HARI itu Wahyu masuk ke agensi seperti biasa. Sebenarnya, boleh sahaja dia tak masuk agensi dan serahkan semua kerja pada Adief dan Marina. Namun begitu, disebabkan semua urusan memerlukan persetujuan darinya, jadi dia perlu berada di agensi kerana nanti jika ada masalah apa~apa berkaitan dengan artis atau agensi, dia orang pertama yang clients akan cari nanti. Bukan senang hendak berurusniaga dalam bidang seni ini. Walaupun income nya berlipat kali ganda dari artis di bawah syarikat rakamannya, risikonya dan impaknya juga besar perlu dia tanggung. Bukan mudah hendak berjaya seperti sekarang.
Hanan pula tinggal di rumah bersama Cemong dan Mak Yah. Hari itu Hanan tiada job untuk menulis lirik. Disebabkan dia bosan, dia bawa Cemong ke halaman rumah mewah itu. Dia melabuhkan punggung di kerusi ukiran kayu yang Tuan Wahyu nya tempah khas entah dari mana.
Elok sahaja dia duduk dan merehatkan minda, tiba-tiba Mak Yah menyergah menyentakkan Hanan.
"Hanan, Mak yah nak balik dulu. Makanan tengahari semua Mak yah dah masak kat dapur. Nanti kalau nak makan, panaskan dulu ya. Rumah pun sudah di kemas. Semua dah beres. Jadi, Mak Yah balik dululah," beritahu Mak Yah yang baru keluar dari rumah dan berdiri di atas jalan di pintu pagar rumah memandang ke arah Hanan.
Hanan yang duduk membelakangi Mak Yah itu menoleh memandang ke arah Mak Yah.
"Ala... awalnya balik? Bosanlah Hanan dengan Chani nanti kalau Mak Yah tak de." Gadis itu memuncung.
Padanlah dengan usianya yang baru hampir mencecah 19 tahun itu.
Mak Yah tersenyum melihat kemuncungan wajah comel yang dipamerkan oleh pelatih Tuan Wahyunya itu .
"Tak pelah nanti Tuan Wahyu balik tengahari nanti boleh teman Hanan makan. Lagipun, Mak Yah kena balik awal sebab anak Mak Yah yang tinggal di oversea ada balik."
"Emm... yalah. Jumpa esok." Hanan terpaksa akur.
"Ya, jumpa esok. Jaga diri. Assalamualaikum!" Makyah terus berlalu masuk ke dalam perut teksi yang dipanggilnya tadi setelah Hanan menjawab salamnya.
Hanan kembali merenung ke arah Cemong.
"Tinggallah kita berdua." Tubuh si montel itu dilepaskan biar dia bermain di atas rumput yang ditanam sendiri seperti padang di halaman rumah itu.
Cemong berlari seronok bermain. Hanan tidak risaukan Cemong bermain dan berlari di merata-rata kerana rumah itu berpagar. Jadi, Cemong tak boleh keluar ke jalan besar.
Tetiba, pada waktu yang sama... ada kereta masuk ke perkarangan rumah itu. Hanan berpaling memandang ke arah kereta yang masuk ke perkarangan rumah itu dengan pandangan yang pelik. Yang pasti kereta itu bukan milik Tuan CEO nya.
Tidak lama kemudian, keluar seorang lelaki muda ingin terus masuk ke rumah itu seperti sudah terbiasa keluar masuk ke rumah itu. Namun, langkahnya terhenti apabila terperasan ada seseorang sedang perhatikannya. Dia berpaling ke arah si pemerhati di halaman rumah itu.
"Hanan?" soal lelaki itu inginkan kepastian.
Hanan yang pelik itu bagaimana lelaki itu boleh tahu namanya mengangguk mengiakan pertanyaan lelaki itu.
Lelaki itu tersenyum kemudian mendekatinya.
Hanan masih mempamerkan ekspresi wajah peliknya tadi.
"Macam mana Encik tahu nama saya?" soal Hanan ingin tahu.
"Mestilah saya tahu. Wahyu kawan baik saya. Segala tentang awak dia beritahu saya. Emm... by the way, my name is Jay. I'm glad to meet you." Lelaki itu menghulurkan tangan pada Hanan untuk berjabat salam.
YOU ARE READING
MELODI TERINDAH(COMPLETE)
RomansaKisah AHMAD WAHYU seorang CEO 'W' STUDIO AGENCY'S telah jatuh cinta terhadap seorang gadis blur yang juga pelatih dari agensinya iaitu HANAN FALISYA hanya dengan lirik dan MELODI TERINDAH yang diciptanya. Saat Wahyu baru hendak kecapi hari bahagia b...