Di CAFE 'W'STUDIO AGENCY'S~
"HOI, perempuan! Aku suruh bawakan coffee milk kat aku, kan? Yang kau duduk lagi kat sini buat pe?" herdik Afia dengan bongkaknya terhadap Hanan yang baru hendak makan di kafe itu.
"Tapi, saya lapar. Bagilah saya makan dulu. Lepas ni, saya bawakan Coffee milk kat awak berdua, ya?" jelas Hanan dengan nada mendatar sahaja.
"Ahh, tak de! Aku tak kira, kau lapar ke kau kenyang ke baik kau pergi ambil sekarang!" Suzi pula tegas sambil menolak kepala gadis itu. Nampak sangat dia bencikan Hanan.
Wahyu dan Marina yang baru turun ke kafe itu terlihat kelibat budak-budak pelatih sedang membuli Hanan tidak jauh dari mereka. Mereka tergeleng kepala melihat keadaan itu.
"Apahal tu?" soal Wahyu pada Marina.
"Hmm... biasalah gang Afia tu kalau sehari tak membuli Hanan tak sah," beritahu Marina sambil berpeluk tubuh merenung adegan buli itu.
Pelatih-pelatih itu tidak perasan kehadiran Tuan CEO dan Pengarah mereka di situ kerana ramai pelatih yang keluar masuk ke kafe disebabkan waktu itu adalah waktu lunch break mereka.
"Kau tahu tapi kau buat tak tahu je, Rina? Dah lama ke jadi perkara ni?" Wahyu kelihatan tidak berpuas hati dengan pelatih-pelatih yang kaki pembuli dihadapnnya.
"Siapa kata aku buat tak tahu je? Dah banyak kali aku bagi warning, tapi tetap jugak berlaku kes buli ni. Cuma dia orang tak tunjuk di hadapan aku je lepas aku bagi warning . Ini baru aku nampak pulak dia orang buli Hanan lagi. Ish, memang nak kena dorang ni!" Marina ingin mengatur langkah menuju ke arah Afia and the gang.
Namun sempat ditahan oleh Wahyu. Marina memandang ke arah Wahyu pelik bila dia di tahan.
"Kau duduk sini. Biar aku yang pergi!" tegas lelaki itu dengan wajah seriusnya.
"Tapi..." Belum sempat Marina menghabiskan ayatnya, Wahyu terlebih dulu mencantas ayatnya sebelum berlalu pergi ke arah Hanan dan Afia and the gang.
"Dah, duduk! Kalau kau yang pergi, nanti lain pulak jadinya. Just stay here."
Marina yang terkebil-kebil matanya menatap belakang tubuh WAHYU yang sudah menuju ke arah pelatih-pelatih itu, akhirnya melabuhkan punggungnya di meja makan tepi cermin kaca menghadap luar.
"Apa yang kamu sedang buat ni?" tegur Wahyu ketika berada betul-betul di belakang Afia and the gang .
Mereka yang tengah berseronok menunjal kepala Hanan sambil mencampur-adukkan makanan Hanan terhenti perlakuan mereka tatkala terdengar suara teguran dari arah belakang mereka. Dan mereka pun menoleh ke belakang untuk melihat si empunya suara yang menegur mereka tadi.
"Tuan?" Mereka bersuara serentak dan terkejut beruk melihat Tuan CEO yang sedang berdiri tercegat di belakang mereka dengan berwajah serius plus mencuka. Mereka mulai kecut perut.
Hanan terus berdiri sambil bongkokkan badan sedikit tanda hormat.
"Hey, saya tanya apa yang kamu semua sedang buat tadi? Kenapa tak jawab soalan saya?" Wahyu sengaja keraskan nadanya. Dia memang pantang kalau ada yang kaki pembuli dalam agensinya.
"Errr... tt... tak de pe, Tuan. Kami just bergurau dengan Hanan. Kan, Hanan?" Afia cuba memberi alasan untuk menutup salahnya.
Malangnya, Hanan tidak menjawab. Hanya tundukkan wajahny.
"Oh, bergurau? Habis tu, ni apa? Makanan bercampur aduk. Takkan Hanan makan makanan yang bercampuk aduk begini? Mustahil orang normal boleh makan makanan yang macam ni. Atau makanan ni untuk kalian? Emm... kalau macam tu, duduklah makan depan saya. Saya nak tengok," arah Wahyu yang serius itu membuatkan Afia dan rakan~rakan tidak tertelan airliur.
YOU ARE READING
MELODI TERINDAH(COMPLETE)
RomanceKisah AHMAD WAHYU seorang CEO 'W' STUDIO AGENCY'S telah jatuh cinta terhadap seorang gadis blur yang juga pelatih dari agensinya iaitu HANAN FALISYA hanya dengan lirik dan MELODI TERINDAH yang diciptanya. Saat Wahyu baru hendak kecapi hari bahagia b...