belajar tentang perfume hari ni? Nanti kamu akan tahu apa kaitannya perfume itu dengan muzik. Okay now, saya nak tahu jenama perfume yang kamu tahu dan kamu suka, kelas. Tolong bagitahu saya." Cara Miss Nadine membuatkan pelatih jadi berminat untuk tahu apa maksudnya dengan perkataan perfume dan apa kaitannya dengan muzikal?

"Miss, saya suka haruman Gucci flora!" Izwana menyahut.

"Saya suka haruman Hugo boss energise brand Hugo boss, bau macho gituu." Kata-kata pelatih syafik membuatkan pelatih yang lain bersuara wooo... Tanda mereka menyukai dan mengaguminya.

"Saya suka stalwalker brand Mont blanc perfume. Ia membuat hari saya menjadi ceria dan berkeyakinan tinggi!" Suzi gadis getik plus gedik itu bersuara dengan gaya berlagaknya konon suka perfume mahal.

"Tu bukankah perfume lelaki?" soal Syamel membuatkan beberapa orang pelatih lelaki di situ tergelak besar.

Suzi menjeling ke arah Syamel sambil menjuih bibir geram. Hanya Hanan yang masih membatukan diri.

"Wow! Hebat-hebat haruman perfume yang kalian suka tu. So, tahu tak kenapa saya tanya tentang perfume kesukaan kamu?"

Pertanyaan Miss Nadine hanya di jawab dengan gelengan oleh pelatih-pelatih.

"Okay, boleh saya minta salah seorang pelatih tampil ke tengah sini untuk memainkan muzik yang di gemarinya?" Minta Miss Nadine.

Beberapa saat kemudian, salah seorang pelatih tampilkan diri ke ruang tengah kelas kerana mereka duduk dalam bulatan dan Miss Nadine berada di ruang tengah sambil duduk di atas kerusi.

  Alatan muzik pula berada di satu sudut tepi dinding. Semua mata tertumpu padanya.

"Saya suka keyboard piano, Miss," beritahu Hanan yang telah pun keluar ke ruang tengah tadi.

  Ternyata pelatih yang tampilkan diri tadi itu adalah Hanan Falisya. Beraninya dia.

Miss Nadine tersenyum seraya menganggukkan kepalanya.

"Okay, perfume apa yang awak suka?" Miss Nadine mengajukan soalan terhadap Hanan tentang perfume yang digemarinya.

"Saya suka glarious perfume sebab dia ada bau anggur merah," jawab Hanan jujur membuatkan Afia menjuih menyampah.

"Suka glarious perfume konon tapi tak de pulak bau kat kau macam haruman anggur tu. Bau kepam adalah. Hahahaha!" Afia ketawa jahat.

Afia si pendengki dan anti dengan Hanan sejak gadis itu mula masuk agensi itu lagi sebab lirik dan melodi gadis itu yang telah dipilih berbanding akan dirinya yang sudah lama sedikit dari Hanan masuk agensi itu.

Hanan hanya mendiamkan diri. Tidak mahu melayan mulut puaka gadis itu yang suka membulinya semenjak dia masuk ke situ. Pelatih yang lain hanya mendiamkan diri sahaja kerana mereka sudah masak dengan sikap Afia itu.

"Afia, stop it! Kalau awak masuk kelas sebab nak mengganggu Hanan, baik awak keluar kelas!" tegur Miss Nadine tidak suka dengan mulut celupar pelatihnya itu dalam nada yang cukup tegas.

MELODI TERINDAH(COMPLETE)Where stories live. Discover now