BAB 12~WAHYU KEMBALI✓

1.1K 60 7
                                    

WAHYU masuk kerja seperti biasa. Awal-awal pagi lagi sudah berada dalam ruangan pejabatnya. Puas sudah dia berfikir tentang mimpinya dengan kisah kematian kakak Hanan Falisya. Kerana kejadiannya sama dengan kejadian setahun yang lalu terhadap dirinya sendiri.

Akhirnya, dia nekad mahu siasat latarbelakang gadis itu dalam diam dengan meminta bantuan dari Jay untuk menyiasat perkara itu.

Perkara itu dirahsiakan dari pengetahuan Marina. Dia tidak mahu Marina risau tentangnya nanti. Dan disebabkan itu juga, dia arahkan Pengurus Azim mengambil Hanan Falisya untuk menggantikan tempatnya. Memandangkan dia sibuk dengan kerjayanya sebagai CEO.

Terkadang dia tak sempat hendak mencipta lirik baru. Terkadang otak blank juga bila dah bercampur aduk dengan urusan kerja lain. Buat masa ini, dia mahu stop dulu dari mencipta lirik untuk fokus pada tugasnya yang sebenar. Jadi dia mahu Hanan yang meneruskannya sebagai penulis lirik.

Dia akan didik gadis itu menjadi seorang penulis lirik yang terbaik. Penulis yang mempunyai gaya versatile yang orang lain tak mampu milikinya. Ya, itu tekadnya setelah pulang dari Santorini Beach, Greece. Semangat barunya datang kembali.

Wahyu termangu lagi.

' Jika benar gadis itu ada kaitan dengan mangsa kemalangan dulu, aku Janji aku akan jaga dia, tak kisahlah sebagai adik atau kawan. Yang penting kehidupan dia terbela. Aku akan jaga dia. Lagipun, perkara itu terjadi disebabkan aku. Aku perlu bertanggungjawab keatasnya. Tapi, apa aku nak cakap kat dia nanti ? Takkan aku nak bagitau dia akulah yang langgar kakak dia tu? Confirm dia benci aku. Entah-entah masa tu, nak tengok muka aku pun dia tak nak. Ish, jika betullah dia ada kaitan dengan arwah, aku patut rahsiakan siapa aku dan perkara yang dah berlalu setahun yang lalu tu. Supaya aku boleh tebus salah aku pada dia dan kakaknya. Itu janji aku!' niat hatinya bersungguh-sungguh.

Dia benar-benar bermaksudkan dengan janji-janjinya itu.

Pada masa yang sama, pelatih-pelatih W studio agency's dan staf-staf mula memenuhi ruang dewan makan di ground floor untuk breakfast. Ada yang sekadar melepak menunggu waktu kelas bermula.

Marina pula ingin memasuki ke ruangan kerja Pengarah dan berlalu di ruangan kerja CEO kerana ruangan kerja Pengarah bersebelahan dengan bilik CEO sahaja. Bilik itu berkaca dan boleh nampak sebelah dalam. Marina yang ingin masuk ke ruangan kerjanya terbantut apabila terlihat sesusuk manusia dalam ruangan CEO itu.

Dia tak berpuas hati selagi tak tengok sendiri siapa yang dia terlihat tadi itu. Jadi, untuk memastikannya dia terus berpatah balik sambil menyengetkan kepala disebalik dinding yang memisahkan antara ruangan kerjanya dengan ruangan kerja CEO itu.

Tetiba matanya bersinar. Bibirnya pula mengoyak senyum. Dengan tidak berlengah lagi, kakinya terus dihayun berlalu masuk ke ruangan CEO itu tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.

"Wow, Abang Wahyu kita dah balik dari bercutilah!" terjahnya sambil duduk bersilang di atas sofa panjang yang berada di ruang tengah bilik pejabat itu.

Wahyu yang melihatnya terperanjat diterjah sebegitu terus mengerling ke arah Marina dengan mempamerkan riak geram seraya menggigit bibirnya sendiri. Ketika itu dia telah menyarung sweater merah kerana kesejukan dengan suhu aircond di ruangan kerjanya itu yang agak rendah.

"Kau ni Rina! Kus semangat aku. Berapa kali aku nak pesan jaga adab dekat tempat kerja. Aish! Lain kali ketuklah dulu pintu tu. Bagi salam. Ni tak, main terjah je. Nasib baik aku tak ada penyakit jantung. Kau ni..." bebel Wahyu pagi itu sambil tergeleng kepala memikirkan fi'il Marina yang tak berubah-ubah.

Nasib baiklah sahabat. Kalau tak, sudah lama dia fired minah tu. Marina buat mimik muka. Ala-ala muka tak puas hati pun ada bila di tegur sahabatnya itu.

"Alah, sorry lah. Kau ni tegas sangatlah. Chill arr. Dahlah pergi holiday tak bawak kita. Jay boleh pulak ikut? Benci tau. By the way, tak ada ole~ole untuk aku ke?"

Entah apa-apalah Marina punya perangai. Tadi beria macam tak puas hati sahaja sebab di tegur oleh Wahyu dan tak bawa dia pergi holiday sekali. Dalam masa yang sama, sempat pula bertanya perihal ole~ole dengan mata dikerdipkan. Dengan harapan pasti ole~ole untuknya yang terbaik dari Wahyu. Dia tahu citarasa lelaki itu memang agak hebat.

"Hemm... Ada. Nantilah aku bagi. Lupa nak bawak tadi. Ada di rumah," balas Wahyu ala kadar sahaja nadanya kerana malas mhu melayan fi'il gila-gila sahabatnya itu.

Marina yang tadinya baru hendak ceria terus membuat muka kembali.

"Okaylah, malam ni aku pergi ke rumah kau dengan Jay. Noktah!Bye." Dengan riak wajah yang mencuka dipamerkan oleh Marina seraya terus meninggalkan ruangan itu.

"Haih, cakap macam itu pun nak merajuk? Haiss... Rina... Rina..' Wahyu tergaru-garu kepala yang tidak gatal.

Dia tak tahu bagaimana lagi cara untuk menegur gadis itu. Nasib baik di hadapan staf dan pelatih Marina mampu mengawal sikapnya yang gila-gila itu. Dia mampu menjadi seorang yang profesional. Sikap yang sebegitu yang ada ada Marina memang benar-benar membuatkan Wahyu salute dengannya.

Wahyu melepaskan keluhan berat. Kemudian dia teringatkan Hanan. Terfikir-fikir siapakah gadis itu yang sebenar? Tidak sabar untuk menunggu kepulangan sahabatnya Jay yang telah pun pergi ke kampung Hanan Falisya untuk di siasat latarbelakang gadis itu. Dia berharap gadis itu tiada kena mengena dengan kemalangan setahun yang lalu itu.

Dia mula menyandar pada sofa kerjanya. Merehatkan mindanya sejenak. Matanya yang sepet dipejamkan.


"Jay... aku harap kau membawa berita gembira. Bukan menyedihkan atau menakutkan aku nanti. Ya, aku harap kemalangan tu tak ada kena mengena dengan si budak Hanan tu. Tak mungkin dia. Tapi, kalau betul? Macam mana? Uh! Harapnya tak. Mustahil semua ni berlaku secara kebetulan. Oh tidak!" Wahyu meraup wajahnya bagi melepaskan tekanan yang membelenggu jiwanya saban hari.

MELODI TERINDAH(COMPLETE)Where stories live. Discover now